BTC USD 66,926.9 Gold USD 2,413.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Touch N Go Perkenal Charm Edisi Terhad Baru Bentuk Binatang, Fungsi Macam Kad TNG NFC

Xploit Machine

Banned
gemgem
Messages
58,231
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,231
Reaction score
6,483
Points
916
Awards
1
Bosan dengan rupa kad Touch n Go? Anda kini boleh mendapatkan Touch n Go dalam bentuk rantai kunci kerana Touch n Go baru sahaja melancarkan “Furry Series Limited Edition Charm“. Ia adalah sebuah tag rantai kunci yang berfungsi seperti kad Touch n Go Enchanced atau TNG NFC.

230824-TnG-Charm-Arnab-NFC-SC-020-1024x576.jpg
230824-TnG-Charm-Arnab-NFC-SC-019-1024x576.jpg


Touch n Go memulakan pengeluaran siri “Furry” ini dalam rekaan arnab untuk bulan Ogos. Jika anda berminat mendapatkannya, ia kini telah dijual di Pusat Perkhidmatan & Jualan Touch n Go di Bangsar South dan NU Sentral, pada harga RM30. Ia akan dijual atas talian di stor rasmi di Shopee mulai 24 Ogos 2023.

Cara membuat tambah nilai untuk tag Charm ini sama seperti kad TNG NFC. Mulakan dengan menambahnya seperti kad TNG NFC ke dalam aplikasi TNG eWallet. Selepas itu, ia boleh ditambah nilai menggunakan baki eWallet dengan menyentuh di ruang NFC di telefon.

230824-TnG-Charm-Arnab-NFC-SC-012-1024x576.jpg
230824-TnG-Charm-Arnab-NFC-SC-004-1024x576.jpg
230824-TnG-Charm-Arnab-NFC-SC-001-1024x576.jpg
230824-TnG-Charm-Arnab-NFC-SC-018-1024x576.jpg


Selain rantai kunci, tag Charm ini turut datang bersama tali lanyard. Jadi, ia boleh disangkut ke beg, kunci kereta, atau apa sahaja barangan peribadi pengguna.​
 
Sponsored Post

Touch ‘N Go Lancarkan Oyen, Charm Siri Furry Baharu Untuk Peminat Kucing

Selepas memperkenalkan Charm arnab pada bulan Ogos, kini Touch ‘n Go menambah daya tarikan baru dalam siri “Furry” dengan melancarkan “Oyen”, rekaan kucing oren yang disukai ramai.
231030-TNG-Oyen-Charm-02.jpg

Charm dalam bentuk rantai kunci ini boleh dijadikan sebagai aksesori hiasan tambahan pada beg, dompet, kunci kereta atau apa sahaja barang bagi menambahkan lebih nilai pemperibadian, di samping fungsi utamanya sebagai kad Touch n Go Enhanced atau TNG NFC.
231030-TNG-Oyen-Charm-03.jpg
231030-TNG-Oyen-Charm-04.jpg

Cara untuk membuat tambah nilai untuk tag Charm ini juga adalah sama seperti kad TNG NFC biasa. Di mana anda harus menambahnya ke dalam aplikasi TNG eWallet. Selepas itu, ia boleh ditambah nilai menggunakan baki eWallet dengan menyentuh di ruang NFC pada telefon.

Jika anda berminat untuk mendapatkannya, ia akan mula di Pusat Perkhidmatan & Jualan Touch n Go di Bangsar South dan Nu Sentral bermula 31 Oktober 2023 pada harga RM30. Pembelian juga boleh dilakukan secara atas talian di stor rasmi Touch ‘n Go di Shopee.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register