BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kurang kurangkan membaca hadis, banyak banyakkan baca Quran

Status
Not open for further replies.
بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Soalan 2)Adakah perbuatan rejam itu bukan satu cara mendera?

Jawapan saya: Berdasarkan ayat diatas, tidak ada perkataan arab (rejam) bermaksud batu, lagi pun rejam dgn batu berakhir dgn kematian berdasarkan hukum2 sekarang ni di sebelah rantau Arab. Bertentangan dgn pendapat saya yang dera itu tidak membawa kepada kematian. Dera itu sepatutnya satu seksaan keatas kesalahan mereka yg berzina bukannya membunuh. Rejam itu membawa kepada kecacatan kepada wajah. Hukum2 lain spt membuat kerosakkan potong tangan/kaki, tidak melibatkan kecacatan pada wajah.

Maaf nak menyampuk sket...

sy agak setuju dgn pendpt MyDesk dlm hukum rejam bg pesalah zina...

sy pon sebenarnya musykil dgn hukum "rejam sehingga mati" bg pesalah zina ini...

krn dlm byk2 hadis yg sy baca ttg rejam utk pesalah zina x ada satu pon yg mengatakan dgn jelas bhw mrk mesti "rejam sehingga mati"...

sy hanya temui satu hadis ttg hukum "rejam sehingga mati" ttp bkn utk kesalahan zina, ia adalah kesalahan membunuh spt hadis dibwh...

Telah menceritakan kepada kami Abd bin Humaid telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dari Ayyub dari Abu Qilabah dari Anas, bahwa;

seorang laki-laki Yahudi membunuh sahaya perempuan Anshar karena ingin merampas perhiasannya, kemudian ia melemparkan wanita tersebut ke dalam sumur dan melemparinya dengan batu. Lalu dia ditangkap dan dihadapkan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, setelah itu beliau memerintahkan supaya pembunuhnya dirajam, maka ia pun dirajam hingga mati."

Telah menceritakan kepadaku Ishaq bin Manshur telah mengabarkan kepada kami Muhammad bin Bakr telah mengabarkan kepada kami Ibnu Juraij telah mengabarkan kepadaku Ma'mar dari Ayyub seperti sanad ini.

Sumber: Sahih Muslim, Kitab Qusamah, pemberontak, qishah dan diyat, Bab Penetapan adanya qishash dalam pembunuhan dengan batu, Hadis #3166

jika ader pembaca yg menemui hadis yg dgn jelas mengatakan pesalah zina mestilah dihukum "rejam sehingga mati", sila kongsikan di sini...

persoalannya kenapa zmn ini rmi org awam menulis hukum "rejam " mesti ditambah "sehingga mati"...

sy hanya blh memberikan satu andaian kenapa perkara ini berlaku...

#1 kematian bknlah matlamat akhir bg hukuman rejam, ttp ianya x mustahil utk berlaku, ttp krn ceteknya ilmu org awam maka kalimah "sehingga mati" sentiasa ditambah slps kalimah "rejam" akhirnya menyebabkan seolah2 kematian adalah adalah satu matlamat akhir bg hukuman rejam tersebt...

#2 kalimah "sehingga mati" slps kalimah "rejam" mgkn jg tlh ditetapkan oleh ulama' slps mengkaji sejarah latarbelakang hadis2 yg berkaitan dgn rejam bg pesalah zina. Jika setiap kali hukum rejam dilaksanakan, Nabi Muhammad SAW & para Khulafa'ur Rasyidin memastikan pesalah zina yg direjam itu mati maka x mustahil para ulama menetapkan hukuman "rejam sehingga mati" bg pesalah zina jg. wlu bgimana pon sy msh x menemui bukti berkenaan ttg ini.

sy msh lg mengkaji ulasan [syarah] bg Sahih Bukhari & Sahih Muslim berkenaan hal ini...

slps selesai membuat kajian nnt, sy akan kongsi kan temuan sy...

hrp2 post sy ini x mengganggu perbincangan MyDesk & saudara Ariez2009...
 
Last edited:
Kalau ikut pendapat Syeikh Imran berkaitan hadis hukuman rejam ke atas penzina..

Hukuman rejam itu adalah berdasarkan Kitab Taurat... dimana orang yg melakukan kesalahan zina dalam hadis tersebut adalah Yahudi.

Oleh itu mereka dihukum berdasarkan syariat yg terdapat dalam kitab mereka sendiri... iaitu bukan merupakan syariat umat ini.

Berikut adalah hadisnya :

Daripada Ibn Umar r.a.: Seorang lelaki Yahudi dan seorang wanita Yahudi telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. diatas kesalahan melakukan zina. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka berdua (lelaki dan wanita Yahudi tersebut), “ Apakah hukuman yang sah (untuk dosa penzinaan) yang terdapat di Kitabmu (Taurat)?”. Mereka menjawab, “Rahib-rahib kami telah mereka-reka hukuman iaitu menghitamkan muka dengan arang dan Tajbiya”. Abdullah bin Salam berkata, “ Wahai Rasulullah, suruhlah mereka untuk membawa Taurat”. Taurat dibawa dan salah seorang daripada golongan Yahudi telah meletakkan tapak tangannya diatas ayat yang menyebut tentang Ar-Rajm (rejam dengan batu sehingga mati) dan membaca ayat-ayat sebelum dan selepasnya. Maka berkata Ibn Salam kepada orang Yahudi itu, “Angkat tanganmu”. Maka apabila ayat berkenaan Ar-Rajm (sememangnya) berada di bawah tangan lelaki Yahudi itu. Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan lelaki dan wanita Yahudi yang melakukan zina itu direjam dengan batu sehingga mati. Ibnu Umar menambah: Kedua-duanya direjam di Balat dan aku melihat lelaki Yahudi itu melindungi wanita Yahudi itu. [Sahih Al-Bukhari]

Rujukan : http://lidwa.com/app/

Bukhari, No rujukan Software : 6320

1. Lelaki dan perempuan yg berzina adalah Yahudi
2. Nabi saw bertanya kepada mereka tentang hukuman dalam syariat mereka
3. Salah seorang Yahudi disuruh membawa dan membaca kitab Taurat
4. Hukuman rejam terdapat dalam kitab Taurat... lalu hukuman itu dijalankan

Wallahu 'Alam
 
Last edited:
ape la ****** si pubin ngan hambaallah1996,.. org brpegang dgn alquran dan hadis bukan dengan hadis semata..
 
بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

slps membuat kajian lanjut dr segi bhs...

kalimah "رجم" [rejam] dlm Bahasa Arab membawa bbrp maksud...

slh satu maksud tersebut adalah "membunuh, umumnya dilaksanakan dgn membaling batu"...

maksud kalimah ini selari di antara dua kamus klasik Arab yg sy rujuk iaitu Arabic-English Lexicon susunan Edward William Lane dan "لسان العرب" susunan Ibnu Manzur...

x ader kemusykilan lg pd pendpt sy bhw x ada istilah "rejam x sampai mati" dlm kamus Arab...

jika disebutkan "rejam" bermaksud hukuman itu akan "berakhir dgn kematian"...

jd sama ada hukum rejam terdpt dlm Al-Quran atau x bkn persoalannya...

ia tlh pon di laksanakan oleh Nabi Muhammad SAW, jd tanggungjwb kita utk mengikuti sunnah yg ditunjukkan oleh Baginda...

sama jg spt byk ibadah atau kaedah muamalat lain yg x dinyatakan di dlm Al-Quran, e.g. perincian bg solat, nikah kahwin, haji...

sesungguhnya hadis adalah perincian bg Al-Quran yg tlh lengkap dgn hukum2 umum...
 
Kalau ikut pendapat Syeikh Imran berkaitan hadis hukuman rejam ke atas penzina..

Hukuman rejam itu adalah berdasarkan Kitab Taurat... dimana orang yg melakukan kesalahan zina dalam hadis tersebut adalah Yahudi.

Oleh itu mereka dihukum berdasarkan syariat yg terdapat dalam kitab mereka sendiri... iaitu bukan merupakan syariat umat ini.

Berikut adalah hadisnya :

Daripada Ibn Umar r.a.: Seorang lelaki Yahudi dan seorang wanita Yahudi telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. diatas kesalahan melakukan zina. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka berdua (lelaki dan wanita Yahudi tersebut), “ Apakah hukuman yang sah (untuk dosa penzinaan) yang terdapat di Kitabmu (Taurat)?”. Mereka menjawab, “Rahib-rahib kami telah mereka-reka hukuman iaitu menghitamkan muka dengan arang dan Tajbiya”. Abdullah bin Salam berkata, “ Wahai Rasulullah, suruhlah mereka untuk membawa Taurat”. Taurat dibawa dan salah seorang daripada golongan Yahudi telah meletakkan tapak tangannya diatas ayat yang menyebut tentang Ar-Rajm (rejam dengan batu sehingga mati) dan membaca ayat-ayat sebelum dan selepasnya. Maka berkata Ibn Salam kepada orang Yahudi itu, “Angkat tanganmu”. Maka apabila ayat berkenaan Ar-Rajm (sememangnya) berada di bawah tangan lelaki Yahudi itu. Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan lelaki dan wanita Yahudi yang melakukan zina itu direjam dengan batu sehingga mati. Ibnu Umar menambah: Kedua-duanya direjam di Balat dan aku melihat lelaki Yahudi itu melindungi wanita Yahudi itu. [Sahih Al-Bukhari]

Rujukan : http://lidwa.com/app/

Bukhari, No rujukan Software : 6320

1. Lelaki dan perempuan yg berzina adalah Yahudi
2. Nabi saw bertanya kepada mereka tentang hukuman dalam syariat mereka
3. Salah seorang Yahudi disuruh membawa dan membaca kitab Taurat
4. Hukuman rejam terdapat dalam kitab Taurat... lalu hukuman itu dijalankan

Wallahu 'Alam

Dulu ada ostad mane tah kata setiap umat Nabi ditetapkan Syariat yg tersendiri...?
Ni camne kita umat Nabi Muhammad nak ikut syariat rejam umat Nabi Musa pulak nihh???

Pasni kena rehat hari Sabtu ke ikut Sabbath day?


:)):-?
 
Assalammualaikum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dear Forumer,

Thread ini bukanlah perbincangan khusus antara saya dengan mereka mereka yang mempertikaikan/menolak hadith sahih. Tuan tuan yang berilmu diluar sana digalakkan menyuarakan pendapat. Cuma jangan dilupakan rules nya.

1)Tidak perlu sindir, perlekeh, kutuk, perli, tohmah, hina, dan sebagainya
2)Jika soalan tidak dijawab, tidak perlu dipaksa. Kemukakan sahaja soalan yang lain.
3 Tidak perlu membalas semula sebarang sindiran, kutukan, perlian, hinaan dan sebagainya yang dilemparkan kepada kita.

Jika anda semua mampu mengikuti rules diatas, masuklah mengikut apa yang Tuan Tuan semua suka.

Yang lepas, kita lupakan lah.. mulakan perubahan hari ini... Wallahhuaklam.. Kita semua akan dipertanggungjawabkan keatas apa sahaja yang kita lakukan...Kita semua diperhatikan....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayng

Dear Forumers

-Reminder-
 
Bagaimana pula kisah NABI di belah DADA oleh malaikat dibuktikan dengan kajian SAINTIFIK zaman sekarang...

contohnya pada zaman NABI orang tidak percaya bahawa dada nabi dibelah oleh MALAIKAT sebab tiada kesan PARUT MAHUPUN LUKA...

tapi zaman skrg orang dah boleh percaya dengan menggunakan kaedah LAZER dimana luka dapat dicamtumkan semula seperti asal...

SIFIRnya camni... LAZER diperbuat daripada CAHAYA... MALAIKAT juga diciptakan daripada CAHAYA... so tak mustahil malaikat yang membelah DADA nabi tidak meninggalkan sebarang kesan luka atau parut...

Ntah betul tidak.. boleh perjelaskan? kalo salah MAAP yer...

Terdapat banyak keberangkaliannya
tetapi yang pastinya..
setakat pada diri saya sendiri
kebenaran itu bukanlah matlamat...
tetapi "perintah" yang perlu kita pegang
kerana yang Maha Bijaksana itu hanyalah Allah
“Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu [...]” (al-Kahfi:29)
kita sebagai manusia sentiasa di dalam kekeliruan dan perlukan hidayah

contoh...
pelajaran daripada kisah Iblis yang engkar
terdapat dua perspektif di sini
perspektif pertama seperti yang difahami umum
iaitu iblis engkar
perspektif kedua
malaikat yang menduakan Allah apabila sujud kepada Nabi Adam as
oleh itu, malaikat sepatutnya dihukum kerana menduakan Allah
Iblis bijak dan enggan menduakan Allah
dan sepatutnya tidak menerima hukuman
moral of the story? perintah!

begitu juga hari ini
samada Rasulullah saw dibelah dada atau tidak, adalah tidak relevan
perkara yang relevan, ialah perintah! (ali-imran:7)
jika akur dan tidak sombong.. oklah
jika kita merasa bijak...
maka jadilah gelas yang penuh
kalau dimasukkan air, melimpah...
faham-fahamlah sendiri. :)
 
Last edited:
Assalammualaikum

Peringkat 1

Salam,

Terima kasih di atas jawapan Tuan dan terlebih dahulu saya ingin mengesahkan samada hujahan Tuan bermaksud seperti di bawah?

1. Tuan berhujah Bukhari adalah seorang penghimpun cerita dan mengesahkan mana-mana cerita terpilih sebagai sahih. Beliau tidak mereka-reka cerita.

2. Tuan berhujah cerita-cerita mengenai Rasulullah saw menjadi lebih “reliable” apabila ianya dikumpulkan 250 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw, dan berbanding cubaan mengenalpasti cerita Rasulullah saw di zaman ini serta tanpa usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Bukhari.

3. Tuan berhujah jika kita menolak hadis yang menceritakan Sunnah Rasulullah saw, maka banyak ayat-ayat Muhkamat akan bertukar menjadi ayat Mutasyabihaat.


Sila nyatakan "SETUJU" jika kesimpulan daripada hujahan Tuan adalah tepat. Jika Tuan tidak bersetuju, sila buat pindaaan agar lebih menepati ringkasan hujahan Tuan. Sekiranya Tuan hendak menukarkan kepada hujahan yang lebih baik, silakan. Saya tiada apa-apa bantahan.


Tiada Penjelasan

Saya mohon merujuk kepada jawapan saya dan Tuan masih tidak memberikan saya jawapan bagi perkara di bawah:

1. Tuan tidak mengemukakan ayat al-Quran yang jelas memerintahkan supaya umat Islam beriman kepada karya-karya sebegini.

2. Saya juga ingin mengetahui andaikata Bukhari mengisytiharkan baki 2,762 itu juga palsu, adakah Tuan akan bersetuju dan mengatakannya palsu?

Saya berharap Tuan dapat kemukakan ayat al-Quran dan bukankah kita berada pada Peringkat 1 untuk mengenal pasti perintah Allah yang membenarkan kita beriman dengan karya Bukhari?

Terima kasih.

MAIN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tuan Pubin,

Jawapan saya terhadap soalan Tuan diatas

1)Imam Bukhari adalah penghimpun cerita dan juga akan membuat kajian yang terperinci tentang seseorang pembawa cerita dari yang terakhir hinggalah yang terawal rantaiannya. Jika terdapat sebarang pertikaian mengenai sesuatu hadith itu, beliau tidak akan menghimpunkan kedalam kitab kitabnya yang mengandungi himpunan hadith hadith sahih.

Jangan keliru Tuan, bila Imam Bukhari tidak memasukkan hadith hadith yang lain kedalam himpunannya, bukan bermakna hadith tersebut palsu. Cuma hadith hadith tersebut tidak menepati piawaian yang ditetapkan oleh Imam Bukhari sendiri. Ini mungkin berdasarkan ilmu yang beliau miliki. Ilmu itu sudah tentunya datang dari yang Maha Bijaksana.

Kalau Tuan nak tahu, Imam Bukhari tidak akan mengatakan secara direct jika hadith tersebut tidak menepati piaiwaiannya. Tiada istilah "Palsu" yang diungkapkan oleh Imam Bukhari terhadap mana mana cerita.Mana pernah beliau salahkan kandungan cerita dari hadith tersebut. Beliau hanya komen keatas pembawa hadith (perawi) tersebut semata mata. Beliau menggunakan bahasa yang cukup lembut bagi menolak ungkapan yang dikeluarkan oleh pembawa hadith tersebut. Dia cuma salahkan perawinya sahaja. Tidak salahkan kandungan cerita tersebut. Cuba Tuan fikir dengan hati terbuka. Kenapa?

Sebab nya ialah Imam Bukhari berfikir kalau dia mengatakan cerita tersebut rekaan perawi, padahal memang benar ianya datang dari Rasulullah S.A.W, bukankah itu berdosa kerana tidak membenarkan apa yang Rasulullah S.A.W katakan..

Macam itulah peribadi orang yang benar takutkan Allah S.W.T. Cukup berhati hati mengeluarkan sebarang kenyataan. Dosa dan pahala diambil kira walaupun ianya kelihatan kecil sahaja.

2) Saya tak kata pun apabila sesudah 250 tahun Rasulullah wafat, Ianya lebih "reliable" berbanding zaman sekarang. Bukankah kenyataan pasal jarak masa ini Tuan yang mulakan dahulu? Tuan yang mempertikaikan jarak kehidupan Pengumpul hadith terlalu jauh dengan Baginda S.A.W. Maka Tuan menganggap gap itu terlalu jauh dan pasti banyak yang berlaku pada selang masa tersebut. Maka saya memegang teori Tuan bahawasanya jarak kehidupan yang jauh mengakibatkan ianya boleh dipertikaikan.

Maka saya pun cuba untuk membuang zaman pengumpul hadith tersebut bagi mengaplikasikannya dalam teori Tuan. Jadi bukankah jarak kehidupan Rasulullah S.A.W dengan kita bertambah lah jauh. So, Macam mana Tuan boleh dakwa usaha zaman ini lebih reliable mengikut teori yang Tuan sendiri ciptakan itu?

3) Ya, kalau mengikut pemahaman Tuan atau kawan kawan Tuan yang ingin membuang semua kenyataan dalam kurungan (kerana menyangka ianya andaian penterjemah semata mata), maka jadilah ayat ayat Mutasyabihat (samar samar) melebihi ayat ayat Muhkamat (terang). Ini kerana kebanyakkan dalam kurungan adalah bersandarkan hadith hadith atau cerita cerita yang dikumpulkan oleh pengumpul hadith dahulu kala. Perlu ke saya bagi contoh? Tak perlu kot..

Jawapan saya diatas adalah pendapat peribadi saya sendiri, Ianya masih boleh dibidas dan dipertikaikan.. Insyaallah..

Bab Soalan Tambahan Tuan..

1a) Bab ayat Al-Quran yang membenarkan hadith itu telah saya maklumkan kepada Tuan Lime Juice bahawasanya ianya adalah secara indirect. Bukan saya tidak mahu kemukakannya, ini kerana apabila saya mencari dalam internet bagi terjemahan ayat tersebut tidak sama dengan dengan terjemahan yang ada dirumah saya dan surau dikawasan saya. Jadi saya perlu mengkaji kembali word by word ayat tersebut. Insyaallah masanya pasti akan tiba.

Sebenarnya saya tak cari pun samaada dalam Al-Quran ada menyebut tentang hadith atau tidak. Ianya muncul secara tidak sengaja. Adakah Allah S.W.T membantu saya ? Wallahhuaklam. Saya dalam proses mengkaji ayat tersebut terlebih dahulu. Jika ayat tersebut bukan seperti yang saya fahami, maka anggaplah itu hanya tipu daya syaitan untuk mengelirukan saya..Wallahhuaklam.. Sabar ya Tuan... Tidak lari gunung dikejar. Tergesa gesa itu kan kerja syaitan..

1b) Jawapan untuk soalan ini sudah saya sertakan seperti diatas. (No 1). Imam Bukhari tidak akan sama sekali mengatakan cerita tersebut itu palsu jika ianya memang palsu mengikut kefahaman beliau. Ini kerana beliau khuatir seandainya kenyataan nya salah walhal memang benar apa yang diceritakan itu datang dari Rasulullah S.A.W. Bukankah ianya berdosa. Senang cerita bagi faham macam ni ye:-

Kalau orang kata cerita tersebut datangnya dari Rasulullah S.A.W, tidak kira pembawa berita tersebut menipu atau tidak, Saya akan menerimanya sebagai datangnya dari Rasulullah S.A.W. Sama ada orang itu tipu atau tidak ianya bukan urusan saya. Saya cuma akan bersangka baik semata mata. Penipuan itu urusan antara sipembawa berita dengan Allah S.W.T semata mata. Saya yakin penipuan itu datangnya dari tipudaya syaitan, tetapi jika saya ikhlas, insyaallah Allah S.W.T akan menghindarkan saya dari tertipu dengan penipuan syaitan tersebut. Tipu daya syaitan amatlah lemah. Saya yakin pertolongan Allah itu sangat dekat...Insyaallah.. Mungkin Allah akan menghindarkan saya dari tertipu melalui berbagai cara..Wallahhuaklam..


Jadi saya tanya balik satu soalan untuk Tuan Pubin. Kalau apa yang Imam Bukhari himpunkan itu benar benar datangnya dari Rasulullah S.A.W sendiri, tetapi Tuan menyangkalnya.... Apa yang bermain dalam fikiran Tuan ketika ini?

Sekian terima Kasih
 
Assalammualaikum

Sebelum saya jawab soalan itu, saya cerita sikit pasal kisah saya dgn sahabat saya. Pada hari Sabtu lepas saya tidur dirumahnya dan balik keesokkan pagi Ahad.

Pada malam tu saya bertanya pada dia pasal hukum rejam ini. Dia kata ada dengar lah pasal kisah rejam ni masa dulu. Saya kata kepadanya bahawa rejam tak ada dlm Al-Quran untuk org berzina. Ya ke, jawab dia. Agak terkejut. Maka mulalah episod dia mencari ayat2 yg berkaitan dgn rejam.

Kesimpulan diperolehi dari situ ialah memang tak ada, dia mencari menggunakan indeks rejam secara manual dgn kitab yg ada pada simpanannya...

W/pun begitu ada 2 perkara penting yang saya dapat ilmu dari beliau.

1) Rejam/rajam ialah perkataan arab iaitu batu (dia tahu sikit2 bahasa arab, tak payah rujuk kamus).

2) Saya minta dia tengok surah 24, ayat 2 tu ada tak perkataan arab rejam (hati saya dah berdebar dah, jika ada, checkmate lah saya, akan bertukar lah pendirian saya). Setelah ditelitinya, tak ada perkataan rejam.

Ok saya mula jawab pula pasal soalan Tuan ariez2009.

Soalan 1)Adakah dera yang disebutkan dalam Al-Quran itu bermaksud sebat?


Jawapan saya: Bagi saya boleh bermaksud sebat asalkan tidak membawa kepada kematian. Dera bukanlah bermaksud hukuman mati.
Dari hadis diatas jika kita teliti betul2 membuktikan bahawa dera itu tidak membabawa kepada kematian.

Petikan hadis diatas "...aitu orang yang belum menikah (berzina) dengan orang yang belum menikah, (hukumnya) dera 100 kali dan diasingkan setahun".

Jelas kat situ, diasingkan setahun, kalau dah mati buat apa nak diasingkan lagi. Mereka masih hidup, sebab itu diasingkan.

Soalan 2)Adakah perbuatan rejam itu bukan satu cara mendera?

Jawapan saya: Berdasarkan ayat diatas, tidak ada perkataan arab (rejam) bermaksud batu, lagi pun rejam dgn batu berakhir dgn kematian berdasarkan hukum2 sekarang ni di sebelah rantau Arab. Bertentangan dgn pendapat saya yang dera itu tidak membawa kepada kematian. Dera itu sepatutnya satu seksaan keatas kesalahan mereka yg berzina bukannya membunuh. Rejam itu membawa kepada kecacatan kepada wajah. Hukum2 lain spt membuat kerosakkan potong tangan/kaki, tidak melibatkan kecacatan pada wajah.

Dari sudut dera memang ya, rejam membawa kepada siksaan dan juga kematian berdasarkan kaedah yg diguna pakai sekarang ni. Tapi dalam surah 24, ayat 2 tiada perkatan arab rejam (batu).

Pendapat saya, jika nak mendera juga dgn batu, mungkin beberapa syarat spt berikut wajib diguna pakai:-

a) Batu yg digunakan haruslah yg telah ditetapkan iaitu sebesar guli katakan, dan jumlah nya seratus biji telah diletakkan ditempat yg khas untuk digunakan untuk balingan. Bila habis batu tu dibaling, dah dikira selesai hukumannya (100 kali dera).

b) Balingan hendaklah dari paras bahu ke bawah, supaya tidak melibatkan kecacatan pada wajah. Ini wajar pada pendapat saya kerana tak pernah saya jumpa mana2 hukuman sekarang ni melibatkan kecacatan pada wajah (hukuman hidup, bukan hukuman mati).

Soalan 3)Adakah perbuatan merejam itu muncul sesudah hadith itu dikeluarkan ataupun sebelum hadith itu dikeluarkan lagi memang sudah ada?

Jawapan saya: Kacang aje soalan ni, senang aje saya nak jawap. Jawapan nya ialah saya tak tahu, dan saya tak ada kajian pasal tu.... (maaf ya, gurau sikit, boleh kot...). Saya tak tahu pasal tu....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Terima kasih diatas jawapan Tuan.

Ok, kita kupas kembali jawapan Tuan.

1) Tuan mendakwa sebat juga boleh dikategorikan sebagai "Dera" asalkan tidak membawa kematian. Kalau saya katakan cucuh puntung rokok juga boleh dikategorikan sebagai "dera" kerana ianya tidak membawa kepada kematian. Adakah Tuan setuju? Cucuh besi panas kat badan juga boleh dikategorikan sebagai "dera" adakah Tuan bersetuju?.

Tidakkah Tuan terfikir bahawasanya sebelum ini ayat tersebut adalah ayat muhkamat (terang) apabila didalam hadith sahih ada menjelaskan cara yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Tetapi sebaliknya jika kita buang hadith sahih tersebut bukankah ayat itu akan bertukar menjadi ayat yang Mutasyabihaat (samar samar). Mana satu hukuman yang perlu dijalankan..Adakah sebat, cucuh puntung rokok, cucuh besi panas dan sebagainya? Adakah hanya mengikut sangkaan dan andaian kita semata mata?

2)Untuk jawapan ini, Tuan menyatakan bahawa bahawa hukuman rejam akan mencacatkan wajah. Adakah hukuman rejam itu perlu disasarkan pada wajah sahaja? adakah ini andaian Tuan semata mata atau ada hadith sahih yang menceritakannya? Bagaimana pula hukuman sebat- adakah ada dijelaskan didalam Al-Quran tempat tempat yang dilarang untuk disebat atau tempat tempat yang boleh disebat?

3)Untuk soalan ini, sebelum munculnya hadith ini, hukuman rejam dah diamalkan semasa zaman Nabi Nuh lagi. Sila refer Surah As-Syu’raa – Ayat 116. Dengan kata lain ianya bukan baru direka oleh pengumpul hadith sahih.Wallahhuaklam

Sila kemukakan hujah balas dari Tuan.. Terima Kasih
 
Dulu ada ostad mane tah kata setiap umat Nabi ditetapkan Syariat yg tersendiri...?
Ni camne kita umat Nabi Muhammad nak ikut syariat rejam umat Nabi Musa pulak nihh???

Pasni kena rehat hari Sabtu ke ikut Sabbath day?


:)):-?

perintah dengan hukuman, sama ke bro?
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register