Salam,
Butiran mereka adalah
tidak relevan kerana pada masa hadis direkodkan oleh Bukhari daripada "cerita mulut" 80,000 orang, ianya telah pun melebihi
250 tahun (7-8 keturunan?). Oleh itu Bukhari sendiri tidak dapat mengesahkan kebenaran cerita tersebut sehingga ke zaman Rasulullah saw, melainkan semuanya adalah
"andaian," "teori" dan "sangkaan" beliau semata-mata.
Perlu diperjelaskan bahawa saya
sama sekali tidak mempertikaikan Rasulullah saw, tetapi mempertikaikan Bukhari (Penulis Novel Parsi) dan karyanya, yang mana banyak bercanggah dengan al-Quran dan bertentangan kemunasabahan akal fikiran.
Ini bukanlah satu kejutan kerana beliau sendiri telah mengutip 600,000 cerita dan hanya 2,762 yang diistiharkan sahih manakala bakinya adalah palsu. Oleh itu keberangkalian 2,762 hadis itu juga adalah palsu adalah amat tinggi kerana ini bermaksud sejumlah 99.54% telah pun diisytiharkan palsu. (
wikipedia mengatakan 1,000,000 hadis dan ini bermaksud 99.74% adalah palsu).
Andaikata Bukhari mengisytiharkan baki 2,762 itu juga palsu, adakah Tuan akan beriman dengannya? Dapatkah Tuan lihat siapakah kuasa penentu di sini? Adakah beliau nabi? Kalau Tuan faham perbezaan di sini, Tuan akan faham tiada siapa yang pertikaikan Rasulullah saw, tetapi mempertikaikan Penulis Novel. Maka itu juga saya tidak memahami kerana jika
Allah melarang kita mengikut ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (iaitu meninggalkan sebahagian daripada al-Quran sendiri), bagaimana pula umat boleh bergantung penuh kepada fakta yang tiada langsung kepastian dan menerimanya sebagai sahih menceritakan tentang kehidupan Rasulullah saw serta menjadikannya hukum Islam, malahan melebihi al-Quran? Adakah terdapat ayat al-Quran yang jelas bahawa Allah melindungi karya-karya ini, atau sebarang ayat untuk kita beriman dengan hasil karya "penulis-penulis novel" ini?
Sehubungan itu kebenaran karya-karya ini mesti diimbangi kembali dengan al-Quran, sebagai penentu kebenaran yang muktamad (bukan karya sebagai penentu muktamad); “
Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu [...]” (
al-Kahfi:29). Siapa periwayatnya adalah sama sekali tidak relevan dan semata teori, andaian dan sangkaan Penulis Novel Parsi semata-mata.
Pihak Tuan boleh meneruskan dengan memberikan jawapan bagi peringkat-peringkat tersebut agar tidak menganggu penerangan Tuan berserta dengan penerangan ayat al-Quran. Saya akan kemukakan persoalan dan yang mana Tuan boleh menjelaskan kembali kemudiannya. Sebarang kekeliruan diputuskan bersama.
Maaf jika terdapat apa-apa salah faham. Terima kasih.
"..Dan ada di antara manusia orang yang mempergunakan HADIS (cerita dongeng) yang tidak masuk akal untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa sebarang pengetahuan dan menjadikannya agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; Merekalah orang-orang yang akan memperolehi azab yang menghinakan.." (
Luqman:6)
"..Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kepadamu kerana menegakkan kebenaran; maka dengan HADIS (cerita dongeng) yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya..." (
al-Jathiyah:6)
"..Maka kepada HADIS (cerita dongeng) manakah ini mereka akan beriman?.." (
al-Mursalat:50)
MAIN