Muhammad_27
Super Active Member
- Messages
- 7,915
- Joined
- Nov 8, 2007
- Messages
- 7,915
- Reaction score
- 86
- Points
- 70
Salam,
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana Tuan sanggup meluangkan masa bagi bersama-sama membincangkan isu ini secara terbuka dan agar ramai yang dapat mengambil pelajaran daripadanya, termasuklah diri saya sendiri.
Baiklah, saya teruskan seperti di bawah:
PERINGKAT 1
Ulasan Peringkat 1 adalah faktor utama mengapa nama periwayat tersebut menjadi tidak relevan, kerana saya tidak mempertikaikan Rasulullah saw dan para sahabat, tetapi mempertikaikan "Penulis Novel".
Oleh itu, kesahihan karya menjadi pertikaian kerana Penulis Novel hidup 250 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw dan kesemua karya beliau adalah semata-mata bersandarkan kepada "andaian," "teori" dan "sangkaan" semata-mata. Bolehkah Tuan mengesahkan kebenaran kisah Hang Tuah pada hari ini? Maka itu andaian, teori dan sangkaan tidak dapat dijadikan asas kepada iman. Allah Taala sendiri telah memberikan konsep dan gambaran serta larangannya pada ayat di bawah:
"...Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong, dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja..." (2.78)
"...Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran..." (3.7)
![]()
Oleh itu, persoalan pada Peringkat 1 adalah mengenai "kualiti material" dan "asas akidah" yang perlu dipilih sebagai asas keimanan di dalam setiap masyarakat Islam. Jika Allah memerintahkan kita meninggalkan sebahagian daripada ayat al-Quran itu sendiri, masakan pula Allah memerintahkan kita beriman dengan karya yang 99.54% daripadanya telah pun diisytiharkan sebagai palsu oleh Penulis Novel itu sendiri?
Oleh itu Tuan sepatutnya mengemukakan ayat al-Quran yang jelas memerintahkan supaya umat Islam beriman kepada karya-karya sebegini.
PERINGKAT 2
Saya berpegang bahawa kaedah "membelah dada" dan menggunakan "air zam-zam" untuk membersihkan dosa atau memasukkan iman dan ilmu adalah satu budaya yang asing di dalam al-Quran. Saya percaya karya tersebut adalah berunsurkan "Pagan." Allah Taala tidak pernah menggunakan kaedah-kaedah sebegini bagi menyucikan dosa dan memasukkan iman atau ilmu. Allah Taala turut berfirman seperti di bawah:
"...Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya..." (At-Tiin:4)
Oleh itu kita tidak perlukan satu "kaedah ajaib membelah dada" atau memerlukan satu "modifikasi jasad" untuk menyucikan dosa dan memasukkan iman dan ilmu. Tuan boleh mengemukakan ayat al-Quran bagi menunjukkan ianya satu budaya yang tidak asing di dalam al-Quran dan kaedah yang sama pernah dilakukan oleh Allah Taala kepada manusia sebelumnya. Saya akan memberi komen dan pihak Tuan boleh mengemukakan jawapan balas.
Pohon maaf sekiranya terdapat sebarang salah faham.
Sekian, terima kasih.
Bagaimana pula kisah NABI di belah DADA oleh malaikat dibuktikan dengan kajian SAINTIFIK zaman sekarang...
contohnya pada zaman NABI orang tidak percaya bahawa dada nabi dibelah oleh MALAIKAT sebab tiada kesan PARUT MAHUPUN LUKA...
tapi zaman skrg orang dah boleh percaya dengan menggunakan kaedah LAZER dimana luka dapat dicamtumkan semula seperti asal...
SIFIRnya camni... LAZER diperbuat daripada CAHAYA... MALAIKAT juga diciptakan daripada CAHAYA... so tak mustahil malaikat yang membelah DADA nabi tidak meninggalkan sebarang kesan luka atau parut...
Ntah betul tidak.. boleh perjelaskan? kalo salah MAAP yer...