BTC USD 66,030.8 Gold USD 2,418.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suatu kilang ayam halal muslim di Utara bakal runtuh hasil dari boikot KFC yg berjaya di utara

Sponsored Post

KFC tu rebranding je la nama company serupa Prestariang Bhd yang Wak din Pagoh gi terminate Kontrak konsesi 3 bilion sistem komputer pasport JIM.

dari Prestariang Bhd tukar nama ke Awanbiru Technology. kalau Prestariang kekal kan nama dia "masak" la nak meniaga.
Ada terbaca pasal nak rebranding ni x semudah yg disangka. Orang dok bandingkan dengan KFC di Russia boleh jer rebranding, tp situasi x sama
 

Ezreen Muhaizie Marzukhi

·
“TUKAR JE LA JENAMA, APA SUSAH.”
1. Ini cadangan lazim bila sesuatu produk itu diboikot.
2. Untuk pengetahuan, pemegang francais jenama² terkemuka akan ada binding agreement, dan di dalam kontrak tersebut ada satu klausa yang disebut ‘non-compete clause’.
3. Klausa ini adalah untuk melindungi pemilik jenama tersebut. Ini bagi mengelakkan pemegang francais menggunakan kepakaran yang dilatih mereka dan rahsia intelek syarikat untuk kegunaan lain yang bersifat bisnes yang sama.
4. Jika dalam english ia berbunyi begini:
“A non-compete clause is a standard clause in a franchising agreement, and can be applicable during and after termination or discontinuation of the legal relationship.
A clause of this kind is intended to prevent the know-how of the franchisor disclosed to the franchisee being used for purposes other than agreed.
If there is no non-compete clause, the franchisee could use the know-how to develop its own competing business or start such a business the day after termination.
For obvious reasons, this risk is unacceptable for franchisors.”
5. Mudah cerita, dalam isu KFC, QSR (JCorp) tidak boleh sesuka hati nak menjenamakan semula KFC di Malaysia. Begitu juga hal Mekdi dengan owner Lionhorn di Malaysia.
6. “Tapi di Russia boleh je.”
Itu sebab perang…Mekdi di sana keluar secara paksa rela atas sebab Amerika memutuskan hubungan dagang dengan Russia.
Hakikatnya owner baru di Russia perlu membayar 1.4 billion dollar kepada Mekdi, baru Mekdi setuju untuk write off pelaburan mereka di Russia.
7. Buat masa ini, kes precedent begini hanya berlaku jika jenama tersebut sendiri nak keluar atas sebab perang dan putus hubungan dua buah negara.
8. Adakah Malaysia perlu memutuskan hubungan dua hala dengan Amerika dan berdepan sekatan ekonomi seperti Russia?
9. Saya rasa boleh. Dengan syarat, kita harus jadi kuasa besar seperti Russia, kaya ekonomi dan kaya teknologi sendiri dan cukup penghasilan keperluan makanan dalam negara. Nak berlawan dengan orang kuat, kita pun kena kuat.
10. Seperkara lagi, kebanyakan pemegang franchise di negara masing² tidak akan melabur dalam dua bisnes yang sama jenis produk.
11. Contohnya, sukar untuk QSR nak melabur dalam Muiz Fried Chicken, atau QSR nak buat jenama ayam goreng sendiri, kerana mereka tertakluk kepada klausa non-compete.
12. Tetapi jika ada syarikat korporat lain yang mahu invest dalam jenama lokal seperti Muiz, atau mereka nak membawa masuk jenama luar seperti Al-Baik, atau mereka nak buat sendiri bisnes ayam goreng from scratch, ya memang boleh sangat.
13. Kita ada banyak lagi syarikat korporat yang bermodal tinggi bertujuan untuk pelaburan, seperti Ekuinas, PNB, PUNB, even Khazanah juga boleh melabur sama seperti mereka membantu menaikkan FarmFresh.
14. Persoalannya kenapa mereka ini tidak berminat?
 
Ada terbaca pasal nak rebranding ni x semudah yg disangka. Orang dok bandingkan dengan KFC di Russia boleh jer rebranding, tp situasi x sama
kene beli company lain sebenornya lah, kalau di tengok kan pada bzness francaise ni modal besor utk sustain kan bznes diorg ni pada iklan.

company melayu bab iklan kede...

cam KFC ni kat Malaysia je top rasanya kat usa nun sendu je ha sbb omputeh bukan gemor makan ayam diorg suka ham..

tapi disebabkan KFC ni ada modey utk iklan dia jadi satu bsness goodwill yg besor kat Malaysia.
 

Ezreen Muhaizie Marzukhi

·

14. Persoalannya kenapa mereka ini tidak berminat?
mungkin sebab kartel ayam

orang ramai cuma nampak kedai jual ayam goreng tapi tak nampak belakang tabir siapa pembekal ayam tersebut.

anak ayam, makanan anak ayam, makanan pengemuk ayam, kilang proses ayam

kartel ayam senyum lebar kartel ayam jcop yang bayar zakat kena boikot
 
kfc.jpg
 
mungkin sebab kartel ayam

orang ramai cuma nampak kedai jual ayam goreng tapi tak nampak belakang tabir siapa pembekal ayam tersebut.

anak ayam, makanan anak ayam, makanan pengemuk ayam, kilang proses ayam

kartel ayam senyum lebar kartel ayam jcop yang bayar zakat kena boikot
Mungkin betul, atau mungkin masalah kos nk buat marketing yg tinggi.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register