BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri 15 ekor biri-biri mati dibaham di Jelebu

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
DzhK9gpVAAEVR1l.jpg


JELEBU 16 Feb. - Sebanyak 15 ekor biri-biri ditemukan mati dipercayai akibat dibaham harimau di Kampung Geylang dekat Pertang di sini pagi tadi.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Azmi Abd. Rahman berkata, kejadian itu disedari kira-kira pukul 8 pagi ketika pemilik ternakan itu masuk ke kandang biri-biri berdekatan rumahnya untuk memberi haiwan itu makan.

"Dia terkejut mendapati 15 biri-biri miliknya mati bergelimpangan dalam kandang.

"Terdapat kesan kulit haiwan itu disiat dan dirobek di bahagian perut hingga menampakkan tulang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, berdasarkan keadaan penemuan itu, pihaknya percaya ia adalah perbuatan harimau.

Jelasnya, kejadian serupa pernah berlaku di kampung itu dua bulan lalu tetapi haiwan peliharaan penduduk ditemukan mati di luar kandang.

Sebelum ini, tambahnya, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah memasang perangkap, namun usaha itu belum berjaya sehingga kini.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan negeri, Wan Mat Wan Harun ketika dihubungi enggan mengulas kes itu kerana belum menerima laporan mengenainya.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/15-ekor-biri-biri-mati-dibaham-harimau-1.842140

Adzmie Yusof
5 hrs ·

Serangan binatang buas ternakan penduduk kg geylang..mohon pihak berkenaan
mengambil tindakan segara
Perternak : ibrahim maasin
Jumlah kematian kambing yg telah mati: 30 ekor (3kali serangan)

DzhK_U-U8AAzpYk.jpg

DzhLHxJU8AAE1QL.jpg

DzhLGY4UcAIs6XU.jpg

DzhK-klUwAUrrI9.jpg
 
Suspek berjaya ditangkap

HARIMAU_KUMBANG_1550375211.jpg

HARIMAU kumbang yang membaham 15 biri-biri di Kampung Geylang berjaya ditangkap Jabatan PERHILITAN. - Foto IHSAN PERHILITAN

JELEBU: Harimau kumbang yang membaham 15 biri-biri di Kampung Geylang, Simpang Pertang, di sini, semalam, berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan, malam tadi.

Pengarah PERHILITAN Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun, berkata haiwan itu ditangkap pada jam 10 malam dengan menggunakan perangkap besi yang dipasang di kawasan kampung berkenaan sejak dua minggu lalu.

“Kita menggunakan umpan seekor kambing hidup yang diletakkan di dalam sangkar berasingan bersebelahan perangkap besi berkenaan.

“Bagaimanapun, kita belum mengenal pasti jantina dan berat haiwan itu kerana masih menunggu prosedur rawatan dijalankan oleh Jabatan Veterinar dan PERHILITAN negeri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain itu, beliau berkata, spesies harimau itu adalah spesies terancam yang sukar ditemui dan dilindungi sepenuhnya mengikut jadual kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Katanya, harimau kumbang itu akan dilepaskan kembali ke habitat asal selepas pemeriksaan dijalankan bagi memastikan spesis itu sihat.

Beliau berkata, siasatan susulan turut mendapati haiwan pemangsa itu masuk ke kandang melalui ruang antara bumbung dan dinding kandang pengadu.

“PERHILITAN sudah menutup kandang kambing pengadu dengan menggunakan jaring hitam di sekeliling bagi menutup ruang yang membolehkan pemangsa masuk ke dalam kandang,” katanya.

Sementara itu, pemilik biri-biri, Ibrahim Maasin, 60, berkata dia hanya menyedari kejadian pada jam 9 pagi ketika mahu memberi makan kepada haiwan ternakannya.

“Kandang itu terletak kira-kira 100 meter dari rumah dan saya percaya serangan harimau itu berlaku pada tengah malam.

“Ini adalah kejadian keempat dan tiga kejadian sebelum ini mengakibatkan 20 ekor kambing ternakan saya mati.

“Tiga kejadian serangan sebelum ini berlaku di luar kandang dan insiden terbaru ini adalah kejadian pertama haiwan pemangsa itu masuk ke dalam kandang,” katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/02/531761/harimau-kumbang-baham-15-biri-biri

macam bukan harimau, setakat siat daging je, harimau kurang2 makan separuh..

just my 2cent..
 
hantu kepala terbang kot ni
 
Mcm beruang punya keja sebab dia benci biri2 kot huhuhu
 
Back
Top
Log in Register