InstaForexRebat
CG Hardcore Club

- Messages
- 58,370
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 58,370
- Reaction score
- 5,557
- Points
- 721
LANGKAWI: Seorang warga British berumur 62 tahun ditemukan mati selepas dipercayai ditikam dengan sebilah pisau oleh isterinya dalam sebuah rumah di Kampung Gelam, Mukim Kedawang di sini awal pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Langkawi Supritenden Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan kes itu berkata mayat John William Jones dijumpai terbaring dalam keadaan mengiring di atas lantai ruang tamu rumah berkenaan kira-kira pukul 2.30 pagi.
“Sejurus menerima panggilan daripada seorang jiran pasangan itu, sepasukan polis dari Balai Polis Padang Matsirat telah berkejar ke tempat kejadian dan mendapati isteri si mati masih berada di sisi mayat,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Sebilah pisau sepanjang kira-kira 30cm dipercayai digunakan untuk menikam mangsa turut ditemui di atas lantai bilik tidur pasangan itu.
Menurut Mohd Iqbal, isterinya yang berumur 62 tahun yang juga warga British itu kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.- Bernama
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2018/10/18/bunuh-suami/#fOmBV8kIbbjp4Lky.99

Wanita Britain didakwa bunuh suami
LANGKAWI - Seorang wanita warga Britain didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh suaminya dua minggu lepas.
Tertuduh, Samantha Ann Jones, 62, seorang suri rumah didakwa membunuh suaminya John William Jones, 62, yang juga warga Britain di rumah mereka di Kampung Gelam di sini antara 1 pagi dan 3 pagi pada 18 Oktober.
Wanita itu yang tenang di kandang tertuduh mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripadanya yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Jayniesa Lavang Jarit dan Ann Jones diwakili peguam Sangeet Kaur Deo.
Jayniesa memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk kes disebut semula kerana laporan forensik dan bedah siasat berkaitan kes itu masih belum diterima.
Adibah Husna kemudian menetapkan 20 November sebagai tarikh sebutan semula kes. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/mahkamah/wanita-britain-didakwa-bunuh-suami-1.898477