BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

eRezeki (Official Malaysian Earn Money Programme by PM Najib) - erezeki.my

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek eRezeki bagi rakyat Malaysia dalam kumpulan 40 peratus terendah (B40) dalam piramid pendapatan, kepada pendapatan domestik dan global.

"eRezeki akan dilaksanakan merentas pelbagai Pusat Kerja Digital. Pusat kerja ini boleh dalam bentuk Pusat Transformasi Bandar, Pusat Transformasi Luar Bandar, Kolej-kolej Komuniti dan masjid, bagi memberi impak ke atas isi rumah berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar," katanya semasa menutup mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia ke-26 di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata projek itu termasuk siri program-program Keupayaan Digital, yang akan melatih dan memadankan 400,000 anggota masyarakat B40 dengan keupayaan untuk menjalankan tugasan mikro daripada sumber deomstik dan asing, membantu setiap daripada mereka untuk memperoleh pendapatan tahunan tambahan pada purata RM6,000 menjelang 2020. - Bernama
 
walaupun dalam bahasa melayu..
tapi aku tak faham beberapa perkara/ayat kat sini..

apa benda keupayaan digital?
apa itu tugasan mikro dari sumber domestik dan asing?

ini ke di katakan ayat terlalu general??
 
walaupun dalam bahasa melayu..
tapi aku tak faham beberapa perkara/ayat kat sini..

apa benda keupayaan digital?
apa itu tugasan mikro dari sumber domestik dan asing?

ini ke di katakan ayat terlalu general??

Tu la pasal..kwn pun x paham.. xde point nak paham.. hahaa..
 
kata BR1M dpt bantu rakyat yg susah, tetiba pula ada eRezeki... brp RM yg akan tersasar dlm projek ni
 
Projek eRezeki Untuk Kumpulan Rakyat B40 Tambah Pendapatan

PUTRAJAYA, 23 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek eRezeki bagi rakyat Malaysia dalam kumpulan 40 peratus terendah (B40) dalam piramid pendapatan, kepada pendapatan domestik dan global.

"eRezeki akan dilaksanakan merentas pelbagai Pusat Kerja Digital. Ia boleh dalam bentuk Pusat Transformasi Bandar, Pusat Transformasi Luar Bandar, Kolej-kolej Komuniti dan masjid, bagi memberi impak ke atas isi rumah berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar," katanya semasa menutup mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia ke-26 di sini Khamis.

Perdana Menteri berkata projek itu termasuk siri program-program Keupayaan Digital, yang akan melatih dan memadankan 400,000 anggota masyarakat B40 dengan keupayaan untuk menjalankan tugasan mikro daripada sumber domestik dan asing supaya mereka boleh memperoleh pendapatan tahunan tambahan pada purata RM6,000 menjelang 2020.

Beliau berkata bagi menjayakan janji kerajaan mengutamakan rakyat dalam penyampaian perkhidmatan, kerajaan meluluskan inisiatif Transformasi Kerajaan Digital yang akan mengerakkan perbatasan baharu penyampaian perkhidmatan secara dalam talian, infrastruktur telekomunikasi dan pembangunan modal insan.

"Yang penting ialah anjakan daripada penarafan dalaman berasaskan penyedia semasa kepada penilaian berasaskan pengguna yang bertumpukan kepada kepuasan rakyat.

"Untuk itu, kerajaan memutuskan bahawa sebahagian daripada data sulit kerajaan akan dibuka kepada orang ramai," katanya.

Najib berkata bagi merangsang pertumbuhan dalam ekonomi Digital Malaysia, pembangunan dan promosi hab teknologi dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi negara, perlu ditingkatkan.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan meluluskan beberapa keputusan untuk membantu memperkukuh kelebihan MSC Malaysia dalam bidang pengkhususannya.

Beliau berkata MSC bertanggungjawab menjadikan Malaysia sebagai hab perkhidmatan kandungan dan awan, dengan mewujudkan hab data trafik.

"Ini akan dilakukan dengan memanfaatkan ekosistem pusat data di Cyberjaya, gerbang perhubungan data antarabangsa di Cherating dan Mersing, dan mewujudkan kelompok perkhidmatan dan kandungan awan yang baharu di Iskandar Malaysia.

Perdana Menteri berkata untuk itu kerajaan akan membuat pelaburan dalam meluluskan gerbang perhubungan data antarabangsa dan akan menimbangkannya sebagai projek keutamaan," kata Najib.

Selain itu, katanya, bagi menjadikan Malaysia sebagai hab permainan dan media interaktif serantau, beberapa tindakan akan diambil, termasuk menarik syarikat utama memberi perkhidmatan sebagai pemacu industri, membangunkan keupayaan dan kapasiti permainan tempatan dan meningkatkan akses pasaran global menerusi platform penerbitan.

Najib berkata kerajaan akan menyokong penubuhan badan penyelaras sehenti bagi merangsang pembangunan Kandungan Malaysia.

"Ini akan membantu kami merealisasikan potensi golongan muda kita ke arah "menjual" bakat kreatif mereka," katanya.

Susulan usaha yang dijalankan pada 2013, Najib berkata bagi merealisasikan peluang dalam Data Analitis Besar (BDA), Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) akan melaksanakan tiga projek berimpak tinggi dalam pembangunan bakat.

Ini bakal menyaksikan penubuhan Institut Data Sains Asia dengan usaha sama universiti utama dunia seperti Carnegie Mellon, pembukaan Data Terbuka Kerajaan menerusi data.gov.my serta penubuhan Pusat Inovasi Kecemerlangan BDA yang diketuai sektor swasta bagi melahirkan bakat Malaysia dalam sains data dan memacu penggunaan dan pertumbuhan BDA dalam negara.
 
adakah aku sorang yang tak faham hape bende eRezeki ni? :-?
 
pendapatan tahunan tambahan pada purata RM6,000 menjelang 2020

entah2-
tahun 2020 harga lembu seekur dah RM7,000
petrol dah rm3 seliter
gas masak dah RM32-RM35 setong
 
Back
Top
Log in Register