Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 11-03-2011, 09:32 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 240,513
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 2789
Blog Entries: 47
Active Level
My Mood:
Default Spektra Putrajaya Jadikan Khidmat Bas Di Putrajaya Lebih Efisien

PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Sistem Pengurusan dan Kawalan Transit Awam Putrajaya (Spektra Putrajaya) yang dilancar Jumaat dijangka dapat menjadikan perkhidmatan bas Nadi Putra dan parkir awam di bandar ini lebih efisien.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata sistem itu akan memastikan bahawa waktu ketibaan dan pelepasan bas Nadi Putra lebih tepat mengikut jadual.

"Ia juga akan membolehkan penumpang memperolehi maklumat melalui skrin plasma di Terminal Putrajaya Sentral, pejabat kerajaan serta melalui 'Small Variable Message Sign' di perhentian bas terpilih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Spektra Putrajaya di sini Jumaat.

Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Samsudin Osman dan Pengarah Perkhidmatan Bandar PPj Datuk Abd. Ghani Ahmad.

Spektra Putrajaya merangkumi empat komponen utama iaitu sistem pengurusan bas, sistem maklumat bas, sistem tiket elektronik dan sistem parkir automatik.

Raja Nong Chik berkata sistem pengurusan bas melibatkan pemasangan 'On Board Unit' (OBU) di atas bas yang memiliki ciri-ciri 'Global Positioning System' (GPS) dan General Packet Radio Services (GPRS) yang akan menghantar data mengenai identiti bas, pemandu, laluan operasi dan bilangan penumpang kepada Sistem Komputer Berpusat Putrajaya (PutraNet).

Beliau berkata sistem maklumat bas pula akan menjadi pusat kawalan yang menyalur maklumat jangkaan masa ketibaan pada skrin yang dipasang di 16 buah perhentian bas terpilih bagi membolehkan pengguna mengetahui jadual perjalanan bas.

"Sistem tiket elektronik pula akan bertindak mengurus kutipan tambang bas secara tunai dan penggunaan pas bulanan. Kesemua transaksi akan dihantar terus kepada sistem komputer di depoh bas sebelum disatukan ke dalam Sistem Komputer Berpusat Putrajaya," katanya.

Raja Nong Chik berkata sistem tempat letak kereta automatik pula akan beroperasi di pusat Park and Ride (P&R) bagi mengendalikan bayaran secara tunai dan penggunaan pas bulanan secara harian dan bermalam pada kadar bayaran yang ditetapkan.

Beliau berkata RM17 juta diperuntukkan untuk melaksanakan sistem itu dengan 115 buah bas dilengkapi sistem berkenaan.

Ditanya sama ada kementerian berhasrat untuk memperluaskan sistem itu ke ibu negara, beliau berkata kementerian akan menilai tahap keberkesanan Spektra Putrajaya sebelum diperluaskan ke tempat lain termasuk di Kuala Lumpur.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 11-03-2011, 09:37 PM
agigas agigas is offline
Active Member

agigas's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2009
Posts: 1,709
Thanks (Received): 58
Likes (Received): 131
Blog Entries: 1
Active Level
Default

settlekan je projek monorel putrajaya tu kan lagi bagus...
Reply With Quote
  #3  
Old 11-03-2011, 09:39 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 240,513
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 2789
Blog Entries: 47
Active Level
My Mood:
Default

masih ramai lg ke guna kan bas kat putrajaya tu
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump