Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Religious Talk

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 18-05-2018, 03:52 PM
kasturi kasturi is offline
Legendary Member

kasturi's Avatar
 
Trader Rating: (47)
Join Date: Jul 2006
Location: Menuju puncak
Posts: 12,524
Thanks (Received): 2304
Likes (Received): 661
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default Solat terawih: Sendirian atau berjemaah?

Solat tarawih merupakan suatu solat yang dituntut bagi umat Islam untuk melaksanakannya. Ganjaran melakukannya adalah sangat besar, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu. Riwayat Al-Bukhari (37)

Imam Al-Nawawi Rahimahullah di dalam Syarah Al-Nawawi ‘Ala Muslim (6/377) menyatakan: Qiyam Ramadhan adalah solat tarawih.

Pensyariatan solat tarawih dapat dilihat melalui sebuah riwayat daripada Umm Al-Mu'minin A'isyah R.anha bahawa beliau berkata :
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pada suatu malam sedang solat di dalam masjid. Maka orang ramai pun mengikut solat bersama baginda. Kemudian pada malam berikutnya, baginda solat sekali lagi dan jemaah yang mengikutnya semakin banyak. Pada malam yang ke-3 atau ke-4, orang ramai berkumpul menanti ketibaan Rasulullah S.A.W sebaliknya baginda tidak keluar kepada mereka. Apabila masuk waktu subuh, baginda bersabda kepada para jemaah: Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kamu semua lakukan. Dan tidaklah yang menghalang aku dari keluar kepada kamu melainkan aku takut solat itu akan difardhukan ke atas kamu semua. Yang demikian itu berlaku pada bulan Ramadan. Riwayat Al-Bukhari (1129)

Syeikh Syams Al-Haq Al-‘Azhim Abadi Rahimahullah ketika mensyarahkan hadis ini beliau berkata: Baginda takut solat tarawih akan difardhukan ke atas mereka. Ini kerana boleh jadi berlakunya kefardhuan atas perbuatan qiyam Ramadhan secara berjamaah disebabkan ia dilakukan secara berterusan. [Lihat ‘Aun Al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Daud (4/180)].

Solat tarawih secara bersendirian, adakah ia dibolehkan atau tidak ?
Berikut beberapa pendapat para fuqaha berkenaan isu ini:

- Kata Al-Syeikh Al-Buhuti Rahimahullah di dalam kitabnya Daqaiq Uli Al-Nuha (1/2245): Menunaikan solat tarawih di masjid itu lebih afdhal berbanding selainnya. Kerana baginda S.A.W menunaikannya bersama orang ramai selama 3 hari berturut-turut. Ia sepertimana yang diriwayatkan oleh A’isyah R.anha bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Sesiapa yang melakukan qiyam bersama imam sehingga dia selesai, akan dituliskan ganjaran untuknya qiyam sepanjang malam. [Riwayat Ibn Majah (1327)]

- Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah juga berpendapat yang sama berhujahkan hadis di atas. Ditanyakan kepada Imam Ahmad : Adakah kau suka seorang lelaki solat bersama orang ramai (secara berjamaah) pada bulan Ramadhan atau kau suka dia solat secara bersendirian? Maka Imam Ahmad menjawab: Aku suka jika dia solat berjemaah bersama orang ramai, dan aku juga suka sekiranga dia solat bersama dengan imam dan turut witir bersamanya. Kata Imam Ahmad lagi: Dia qiyam secara berjemaah dan solat witir bersama mereka sehingga lah imam selesai. Kata Abu Daud : Aku melihat Imam Ahmad Rahimahullah, beliau berwitir pada bulan Ramadan bersama imamnya kecuali pada malam yang aku tidak menghadirinya.
Lihat Tuhfah Al-Ahwaazi, Al-Mubarakfuri (3/448).

- Imam Al-Nawawi Rahimahullah dalam Syarah Al-Nawawi ‘Ala Muslim (6/377) berkenaan isu ini menyatakan: Para ulama bersepakat bahawa solat tarawih adalah mustahab. Cuma mereka berbeza pendapat adakah yang afdhal itu solat bersendirian di rumahnya ataupun solat berjamaah di masjid ? Al-Nawawi membahagikannya seperti berikut:

Pendapat pertama: Imam Al-Syafi’e dan jumhur ashabnya, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, dan sebahagian fuqaha Malikiyyah.
Mereka berpendapat yang afdhal adalah solat tarawih secara berjamaah sebagaimana yang dilakukan oleh Umar Al-Khattab dan para sahabat R.anhum.

Pendapat kedua: Imam Malik, Abu Yusuf, dan sebahagian Syafi’eyyah
Golongan ini berpendapat bahawa yang afdhal adalah menunaikan tarawih secara bersendirian di rumah. Ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W: Sesungguhnya seafdhal solat bagi seorang lelaki itu adalah di rumahnya, melainkan solat fardhu. [Riwayat Al-Bukhari (7290)]

Manakala di dalam kitabnya Al-Majmu’, Imam Al-Nawawi menyatakan: Solat tarawih adalah sunnah berdasarkan ijma’ para ulama’. Boleh dilaksanakan secara bersendirian ataupun secara berjamaah. Yang manakah lebih afdhal di antara keduanya ? Ada 2 pendapat yang masyhur dan yang sahih dengan kesepakatan para ashab (Al-Syafi’eyyah), bahawa solat tarawih berjamaah itu lebih afdhal. [Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (3/526)].

Kesimpulan

Setelah kami meneliti beberapa pendapat para fuqaha yang kami nyatakan di atas, kami berpendapat bahawa hukum menunaikan solat tarawih secara bersendirian dibolehkan, dan yang paling afdhal adalah menunaikannya secara berjemaah.

Kami juga mencadangkan kepada para pembaca supaya melihat beberapa murajjihat (pemberat) yang berikut:

- Bagi yang menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat isya’ secara berjemaah. Alangkah lebih baik untuk dirinya kekal di masjid dan meneruskan solat tarawih secara berjamaah.
- Solat tarawih secara berjemaah merupakan satu syiar agama Islam. Kerana itu ia disifatkan menyamai solat hari raya.
- Sesiapa yang merasakan kualiti solat tarawihnya semasa bersendirian jauh lebih baik berbanding kualiti solat semasa berjamaah, maka dia boleh untuk solat sendirian. Jika sebaliknya, maka berjamaah itu lebih afdhal.
- Cukuplah arahan Saidina Umar Al-Khattab kepada para sahabat di zamannya untuk dilakukan solat tarawih secara berjamaah menunjukkan yang ia suatu yang lebih baik berbanding solat secara bersendirian.


Akhukum Fillah,

S.S DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI
MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irs...a-bersendirian






Last edited by kasturi; 18-05-2018 at 03:57 PM..
Reply With Quote
Thanks cek mek molek thanked for this post
Likes TT, Kelulut madu, shah_ae liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 18-05-2018, 04:01 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 33,210
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 3244
Active Level
My Mood:
Default

nice sharing, thanks
Reply With Quote
  #3  
Old 18-05-2018, 04:10 PM
Jalapeno Jalapeno is offline
Active Plus

Jalapeno's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2015
Posts: 3,549
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 37
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Sesiapa yang merasakan kualiti solat tarawihnya semasa bersendirian jauh lebih baik berbanding kualiti solat semasa berjamaah, maka dia boleh untuk solat sendirian. Jika sebaliknya, maka berjamaah itu lebih afdhal.

Ini terbaik
__________________
Hashflare - Bitcoin Cloud Mining 'value for money' dgn harga RM47/$12 (debit/credit card) untuk 100GH/s setahun.
Diskaun 22% dengan kod HF18PIZZADAY22 hingga 31 May 2018
Di masa depan, dari mana nak dpt bitcoin? Berapa harga masa tu?
Reply With Quote
  #4  
Old 20-05-2018, 04:09 AM
tokey99 tokey99 is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2009
Posts: 4,006
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 102
Active Level
Default

Perselisihan ulama itu rahmat..
kita dimalaysia yg bermazhab syafie kene berniat puasa tiap2 hari..dan berniat sebulan diawal Ramadan mengikut mazhab ulama aswj yg lain..tp kene niat puasa sehari2..jgn buat tak tau pulak..
dan bila kita terlupa..niat sebulan tu dh cover puasa hari tu..tp esok pulak kene niat puasa hari esok pulak..bukan wat tak tau je..kenapa kita kene niat puasa sehari2 dan sebulan..sebenarnya..bila kita niat sebulan..iaitu full 29,30 hari ramadhan kita berpuasa..kita niat sehari2 tu sebab kita tak tau..jika dlm 1 hari..ada kes kita terpaksa berbuka kerana sakit..ataupun kita bermusafir yg mana kita boleh berbuka sebgai kemudahan yg Allah beri..jadi disitu akan terbatal lah niat sebulan direct tadi..kerana itulah perselisihan ulama tu rahmat..kerana saling bantu membantu dlm agama agar amalan kita sampai dan diterima Allah s.w.t..wassalam
Reply With Quote
Likes syamsoulcc liked this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump