Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Gossip, Celebrities

Gossip, Celebrities Right place for paparazzi :) . Share your info with our celebrities and gossip fans.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 18-05-2018, 04:22 PM
my360cam my360cam is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2017
Posts: 752
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 39
Active Level
Default Golongan selebriti kini lebih berani bersuara



1. Datuk Farid Kamil
Saya mengharapkan Malaysia baru, pengurusan baru dan kita dapat menyambut tahun 20020 dengan satu perasaan yang kitalah yang mewarisi wawasan 2020, harapakan anjakan paradigma ke wawasan 2020.


2. Sharifah Amani
Saya harap kita lebih memahami, sayang menyayangi, dan lebih harapan untuk masa depan yang lebih baik dan untuk semua bersatu.

3. Fatimah Abu Bakar
Saya rasa, percaya kini masa depan untuk anak-anak seni lagi cerah. Kalau boleh kena ubah sistem kerja supaya memudahkan banyak rezeki untuk anak-anak seni. Ramai yang berbakat tapi tak ada peluang atau tersekat-sekat. InsyaALLAH dengan kerajaan baru, dengan orang yang bertanggungjawab, yang mempunyai rasa cinta seni, akan memperkukuhkan lagi seni kita. Kita bukan nak jadi kaya tapi hargai seni kita.

4. Fauziah Nawi
Saya berharap segala-gala dapat berjalan dengan lancar, semua orang dapat merasa sama rata, dan seni itu diangkat ke tempat yang sepatutnya ia berada. Saya harap apa yang diperkatakan bukan sekadar cakap tapi harus dilakukan demi pembangunan kesenian tanah air kita.

5. Ben Ali
Saya berharap agar industri seni berkembang lebih maju tanpa ada sekatan. Kalau ada anak seni yang mahu bersuara, tak ada masalah boleh bersuara. Sebelum ini kita tengok ada artis-artis yang bersuara disekat, jadi kita tak nak tengok itu lagi. Kita sama-sama bina negara baru untuk anak-anak seni yang lebih baik.

6. Iedil Putra
Harapan saya untuk Malaysia baru adalah kita dapat lakukan yang terbaik untuk Malaysia di mana sekarang ini sokongan yang sangat baik sangat hebat. Semoga semua idea dan cadangan yang melibatkan orang-orang seni dapat diperdengarkan kepada wakil rakyat kita dan semoga lebih banyak program memperkasakan seni di Malaysia.

7. Safura
Harap anak-anak seni yang bawah-bawah ini terbela. Sebab sebelum ini kami tak pandai bersuara. Semoga anak seni semua dapat merasa sama rata. Tiada kroni. Yang di bawah nak hidup juga. Jadi sebagai anak seni bergabung dan berjuang sama-sama.

8. Deja Moss
Saya nak ada cahaya sikitlah dalam bidang seni, kita di sebelah pihak sahaja masa dulu kan, terpaksa menyokong, semua terpaksa dan sekarang kita sudah ada suara bersama, mari bekerja bersama.

9. Tam Suhaimi
Mahu nasib anak seni terbela. Setiap tahun masalah yang sama. Jadi jika ada yang wakil yang faham seni maka dia akan faham apa yang terjadi. Permulaan yang baik, harap perubahan akan berlaku.

10. Nizam Laksamana
Tiada pensempadanan berlaku dalam menyiarkan semua lagu-lagu. Harap sekarang semua stesen boleh main. Ada ruang untuk berkarya dan boleh buat persembahan yang memudahkan.

11. Elda Susanti
Besar harapan semoga anak seni akan terbela nasibnya. semoga dengan kerajaan yang baru rezeki akan terbuka luas dan sama rata seadil-adilnya.

12. Erwin Dawson
Harapan saya sama seperti yang semua orang harapkan iaitu sebuah kerajaan yang bersih. Setakat ini apa yang saya nampak macam ada satu beban yang diangkat dari bahu. Walaupun saya bukan rakyat Malaysia tetapi saya dapat rasakan mungkin kerana saya seorang yang percayakan kebenaran dan keadilan.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 18-05-2018, 04:48 PM
ohsem ohsem is offline
Active Member

ohsem's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Nov 2011
Posts: 1,779
Thanks (Received): 18
Likes (Received): 14
Active Level
My Mood:
Default

semua backpedaling ler ape lagi..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump