Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #5721  
Old 10-01-2019, 02:58 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 139,475
Active Level
My Mood:
Default

Jabatan Peguam Negara bantah permohonan Najib, Shafee gugur Sri Ram



KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan yang difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi mencabar pelantikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes yang dihadapi mereka.


Perkara itu dimaklumkan Muhammad Shafee bagi pihak Najib selepas prosiding dalam kamar Hakim Datuk Azizah Nawawi di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi yang turut dihadiri peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee.

Menurut Muhammad Shafee permohonan kebenaran itu difailkan beliau dan Najib secara berasingan namun sebahagian alasan yang dikemukakan sama dan kemungkinan besar akan didengar bersama di hadapan hakim itu.

Sementara itu, Muhammad Shafee menjelaskan antara sebab mereka mengemukakan alasan mencabar pelantikan Sri Ram mengetuai adalah Sri Ran dilantik menjadi pasukan pendakwaan ketika masih mempunyai sijil amalan sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

"Seseorang pendakwa raya tidak boleh dilantik ketika beliau masih bertindak sebagai peguam biasa. Ianya berbeza lantikan saya sebagai pendakwa raya ketika mengendalikan kes liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Dalam pada itu Harvinderjit Singh pula memaklumkan, secara ringkas, sekiranya Sri Ram meneruskan peranannya sebagai pihak pendakwaan ianya menjejaskan Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili Jabatan Peguam Negara Shamsul Bolhassan berkata, pihaknya mengemukakan bantahan susulan pemohon-pemohon telah mengemukakan permohonan itu di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 Januari ini untuk prosiding mendengar permohonan itu.

Dalam permohonan yang difailkan Najib dan Muhammad Shafee bulan lalu pemohon menamakan Peguam Negara/Pendakwa Raya, Kerajaan Malaysia dan Gopal Sri Ram masing-masing sebagai responden pertama, kedua dan ketiga.

Antara tuntutan perintah mahkamah itu ialah menolak keputusan Peguam Negara untuk tidak mengemukakan surat pelantikan Sri Ram sebagai Ketua Timbalan Pendakwa Raya.

Mereka juga menuntut pengisytiharan bahawa surat lantikan itu ultra vires, tidak sah dan terbatal selain perintah untuk melarang responden ketiga daripada terus mengetuai pendakwaan dalam semua kes dihadapi termasuk rasuah, salah guna jawatan dan pengubahan wang haram.


http://www.kosmo.com.my/terkini/jaba...kwaan-1.819548
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #5722  
Old 10-01-2019, 03:24 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 244,844
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3327
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default



PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) keenam di Putrajaya, hari ini

Quote:
Kerajaan perlu dokumen bukti wujud perjanjian Malaysia-China - Dr Mahathir

PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu melihat terlebih dulu dokumen yang dipetik Wall Street Journal (WSJ) sebagai ‘minit mesyuarat’ antara Malaysia dan China, sebelum boleh mengambil tindakan lanjut, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata kerajaan perlukan dokumen itu untuk diguna sebagai bukti perjanjian membabitkan kerajaan terdahulu yang didakwa menganugerahkan projek rel dan saluran paip sebagai ganjaran kepada tawaran China bagi menyelamat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang berdepan masalah kewangan.

“Kenyataan mengenai adanya dokumen ini dibuat oleh media. Saya rasa dokumen seperti yang dilaporkan itu ada, cuma sama ada ia boleh ditunjukkan kepada kerajaan dan berada di tangan kita sebelum boleh menerima laporan dibuat media berkenaan.

“Selagi itu, kita tidak boleh ambil tindakan, perlu dapatkan dokumen itu dulu dan menggunakannya sebagai bukti bahawa ia (perjanjian) benar berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) keenam di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, kerajaan perlu melihat dokumen itu bagi mengetahui kebenarannya.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan akan meneliti laporan WSJ yang mendakwa China dianugerahkan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) ketika negara di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebagai ganjaran kepada tawaran China bagi menyelamatkan 1MDB yang berdepan masalah kewangan.

Guan Eng berkata beliau berharap mendapat salinan dokumen yang dipetik WSJ sebagai ‘minit mesyuarat’ antara Malaysia dan China, sebelum boleh memberi ulasan lanjut.

Laporan WSJ sebelum ini menyatakan bahawa pada 2016, pegawai China memberitahu pegawai Malaysia bahawa kerajaan China akan menggunakan pengaruh untuk memastikan negara lain termasuk Amerika Syarikat menggugurkan siasatan ke atas 1MDB.

Sebagai balasan, kerajaan Malaysia menganugerahkan projek rel dan saliran paip kepada inisiatif ‘One Belt, One Road’ China.

Laporan WSJ juga menyatakan bahawa perjanjian projek rel dan saliran paip bernilai AS$34 bilion (RM140 bilion) ditandatangani oleh perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dan China.

Projek berkenaan dikatakan akan dibiayai bank-bank China dan membabitkan pekerja dari China.

Memetik sumber, laporan itu turut menyatakan bahawa selain menganugerahkan projek kepada China, Najib juga mengadakan rundingan sulit bagi membenarkan tentera laut China berlabuh di dua pelabuhan Malaysia.

https://www.bharian.com.my/berita/na...aysia-china-dr
Reply With Quote
  #5723  
Old 11-01-2019, 10:46 AM
stonecold88 stonecold88 is offline
Active Plus

stonecold88's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 2,592
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 412
Active Level
My Mood:
Default

TERDIAM tujuh menteri Pakatan apabila Datuk Seri Najib memberi jawapan balas kepada tuduhan terbaru Wall Street Journal (WSJ) di Facebook beliau baru-baru ini. Menteri Kewangan Lim Guan Eng terdiam. Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali terdiam. Menteri Pertahanan Mohamad Sabu terdiam. Menteri Industri Utama Teresa Kok terdiam. Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah terdiam. Menteri Pengangkutan Anthony Loke terdiam. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking terdiam.

2. Mengapa kesemua tujuh menteri Pakatan ini tidak membalas kenyataan Datuk Seri Najib pada 8 Januari baru-baru ini? Apakah tuduhan terbaru WSJ terhadap Datuk Seri Najib kali ini? Adakah diamnya para menteri Pakatan menandakan bahawa Datuk Seri Najib telah menang besar dalam ‘pertarungan’ terbaru ‘perbicaraan di media’ ini?

3. Ikuti satu-persatu analisis siri tuduhan terbaru WSJ beserta merit jawapan balas Datuk Seri Najib berikut bagi memahami konteks perkembangan geopolitik dan kepentingan nasional kita ini hinggakan tujuh menteri Pakatan kelihatan ‘terdiam’.

4. Tuduhan Pertama WSJ: Datuk Seri Najib Razak dituduh meminta agar Jho Low merancang rundingan dengan China bagi ‘menyelesaikan krisis’ hutang 1MDB. Hasilnya, beberapa mesyuarat diadakan antara pihak Malaysia dengan China yang diatur oleh Jho Low sendiri.

5. Jawapan Datuk Seri Najib: “Tidak pernah berlaku. Malaysia terus berusaha dan berjanji menandatangani perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik kerajaan Abu Dhabi untuk memastikan bahawa semua wang yang didakwa hilang dari 1MDB akan dikembalikan sebelum 31 Disember 2020”.

6. Analisis Tuduhan & Jawapan balas Pertama: Memang benar bahawa kerajaan Malaysia ketika itu menandatangani perjanjian dengan IPIC bagi penyelesaian hutang 1MDB, namun Datuk Seri Najib tidak menjawab tuduhan berkenaan peranan Jho Low sebagai ‘orang tengah’ yang dilantik beliau bagi rundingan dengan China. Maka persoalannya masih wujud, benarkah Jho Low terlibat dalam rundingan Malaysia-China? Atas dasar apa penglibatan Jho Low? Jika tiada mesyuarat sedemikian yang wujud, mengapa pula Jho Low dalam kenyataan terbaru beliau (menerusi peguam beliau) seolah-olah mengakui bahawa mesyuarat dengan China sedemikian memang wujud, cuma minit mesyuarat yang didedahkan oleh WSJ itu ‘tidak lengkap’ dan ‘ditafsirkan dengan salah’?

7. Tuduhan Kedua WSJ: Dalam mesyuarat bertarikh 29 Jun 2016, pegawai China, Sun Lijun (Ketua pasukan keselamatan domestik China ketika itu) berjanji untuk ‘memanfaatkan pengaruh China ke atas beberapa negara lain’ bagi menghentikan siasatan berhubung tuduhan kleptokrasi yang terjadi di 1MDB.

8. Jawapan Datuk Seri Najib: Semua negara termasuk Amerika Syarikat tidak menghentikan siasatan mereka masing-masing di sebalik dakwaan itu.

9. Analisis Tuduhan & Jawapan balas Kedua: Benar jawapan Datuk Seri Najib bahawa tiada negara yang terlibat telah menghentikan siasatan ke atas 1MDB selepas 29 Jun 2016 – terutama sekali Amerika Syarikat. Sebaliknya, timbul persoalan pula tentang tuduhan WSJ ini kerana Amerika Syarikat khususnya Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) hanya mula mengisytiharkan siasatan mereka ke atas 1MDB pada 20 Julai 2016. Maka, bagaimana pula mesyuarat Jho Low-China bagi tujuan ‘menghentikan siasatan ke atas kleptokrasi 1MDB’ boleh diadakan hampir sebulan lebih awal iaitu 29 Jun 2016?

10. Tuduhan Ketiga WSJ: Sun Lijun juga ‘memberi jaminan’ kepada pihak Malaysia bahawa China melakukan pengintipan menyeluruh ke atas pejabat WSJ di Hong Kong sebagai ‘memenuhi permintaan Malaysia’.

11. Jawapan Datuk Seri Najib: Ini tidak pernah berlaku.

12. Analisis Tuduhan & Jawapan balas Ketiga: Tuduhan WSJ ini cukup serius kerana ia bukan sahaja menuduh bahawa China melakukan pengintipan ke atas pejabat dan kakitangan WSJ di Hong Kong, malah mereka melakukannya atas ‘permintaan Malaysia’. Sebelum itu kita perlu ketahui siapakah watak ‘Sun Lijun’ yang dituduh oleh WSJ ini? Adakah beliau benar-benar berkuasa untuk melakukan pengintipan sedemikian? Laporan mendapati bahawa Sun Lijun kini ialah Timbalan Menteri Keselamatan Awam China dan pada 2017 pernah menjalankan misi ke Amerika Syarikat menekan seorang jutawan Guo Wengui yang membocorkan rahsia perisikan dan rasuah dalam kalangan pegawai senior China (Rujuk https://freebeacon.com/national-secu...itical-asylum/). Ternyata beliau ialah seorang yang berkuasa dan mampu menjalankan aktiviti perisikan seperti mana yang dituduh oleh WSJ ini. Namun begitu, tuduhan ini perlu diadili di tempat yang sewajarnya dan kerajaan China juga seharusnya tidak berdiam diri dengan tuduhan WSJ ini.

13. Tuduhan Keempat WSJ: Sebagai balasan daripada semua bantuan China ini, Jho Low menawarkan dua projek gergasi yang lumayan kepada China – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek Saluran Paip Trans-Sabah (TSGP). Laporan WSJ ini juga menyebut nama pegawai China yang terlibat: Xiao Yaqing iaitu pengerusi Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset milik China.

14. Jawapan Datuk Seri Najib: “Projek ECRL dicadangkan oleh East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) sejak tahun 2007”.

15. Analisis Tuduhan & Jawapan balas Keempat: Datuk Seri Najib betul bahawa projek ECRL dicadangkan oleh ECERDC sejak 2007 lagi, namun beliau tidak menafikan bahawa ‘masa’ yang dipilih untuk melancarkan projek ini dan juga ‘cara’ di mana projek ini dianugerahkan secara terus kepada China adalah menepati tuduhan WSJ bahawa ia berkait rapat dengan kesediaan China untuk ‘bail out’ hutang 1MDB atas permintaan Malaysia. Malah timbul pula persoalan mengapa tidak diadakan tender terbuka dan analisis kos-faedah kontrak ECRL kepada China pada 2016 itu.

16. Tuduhan Kelima WSJ: Dalam mesyuarat bertarikh 28 Jun 2016, Xiao Yaqing menyebut bahawa kedua-dua projek ECRL dan TSGP ini mestilah diatur agar ‘kelihatan’ mendatangkan manfaat kepada kedua-dua negara.

17. Jawapan Datuk Seri Najib: “Dalam kes projek TSGP panjangnya ialah 662km dan bernilai RM4.06 bilion, jauh lebih rendah berbanding projek Sabah–Sarawak Gas Pipeline yang panjangnya 500km dengan kos RM4.6 bilion”.

18. Analisis Tuduhan & Jawapan balas Kelima: Berbeza dengan kes penganugerahan projek ECRL kepada China, projek TSGP ini dipersoalkan oleh para Menteri Pakatan khususnya Menteri Kewangan Lim Guan Eng dari segi pembayaran yang dibuat jauh mengatasi perkembangan (progress) projek. Maka isunya bukan kerana ia dibuat dengan kos yang lebih tinggi daripada yang sepatutnya seperti mana dakwaan WSJ, sebaliknya kerana pembayaran 85% yang telah dibuat bagi projek yang baru disiapkan sekitar 10%.

19. Tuduhan Keenam WSJ: Dalam mesyuarat tersebut, kesemua pihak berbincang cara untuk menjadikan projek-projek tersebut dilaksanakan dengan kos yang lebih besar berbanding kos sebenar bagi tujuan ‘membayar hutang 1MDB, rasuah, dan lain-lain’. Malah, Xiao Yaqing juga telah ‘membatalkan kesemua temu janji penting di Beijing’ untuk hadir ke mesyuarat dengan Jho Low kerana urusan ini ‘diluluskan oleh Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang’ sendiri.

20. Jawapan Datuk Seri Najib: Tuduhan bahawa kos ECRL hanya bernilai RM30 bilion adalah kajian yang dibuat pada 2009 untuk jarak 545km sahaja sedangkan ia kemudiannya dilanjutkan kepada 620km selain memerlukan pembinaan terowong sepanjang 50km merentasi Banjaran Titiwangsa.

21. Analisis Tuduhan & Jawapan balas Keenam: Hakikatnya, huraian lanjut Datuk Seri Najib tentang kepentingan China dan ECRL yang menjadi punca utama mengapa tujuh menteri Pakatan seolah-olah ‘terdiam’ dan tidak menjawab kenyataan Najib ini iaitu:
“Perlu diingat bahawa perniagaan adalah dua hala. Selepas projek-projek ECRL dan saluran paip dianugerah pada akhir tahun 2016, eksport sawit dan getah kepada negara China telah melonjak naik dengan tinggi. Pada tahun 2017, negara China naik menjadi negara pengimport minyak sawit kedua terbesar dari Malaysia berbanding tempat ke-4 untuk tahun sebelumnya. Untuk tahun 2017 juga, negara China menjadi negara pengimport getah tertinggi dari Malaysia dan jauh berbeza juga dari tempat ke-4 terbesar untuk tahun 2016”.

22. Kesemua fakta yang diajukan Datuk Seri Najib ini diperkuatkan pula dengan rancangan kerajaan Pakatan hari ini untuk mewujudkan ‘Diplomasi Kereta Api’ dengan China melalui rundingan semula projek ECRL bagi menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran peralatan kereta api di Asia Tenggara. Rujuk kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke berikut: ‘Railway Diplomacy’ with China will boost Malaysia’s rail industry:
https://www.thestar.com.my/news/nati...rail-industry/.

23. Demikian juga dengan ketidaktentuan harga sawit dan getah semasa yang memberi impak besar ke atas kehidupan para peneroka dan penoreh kita.

24. Nama Xiao Yaqing yang dipetik dalam tuduhan WSJ kali ini juga bukan calang-calang orang dan pastilah para menteri Pakatan perlu berhati-hati untuk ‘menyerang’ Datuk Seri Najib mahu pun menjadikan pendedahan terbaru WSJ ini sebagai modal politik mereka. Rujuk profil beliau di World Economic Forum: (https://www.weforum.org/people/xiao-yaqing). Dengan jawatan selaku ‘Chairman, State-owned Assets Supervision and Administration Commission (SASAC)’ serta ‘Deputy Secretary of the Party Committee, SASAC, and Member of the 19th CPC Central Committee’, hubungan rapat beliau dengan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang pastilah mengundang kewaspadaan pemimpin Pakatan.

25. Tuduhan Ketujuh WSJ: Konsensi paling signifikan diberikan Najib kepada China ialah kebenaran untuk China melabuhkan kapal perang mereka di dua pelabuhan milik Malaysia.

26. Jawapan Datuk Seri Najib: Malaysia ialah negara berkecuali dan kapal tentera dari mana-mana negara berhak dan sering berlabuh di pelabuhan Malaysia termasuklah kapal-kapal perang Amerika Syarikat dan Rusia.

27. Analisis Tuduhan & Jawapan balas Ketujuh: Kerajaan Pakatan juga meneruskan latihan bersama Tentera Laut China di Selat Melaka mulai 20 Oktober 2018. Latihan selama sembilan hari yang berhampiran Port Dickson dan Pelabuhan Klang itu diberi nama ‘Peace and Friendship 2018’ dan menyaksikan kehadiran tiga kapal pemusnah dan frigat China, dua helikopter ‘shipborne’, tiga kapal pengangkut pesawat Il-76 serta 692 orang anggota tentera laut China. Fakta inilah yang tidak memungkinkan pemimpin Pakatan seperti Menteri Pertahanan Mohamad Sabu untuk menggunakan laporan WSJ yang terkini untuk mengkritik Datuk Seri Najib.

28. Hakikatnya, wartawan WSJ khususnya Tom Wright membuat pendedahan terbaru ini di saat rundingan sedang berlangsung antara Amerika dan China untuk menamatkan perang perdagangan yang berlanjutan sejak tahun lalu. Hal ini boleh diperhatikan daripada tajuk asal laporan WSJ ini iaitu ‘How China Flexes Its Political Muscle to Expand Power Overseas’ sebelum menukarnya menjadi ‘China Offered to Bail Out Troubled Malaysian Fund in Return for Deals’. Rujuk https://www.wsj.com/articles/how-chi...as-11546890449.

29. Ringkasnya, kelebihan kali ini berpihak kepada Datuk Seri Najib Razak ekoran kritikalnya realiti hubungan antara Malaysia dengan China pada saat ini – bukan sepenuhnya kerana jawapan yang beliau berikan di laman FB. Malah, hakikatnya persoalan mengenai peranan Jho Low dalam rundingan Malaysia-China dan pembayaran meragukan dalam projek TSGP tidak beliau jawab. Demikian juga dengan ‘masa’ dan ‘cara’ penganugerahan projek ECRL secara terus kepada China pada 2016. Namun begitu, disebabkan pelbagai pertimbangan semasa seperti ‘diplomasi kereta api’, eksport kelapa sawit dan getah, rundingan semula ECRL, dan juga proses untuk mendapatkan Jho Low, tujuh menteri Pakatan yang dinyatakan tidak dapat menggunakan laporan terkini WSJ ini untuk menyerang Datuk Seri Najib susulan posisi pegawai kerajaan China yang didedahkan WSJ kali ini cukup berprofil tinggi dan berisiko besar menjejaskan hubungan Putrajaya-Beijing seandainya mereka ditekan. Ibarat mentimun dengan durian, menggolek rosak, kena golek binasa.
Reply With Quote
  #5724  
Old 13-01-2019, 09:57 AM
chiro chiro is offline
Active Plus

chiro's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2008
Posts: 3,431
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 26
Active Level
My Mood:
Default

Beg Rosmah apa cerita, dah pulang balik ka
Reply With Quote
  #5725  
Old 13-01-2019, 10:29 AM
tokputih tokputih is offline
CG Top Poster Club

tokputih's Avatar
 
Trader Rating: (23)
Join Date: Apr 2008
Posts: 26,647
Thanks (Received): 520
Likes (Received): 200
Blog Entries: 4
Active Level
My Mood:
Default

hapap satubpun x hadam.. huhuhu
Reply With Quote
  #5726  
Old 18-01-2019, 03:32 PM
dloanman dloanman is offline
Legendary Member

dloanman's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2012
Posts: 13,253
Thanks (Received): 29
Likes (Received): 644
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default



Mohon maaf berserta S$7.5 bilion – Guan Eng

NASIONAL January 18, 2019 3:21 pm

PUTRAJAYA, 18 JAN: Permohonan maaf oleh Goldman Sachs tidak cukup, sebaliknya ia perlu membayar pampasan kepada Malaysia ekoran peranan rakan kongsinya dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, permohonan maaf itu perlu bagi negara dan rakyat Malaysia, namun Goldman Sachs juga harus menanggung dan menunjukkan tanggungjawabnya.

“Mohon maaf sahaja tidak cukup, sebaliknya mohon maaf berserta S$7.5 bilion, itu yang penting.


“Hanya apabila anda membayar pampasan, maka ia akan memadai,” katanya lapor BERNAMA.

Pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Group Inc, David Solomon memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas peranan bekas pegawai bank di firma itu dalam skandal 1MDB.

Goldman membantu menguruskan bon US$6.5 bilion bagi 1MDB dan Malaysia menfailkan pertuduhan jenayah terhadap bank itu serta dua bekas kakitangannya atas tuduhan mencuri.

Guan Eng berkata, Goldman perlu bertanggungjawab kerana perkara itu turut membabitkan pelanggaran tanggungjawab kewangan memandangkan industri perbankan mempunyai obligasi membayar kerugian yang ditanggung Malaysia.

“Goldman harus memahami kesan negatif ditanggung rakyat Malaysia disebabkan skandal 1MDB,” katanya.

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan menggugurkan pertuduhan berkenaan jika Goldman membayar ganti rugi itu, beliau: “sekiranya mereka membayar kita US$7.5 bilion, barulah kita akan membincangkannya.”
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump