Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 14-01-2019, 09:49 PM
IzaraFX IzaraFX is offline
Regular

IzaraFX's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2018
Posts: 448
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 15
Active Level
Default Beri lebih peluang untuk kontraktor G1 tempatan - Mukhriz

Beri lebih peluang untuk kontraktor G1 tempatan - Mukhriz



ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengambil inisiatif menaikkan had kerja undi RM150,000 bagi satu kerja tahun ini bagi memberi lebih peluang kepada kontraktor Kelas G1, sekali gus meningkatkan kualiti penyelenggaraan jalan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata hasrat utama dalam pemberian kerja penyelenggaraan jalan melalui kaedah perolehan undi ini adalah bagi memberi peluang kepada seramai mungkin kontraktor tempatan.

Beliau berkata, sejak 2015, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah dana bagi penyenggaraan jalan di mana tahun sebelum ini, had kerja undi adalah antara RM20,000 hingga RM50,000 satu kerja yang ditawarkan.

“Di antara skop kerja penyelenggaraan jalan yang diberi secara undi ini adalah seperti kerja mengecat garisan jalan, menggantikan perabot jalan, menyelenggara longkang dan lain-lain lagi.

“Ia secara langsung membuka peluang kepada kontraktor tempatan melaksanakan kerja kecil yang mudah dan mampu dilaksanakan sendiri.

“Ini secara tidak langsung membuka peluang kepada syarikat kecil terbabit sama dalam kerja penyelenggaraan jalan sejajar dengan hasrat kerajaan supaya pengagihan ekonomi negeri dan negara dinikmati bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Taklimat Bagi Kerja Undi Kontraktor G1 Kedah di sini, hari ini.

Mukhriz berkata, kontraktor yang mendapat tawaran projek perlu sedar bahawa mereka memikul tanggungjawab besar bagi menjayakan matlamat kerajaan mewujudkan masyarakat berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing.

“Semua kontraktor yang berjaya hendaklah memastikan projek yang diagihkan disiapkan dengan baik. Mereka juga hendaklah meningkatkan modal syarikat dan bilangan kakitangan profesional dan menunjukkan kesungguhan berkecimpung dalam bidang ini sehingga akhirnya mampu berdikari.

“Perkembangan pesat sektor hartanah Kedah juga seharusnya direbut kontraktor G1 untuk terus bersaing secara sihat dalam memastikan tumpuan perniagaan mereka bukan hanya projek kerajaan, malahan juga projek sektor swasta,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/wi...mpatan-mukhriz
Reply With Quote
Paid Advertisement
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump