Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #741  
Old Today, 11:10 AM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 39,121
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 4618
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Rabu, 20 March 2019 | 10:55am


PENDUDUK memberi penghormatan dengan meletakkan bunga untuk mangsa serangan masjid di Christchurch. - Foto AFP


Pakai tudung tanda kasih sayang, sokongan


AUCKLAND: Rakyat New Zealand tidak mengira agama digalakkan memakai tudung Jumaat ini untuk menunjukkan sokongan kepada komuniti Islam negara itu.

Pergerakan yang menggunakan tanda pagar #headscarfforharmony itu akan diadakan pada 22 Mac ini.

Ia bertujuan memberi sokongan dan mengakui kesakitan yang dideritai penduduk Islam, dan kesedihan dikongsi rakyat negara Kiwi itu susulan tragedi pembunuhan beramai-ramai di dua masjid Jumaat lalu.

“Kami mahu menunjukkan kasih sayang, sokongan dan kesedihan kami di atas kehilangan nyawa 50 ibu, bapa, anak, kawan dan rakan selepas serangan pengganas Jumaat lalu di Christchurch,” kata penganjur acara itu.

Idea dicetuskan Doktor Thaya Ashman, yang sekian lama bergaul dengan komuniti Islam sejak menjadi sukarelawan doktor di Afghanistan.

Wakil komuniti Islam menyambut baik idea itu dan menyatakan rasa terharu mereka dengan langkah berkenaan.

Pemimpin Majlis Wanita Islam New Zealand berkata, ‘paparan solidariti dan sokongan amat dihargai mereka’.

Presiden Persatuan Islam New Zealand, Ikhlaq Kashkari, menyifatkan ia ‘idea mengagumkan’.

Rakyat negara Kiwi berkenaan digalakkan bersama-sama rakan dan rakan sekerja, mengambil gambar di tempat kerja, sekolah atau padang permainan, dan berkongsi di media sosial dengan tanda pagar #headscarfforharmony. — Agensi

https://www.bharian.com.my/dunia/asi...ayang-sokongan
__________________
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #742  
Old Today, 11:13 AM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 39,121
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 4618
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

‘Assalamualaikum, saya tak akan sebut nama pengganas!’


20 Mac 2019 3:00 AM


PETUGAS St. John Ambulans mententeramkan seorang wanita yang bersedih dengan insiden serangan pengganas di luar Masjid Al Noor di Christchurch. AFP


WELLINGTON 19 Mac - Memulakan sesi ucapan pada mesyuarat khas Parlimen di sini dengan lafaz Assalamualaikum, Perda*na Menteri, Jacinda Ardern memberi penegasan ‘tidak akan sesekali menyebut nama si pengganas’ yang melakukan serangan di dua buah masjid di Christchurch pada Jumaat lalu.

Al-Jazeera melaporkan, Ar*dern menyifatkan suspek, Brenton Tarrant, 28, sebagai ‘ pengganas, pelampau dan penjenayah’ tanpa ingin menyebut namanya.

“Satu perkara yang pasti, anda tidak akan mendengar saya menyebut namanya.

“Dia bakal berdepan tin*dakan undang-undang secara menyeluruh bagi memastikan apa yang dilakukannya mene*rima balasan setimpal,” tegas be*liau.

Ardern juga menegaskan, ada*lah lebih baik menyebut nama-nama mangsa yang terkorban berbanding menyebut nama ‘si pengganas’.

Bercakap kepada media sebelum itu, Ardern berikrar akan melakukan apa sahaja berdasarkan bidang kuasanya untuk ‘menafikan’ hak serta pandangan berbaur perkauman yang diperjuangkan Tarrant.

Beliau juga akan meneliti semua perkara yang boleh digunakan untuk menghalang suspek yang berasal dari Australia mendapat peluang dikenakan hukuman yang tidak wajar ekoran jenayah keganasan yang mengorbankan 50 orang itu.

SALAM KIA ORA

Terdahulu, pelbagai pihak memberikan sokongan positif kepada cadangan kerajaan untuk memperbaharui undang-undang senjata api yang akan diumumkan pada 25 Mac ini.

Biarpun belum memuktamad*kan pembaharuan yang bakal dilakukan, pemilik senjata api di negara ini menyambut baik usa*ha kerajaan dan sesete*ngahnya sudah mula menye*rahkan senjata kepada pihak berkuasa.

Sebagai contoh, petani dari Masterton di North Island, John Hart menyerahkan raifal semi automatik miliknya kepada polis.

Hart menerusi Twitternya me*nulis: “Raifal ini mempu*nyai kegunaan tertentu ketika menguruskan ladang, namun kepentingan saya ketika ini adalah untuk tidak menyalahgunakannya. Kami tidak perlukan ini (raifal) di New Zealand.”

Bagaimanapun, pandangan positif Hart menerima kecaman beberapa pengguna facebook dari Amerika Syarikat (AS) yang menolak undang-undang senjata api dirombak.

Sebagai tindak balas, Hart menulis: “Salam kia ora kepada semua rakan-rakan baharu Facebook saya dari AS.”

Kia ora adalah bahasa Maori yang membawa maksud ‘semoga dalam keadaan baik’.

PERSIAPAN PENGEBUMIAN

Sementara itu, pihak berkuasa New Zealand sudah bersedia menyerahkan kumpulan pertama iaitu enam jenazah mangsa kepada keluarga masing-masing untuk dikebumikan hari ini.

Pasukan koroner memaklumkan proses bedah siasat terhadap 50 jenazah sudah selesai dan 12 mayat telah dikenal pasti.

Pasukan sukarelawan dari luar negara turut diterbangkan ke negara ini bagi membantu menguruskan jena*zah mangsa.

AMARAN ERDOGAN, TRUDEAU

Dalam perkembangan ber*kai*tan, Presiden Turki, Recep Tayyip* Erdogan menggesa Wellington melakukan siasatan menyeluruh terhadap Tarrant dan memberi amaran mana-mana pihak yang cuba ‘menyerang’ Istanbul akan ‘dihantar pulang dalam keranda’.

Recep Tayyip membuat ke*nyataan itu sebagai membalas manifesto Tarrant yang menyifatkannya ‘panglima perang’ yang mengetuai negara paling banyak musuh neo-Fasis.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau juga mengutuk pemimpin yang enggan meme*rangi jenayah kebencian ketika Parlimen meluluskan usul menentang sentimen ketuanan kulit putih susulan serangan itu.

“Umat Islam, Kristian, Yahudi, kulit hitam, putih, kita semua, kita mesti melawan jenayah kebencian ini sebagai satu pasukan,” tegasnya. – AFP/AGENSI



http://www.utusan.com.my/berita/luar...-8217-1.865393
__________________
Reply With Quote
  #743  
Old Today, 11:15 AM
wataktau wataktau is online now
Regular

wataktau's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2017
Posts: 787
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 208
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by cek mek molek View Post
https://www.youtube.com/watch?v=p_3L-SdPbrg


New Zealand Parliament session starts with recitation from Holy Quran

Next TV
Published on Mar 19, 2019

Imam Nizam ul Haq Thanvi read verses of Surah Al Baqarah before the New Zealand Prime Minister, Jacinda Ardern delivered a speech.
Ada baca dalam fb kat NZ dan Australia tiba2 ramai orang putih peluk agama islan.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump