Better rest your fingers from type anything here coz I know u not understand Islam at all. Don't take someone that promoting liberalism as your guru about dos and don'ts in Islam
silap.
The message you have entered is too short. Please lengthen your message to at least 10 characters.
Saya ditanya tentang berita yang tular berkaitan video seorang wanita yang memandikan anjingnya di bilik salin lampin R&R.
Islam menjunjung tinggi kepentingan berakhlak dengan haiwan. Sabda Nabi SAW:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ
"Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan ihsan atas setiap perkara." (Riwayat Muslim).
Namun, setiap perkara ada tempat dan situasinya yang sesuai. Dalam masa yang sama, rakyat Malaysia sewajarnya lebih matang dalam memahami fiqh co-existence (ta'ayush) yang juga menuntut untuk menghormati sensitiviti agama lain.
Apa yang telah kita junjung selama ini dalam Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan perlu difahami dengan sebaiknya dalam kehidupan silang budaya dan majmuk di Malaysia. Saya percaya, itu cuma sikap individu dan tidak melambangkan sesebuah kelompok masyarakat tertentu. Marilah bersama-sama kita pelihara keharmonian hidup muhibah yang kita pertahankan selama ini.
Kami akan siapkan sebuah artikel berhubung kepentingan tatasusila dalam masyarakat majmuk dan akan dimuatnaik di www.muftiwp.gov.my dalam masa terdekat.
Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan