Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 20-04-2018, 11:59 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 137,998
Active Level
My Mood:
Default [UPDATE] 6 lagi jenama sardin ada cacing

Quote:




PUTRAJAYA: Dua produk sardin dalam tin dari China iaitu Canned Sardines in Tomato Sauce jenama TL Tan Lung dan Sardines in Tomato Sauce jenama TLC diarah ditarik balik dari pasaran kerana mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata arahan itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan kepada dua syarikat pengimport sardin dari China iaitu syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd kerana produk yang diimport tidak mematuhi Akta Makanan 1983.

"Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas produk makanan import termasuk produk ikan sardin dan ikan mackerel dalam tin.

"Pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara dan di pasaran sentiasa dilakukan dan sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkuasaan akan diambil," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan yang menjadi viral di laman sosial berkaitan cacing mati ditemui dalam produk ikan sardin dalam tin dari negara China.

"Laporan itu menyatakan bahawa pihak Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM), Indonesia mengarahkan tiga pengimport produk ikan sardin dalam tin untuk menarik balik produknya dari pasaran selepas pemeriksaan menunjukkan cacing mati ditemui dalam produk mereka yang diimport dari negara China," katanya.

Beliau berkata, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.


https://www.bharian.com.my/berita/na...-ditarik-balik

Update #5

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kenyataan Akhbar KPK 27 Jun 2018 – Perkembangan Terkini Isu Cacing Mati Ditemui Dalam Produk Ikan Dalam Tin

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini tentang laporan yang tular di laman media sosial berkaitan cacing mati yang ditemui dalam produk sardin dalam tin.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang menjalankan pemantauan ke atas produk ikan dalam tin (sardin dan mackerel) yang diimport serta di pasaran tempatan. Selain daripada 2 jenama produk ikan sardin yang telah dikesan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

sebelum ini iaitu TL Tan Lung dan TLC, hasil pemantauan terkini mendapati produk ikan sardin jenama Cinta, Sea Fresh dan HS Brand juga mengandungicacing FilumNematoda daripada genus Anisakis spp..

Di samping itu, produk ikan mackerel dalam sos tomato jenama King Cup, Bintang dan TC Boydidapati mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Sehubungan itu, KKM telah mengambil tindakan penguatkuasaan di mana syarikat terlibat telah diarah menarik balik produk tersebut dari pasaran.

KKM juga telah mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara. Tahan, Uji dan Lepas merupakan tindakan di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini, cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.. Manakala bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh KKM.

Bagi produk ikan dalam tin, risiko kepada kesihatan adalah amat rendah kerana cacing tersebut telah mati disebabkan proses memasak atau pengetinan.

Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukan mana-mana pihak yang terlibat di dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian yang terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhqjika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

*tin sardin dalam rajah di bawah adalah jenama sardin yg telah diambil sample dan dapati ada cacing dalam sardin tersebut.

Quote:


Update #4

Quote:
Originally Posted by oldtbone View Post


Sardin yang mengandungi cacing, gambar kecil, cacing berkenaan. FOTO - MAQIS







JABATAN Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang, menahan dua kontena berisi produk sardin Canned Mackerel in Tomato Sauce (Jenama RANESA) diimport dari China, kerana mengandungi benda asing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.

Ketua Pengarah MAQIS Datuk Mokhtaruddin Husain berkata, kedua-dua kontena berkenaan ditahan di pintu masuk Terminal Kontena Utara Butterworth (NBCT), pada 14 Mei lalu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan fizikal dan persampelan ke atas beberapa tin sardin membawa kepada penemuan benda asing iaitu cacing berkenaan.

Menurutnya, dua kontena yang membawa dagangan sardin itu dianggarkan seberat 36,720 kilogram bernilai RM199,797.24 ditahan untuk tindakan lanjut.

“Cacing dikesan berkemungkinan jenis Genus Anisakis spp yang boleh menyebabkan penyakit Anisakiasis kepada manusia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, perbuatan mengimport melalui pintu masuk apa-apa tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian atau mikroorganisma dengan perosak, penyakit atau bahan cemar adalah suatu kesalahan di bawah seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan kes ini disiasat untuk tindakan selanjutnya.

“Mengikut undang-undang, pengimportan ikan sardin perlu mendapatkan permit import dari Jabatan MAQIS. Walaupun permit import diberikan, pengimport perlulah mematuhi bahawa ikan sardin yang diimport mestilah bersih dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia.

“MAQIS melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan di 57 pintu masuk seluruh negara, bagi memastikan barangan diimport mengikut piawaian ditetapkan serta selamat,” katanya.

Beliau berkata, MAQIS akan terus menjalankan pemeriksaan ke atas produk ikan sardin dalam tin yang diimport di seluruh pintu masuk negara bagi memastikan isu sama tidak berulang.

Sebelum ini, pada 20 April lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan dua produk sardin dalam tin dari China, Canned Sardines in Tomato Sauce jenama TL Tan Lung dan Sardines in Tomato Sauce jenama TLC, ditarik balik daripada pasaran kerana mengandungi cacing.

Tindakan juga diambil terhadap syarikat pengimport produk itu tidak mematuhi Akta Makanan 1983 selain produk berkenaan ditarik balik berikutan mengandungi cacing nematoda daripada Genus Anisakis spp.

Menurutnya, perbuatan mengimport melalui pintu masuk apa-apa tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian atau mikroorganisma dengan perosak, penyakit atau bahan cemar adalah suatu kesalahan di bawah seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan kes ini disiasat untuk tindakan selanjutnya.

“Mengikut undang-undang, pengimportan ikan sardin perlu mendapatkan permit import dari Jabatan MAQIS. Walaupun permit import diberikan, pengimport perlulah mematuhi bahawa ikan sardin yang diimport mestilah bersih dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia.

“MAQIS melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan di 57 pintu masuk seluruh negara, bagi memastikan barangan diimport mengikut piawaian ditetapkan serta selamat,” katanya.









sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2018...g-dalam-sardin








.
Update #3

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Tak perlu panik sardin ada cacing



KUALA TERENGGANU, 1 Julai : Rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati dalam memilih jenama produk sardin dalam tin susulan penemuan cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp dalam sardin tin yang diimport dari China baru-baru ini.


Bagaimanapun, rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak terlalu panik dengan isu itu kerana ia tidak memudaratkan jika telah termakan memandangkan cacing berkenaan telah mati semasa proses pembuatan sardin dalam tin yang menggunakan haba yang tinggi.

Pensyarah Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Marina Hassan berkata parasit memang wujud dalam rantaian makanan atau kehidupan harian manusia tanpa disedari secara langsung.

Makanan yang tercemar oleh parasit adalah sukar untuk dielakkan kerana kadang-kadang ianya tidak dapat dikesan tetapi parasit yang biasanya dikesan di dalam makanan laut adalah nematod (cacing gelang), cestod (cacing pita) and flukes (cacing pipih),” katanya kepada Bernama hari ini.

“Namun, terdapat juga parasit yang sukar dikesan seperti protozoa. Terdapat beberapa simptom yang disebabkan oleh jangkitan parasit iaitu sakit perut, cirit birit, muntah, pucat, hilang berat badan dan hilang selera makan.

Jika berlaku sebarang simptom yang ketara ini, maka ianya boleh dikesan dan dapat dirawat. Parasit mungkin menjangkiti kita tetapi ianya tidak memberi kesan berpanjangan atau signifikan dan berkemungkinan ianya mati disebabkan sistem pertahanan badan kita yang kuat,” katanya.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia mengarahkan syarikat pengeluar bagi enam produk ikan sardin dalam tin jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy ditarik daripada pasaran kerana dipercayai mengandungi bendasing cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Mengulas lanjut, beliau berkata parasit dalam produk makanan berasaskan makanan laut akan mati jika proses menyediakannya adalah menggunakan suhu yang tinggi, suhu sejuk beku atau pengawetan yang sesuai.

“Kehadiran parasit dalam produk-produk makanan ini akan merendahkan kualiti produk tersebut. Pada pandangan umum, ianya adalah menjijikan untuk dimakan. Tetapi, jika kita termakan, ianya tidak memberi kemudaratan jika pemprosesan makanan tersebut membolehkan parasit dan kitaran hidupnya mati seperti telur dan juga larva.

Tetapi, jikalau makanan berasakan organisma laut seperti ikan, tiram dan sebagainya ini dimakan mentah atau separuh masak maka risiko jangkitan adalah tinggi. Tidak semua parasit daripada hidupan laut yang kita makan ini memberi kemudaratan kepada kita kerana kebanyakkannya mempunyai perumah sebenarnya yang spesifik iaitu di kalangan hidupan akuatik sahaja dan bukan haiwan di darat atau manusia,” katanya.


http://www.frontdesk.com.my/bm/index...kuakultur-umt/
Update #2

Quote:
Originally Posted by TXT View Post


Quote:
KEMENTERIAN Kesihatan mengesahkan terdapat enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin yang mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata enam produk ikan sardin berkenaan ialah jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sudah mengambil tindakan penguatkuasaan dan syarikat yang terbabit sudah diarah menarik balik produk berkenaan dari pasaran serta dikenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara

“Tahan, Uji dan Lepas adalah tindakan apabila sampel diambil untuk melalui proses analisis dan produk berkenaan hanya dilepaskan sekiranya keputusan menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini, cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp

“€œManakala bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya, hari ini

Dr Noor Hisham berkata, bagi produk ikan dalam tin, risiko kesihatan akan dihadapi individu amat rendah kerana cacing terbabit sudah mati kerana melalui proses memasak atau pengetinan

“Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terbabit dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya yang memudaratkan kesihatan adalah satu kesalahan

“€œJika sabit kesalahan boleh boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-dua sekali,” katanya

Beliau berkata, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah, kawasan, bahagian yang terdekat boleh menghubungi kementerian laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

http://www.hmetro.com.my/mutakhir/20...din-ada-cacing
Update #1

Quote:
Originally Posted by metaltraders View Post




Contoh tin sardin yang dirampas dan mempunyai cacing.


KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah menahan dua kontena berisi sardin dalam tin yang mengandungi cacing pada 14 Mei lalu.

Maqis dalam satu kenyataan berkata, sardin dalam tin jenama Ranesa itu dibawa masuk dari China melalui pintu masuk North Butterworth Container Terminal (NBCT) Pulau Pinang dengan anggaran berat 36,720 kilogram dan bernilai RM199,797.24.



Katanya, hasil pemeriksaan fizikal dan persampelan ke atas beberapa sampel tin sardin membawa kepada penemuan bendasing iaitu cacing.

"Cacing tersebut kemungkinan daripada Genus Anisakis spp yang boleh menyebabkan penyakit anisakiasis pada manusia. Anisakiasis adalah penyakit parasit dan zoonotik bawaan ikan yang disebabkan oleh nematode Anisakis spp (cacing) yang menyerang sistem gastrointestinal (seperti perut dan usus) manusia dan boleh menyebabkan masalah atau simptom gastrointestinal seperti sakit perut, cirit-birit, loya dan muntah.

"Penyakit ini biasanya berlaku apabila manusia memakan makanan laut seperti ikan yang mentah atau tidak dimasak sepenuhnya yang dijangkiti parasit Anisakis spp," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, perbuatan mengimport melalui pintu masuk apa-apa tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma dengan perosak, penyakit atau bahan cemar merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Kes ini disiasat untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Katanya, sebarang pengimportan ikan sardin perlu mendapatkan permit import dari Maqis.

"Walaupun permit import diberikan, pengimport perlulah mematuhi bahawa ikan sardin yang diimport mestilah bersih dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia," katanya.

Maqis juga akan terus menjalankan pemeriksaan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di seluruh pintu masuk negara bagi memastikan isu seperti ini tidak akan berulang.

"Perkara ini amat penting bagi memastikan sebarang produk ikan seperti ikan sardin yang diimport ke negara kita sentiasa selamat, bersih dan tidak cemar dengan bendasing seperti cacing," kata kenyataan itu.
Reply With Quote
Likes cek mek molek, oldtbone liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 20-04-2018, 12:16 PM
mr.dede mr.dede is offline
Legendary Member

mr.dede's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2010
Posts: 11,192
Thanks (Received): 121
Likes (Received): 54
Active Level
My Mood:
Default

bapak lah..aku pernah gak beli srdin tlc ni..dolu dolu la..maybe time tu cacing lom ada...kuang kuang
Reply With Quote
  #3  
Old 20-04-2018, 12:19 PM
dloanman dloanman is offline
Legendary Member

dloanman's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2012
Posts: 12,992
Thanks (Received): 29
Likes (Received): 591
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

wow sedap tu, 'itu sadin kami jual murah & itu cacing kami kasi free as a token of gratitude' kato pembekal sadin dgn muko sadin

ekekkekekekke

p/s - tapi den ponah bli sadin TLC ni sbb murah......abih lah dh masuk prut bnyk kali dah
Reply With Quote
Likes imatt liked this post
  #4  
Old 20-04-2018, 12:29 PM
traderfox traderfox is offline
Super Active

traderfox's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Apr 2008
Posts: 7,043
Thanks (Received): 49
Likes (Received): 49
Active Level
My Mood:
Default

yg duk idang kat asrama univ semua tu sadin ni la.. patotla bijok2 belaka
Reply With Quote
  #5  
Old 20-04-2018, 12:36 PM
apiz89 apiz89 is offline
Active Member

apiz89's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2010
Location: wEst tO thE EAst
Posts: 2,359
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 7
Active Level
My Mood:
Default

pernah beli sekali..yela nk berjimat zaman jibby nie sume bnde mahal

nsb sekali je beli..aduuh...nyosalll
Reply With Quote
  #6  
Old 20-04-2018, 12:38 PM
tokputih tokputih is offline
CG Top Poster Club

tokputih's Avatar
 
Trader Rating: (23)
Join Date: Apr 2008
Posts: 26,560
Thanks (Received): 520
Likes (Received): 182
Blog Entries: 4
Active Level
My Mood:
Default

belilah barangan buatan malaysia
Reply With Quote
  #7  
Old 20-04-2018, 12:40 PM
jaws_am jaws_am is online now
Super Active

jaws_am's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2008
Location: wherever you are
Posts: 8,063
Thanks (Received): 46
Likes (Received): 967
Active Level
Default

sumber protin tinggi nih.. 2 in 1..
__________________
So long, and thanks for all the fish
Reply With Quote
  #8  
Old 20-04-2018, 12:41 PM
eizzbizz eizzbizz is offline
Super Active

eizzbizz's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Sep 2009
Posts: 7,382
Thanks (Received): 22
Likes (Received): 166
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

den boli cap adabi & ayam jo
Reply With Quote
  #9  
Old 20-04-2018, 12:42 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 137,998
Active Level
My Mood:
Default

dah la ak suka beli karipap sardin. entah sardin ape la janda tu guna
Reply With Quote
  #10  
Old 20-04-2018, 12:42 PM
kopirait kopirait is online now
CG Top Poster Club

kopirait's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Apr 2010
Location: -- .- ...
Posts: 28,053
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 784
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default

sardin pun dari china.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump