Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 27-10-2009, 02:06 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,662
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default Hari Ini Dalam Sejarah-27/10

ISTIADAT PENGANUGERAHAN PINGAT EMAS TUN FATIMAH-Tarikh Peristiwa pada 27-10-1974

Pada hari ini dalam tahun 1974, majlis istiadat penganugerahan Pingat Emas Tun Fatimah telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka bersempena dengan Perayaan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan. Majlis ini telah dianjurkan oleh Majlis Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia. Seramai enam orang pemimpin-pemimpin wanita negara telah menerima anugerah tersebut iaitu YMM Tengku Puan Besar Kurshiah Ibni Almarhum Tengku Besar Burhanuddin, Y. Bhg. Tun Sharifah Rodziah bt Syed Ali Barakhbah, Puan Goh Kwee Teng, Puan Hajjah Ibu Zainun bt Munshi, Puan E. Ramachandran dan Puan B.H. Oon.

Majlis penyampaian anugerah Pingat Emas tersebut telah disempurnakan oleh Tun Haji Abdul Razak bin Hussein. Penganugerah pingat yang diadakan buat pertama kalinya ini adalah sebagai mengenang dan menghargai jasa-jasa dan khidmat bakti cemerlang mereka terhadap negara, bangsa, agama dan masyarakat. Kesemua penerima anugerah mendapat gelaran Srikandi Negara. Sesunggguhnya, perjuangan kaum wanita amat penting kepada negara dalam usaha memberi didikan dan pelajaran kepada masyarakat terutama generasi muda supaya menjadi rakyat yang berguna.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 27-10-2009, 02:07 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,662
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

PENUBUHAN PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (PHIM)-Tarikh Peristiwa pada 27-10-1990

Pada hari ini dalam tahun 1990, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) telah ditubuhkan dan terletak di bawah kelolaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Nama asalnya adalah Pejabat Pendaftaran Cap Dagangan dan Jamin Hak yang terletak di bawah kelolaan Kementerian Perdagangan dan Industri. Perbadanan ini bertanggungjawab kepada pembangunan dan pengurusan harta intelek di Malaysia.

Kerajaan telah meluluskan penubuhan Perbadanan ini sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai autonomi penuh dari segi pentadbiran harta intelek pada 3 Mac 2003Selain daripada urusan pendaftaran, PHIM juga menyediakan perkhidmatan memungut dan menguatkuasakan pembayaran yuran, mengawal selia dan mengemas kini perkara berhubung perundangan serta menyebarkan maklumat mengenai harta intelek kepada orang ramai melalui program kerjasama peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #3  
Old 27-10-2009, 02:08 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,662
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN DITUBUHKAN-Tarikh Peristiwa pada 27-10-1985

Usaha untuk meninggikan taraf hidup dan pendapatan kaum nelayan selalu diberikan perhatian oleh Kerajaan. Kaum Nelayan perlu mempunyai badan atau persatuan khas untuk mereka berbincang dan meminta bantuan jika perlu. Sehubungan dengan itu pada hari ini 27 Oktober 1985, Menteri Pertanian Encik Anwar Ibrahim telah melancarkan penubuhan sebuah Persatuan Nelayan di peringkat Kebangsaan. Tujuan utama penubuhannya ialah untuk menyatupadukan seluruh tenaga nelayan di negara ini kearah meningkatkan taraf hidup dan kemajuan semasa. Semasa berucap merasmikan penubuhan Persatuan Nelayan Kebangsaan ini Encik Anwar menegaskan bahawa kerajaan memberi jaminan akan berusaha meningkatkan taraf hidup nelayan dan masa depan yang lebih terjamin. Beliau menyeru supaya persatuan yang ditubuhkan ini bertindak sebagai saluran utama membela nasib kaum nelayan dan membenteras segala penyelewengan.

Sebagai permulaan Persatuan Nelayan yang baru ditubuhkan ini akan diberi tanggugnjawab mengendalikan projek menternak kerang oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Projek ini dijangka membawa keuntungan sebanyak RM2 juta setahun kepada persatuan. Persatuan ini juga akan diberi keutamaan dalam beberapa lagi projek pengswastaan kerajaan. Menteri Pertanian juga mengingatkan ahli persatuan dan nelayan-nelayan di seluruh negara supaya meneruskan usaha-usaha mereka demi meninggikan taraf hidup dan pendapatan masing-masing. Beliau menjelaskan sehingga hari ini kadar kemiskinan di kalangan nelayan menurun dari 43% kepada 27% pada tahun ini. Dengan penubuhan Persatuan Nelayan Kebangsaan ini diharapkan nasib para nelayan akan lebih terbela dan persatuan ini boleh dijadikan salurun utama kerajaan dan kaum nelayan berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #4  
Old 27-10-2009, 02:09 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,662
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

SYARIKAT TELEKOM MALAYSIA BHD (STMB), INDOSAT (INDONESIA) DAN PIHAK BERKUASA TELEKOMUNIKASI THAILAND (CAT) METERAI PERJANJIAN KERJASAMA-Tarikh Peristiwa pada 27-10-1993

Pada hari ini 27.10.1993, Syarikat Telekom Malaysia Bhd (STMB), Indosat dari Indonesia dan pihak Berkuasa Telekomunikasi Thailand (CAT) telah menandatangani memorandum persefahaman (mou) bagi kerjasama meningkatkan rangkaian dan perkhidmatan telekomunikasi untuk membantu pembangunan segitiga utara yang mana melibatkan ketiga-tiga buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand. MOU tersebut telah ditangani oleh Pengerusi Eksekutif STMB, Tan Sri Rasdan Baba, Presiden dan Ketua Eksekutif Indosat, Encik Tjahjono Soerdibroto dan Naib Presiden Eksekutif CAT, Encik Thamnoon Julmanichoti.

Di antara beberapa matlamat utama perjanjian kerjasama tersebut ialah:-

Meningkatkan infrastruktur telekomunikasi untuk menghubungkan bahagian Utara Sumatera, Utara Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand, supaya dapat membantu pembangunan dalam kawasan segitiga berkenaan.

Bekerjasama dalam meningkatkan perkhidmatan telekomunikasi yang mana akan dapat membantu pertumbuhan perniagaan, industri, pelaburan, pelancungan serta aktiviti sosio-ekonomi lain di dalam kawasan terbabit.

Persetujuan mewujudkan litar terus satelit melalui medan mulai pertengahan 1994.

Menurut Tan Sri Rasdan Baba, cadangan mengadakan MOU itu pertama kali dibangkitkan oleh Indosat pada Jun 1993 dan ianya terus mendapat sokongan dari Telekom Malaysia dan CAT. Berikutan itu, sebuah kumpulan kerja telah ditubuhkan untuk membincangkan butir-butir terperinci mengenai kerjasama yang dicadangkan itu. Sebagai langkah permulaan kerjasama tersebut, ketiga-tiga pihak telah bersetuju menurunkan kadar bagi panggilan telefon yang dibuat dari mana-mana tempat dalam kawasan segitiga utara dan menyediakan kemudahan bagi semua panggilan ke destinasi-destinasi antarabangsa lain dalam kawasan segitiga.

Sesungguhnya memorandum persefahaman yang ditandatangani pada hari ini diharap akan dapat menggalak dan menjalinkan perhubungan akrab antara organisasi-organisasi dan individu-individu di dalam kawasan segitiga utara dan seterusnya akan dapat meningkatkan kemajuan dan pembangunan ketiga-tiga negara dalam semua bidang ke tahap yang lebih baik dan cemerlang.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #5  
Old 27-10-2009, 02:10 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,662
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

PEMBUKAAN DERMAGA AIR DALAM BUTTERWORTH-Tarikh Peristiwa pada 27-10-1968

Pada hari ini 27.10.1968, Dermaga Air Dalam Butterworth telah dibuka dengan rasminya oleh Seri Paduka Baginda Yang Di pertuan Agong Tuanku Ismail Nasiruddin Ibni Al Marhum Sultan Zainal Abidin. Pembukaan dermaga air dalam ini membuktikan satu lagi kemajuan melaksanakan projek-projek pembangunan. Juga dermaga ini merupakan satu kejayaan yang besar bagi kerajaan kerana dapat mengadakan berbagai kemudahan pengangkutan moden sesuai dengan kehendak-kehendak zaman dan keperluan negara. Projek untuk membina dermaga ini telah menelan belanja sebanyak $57 juta, dibiayai oleh wang pinjaman dari Kerajaan Pusat sebanyak $28 juta, dari Bank Pinjaman Persekutuan Republik Jerman sebanyak $16.3 juta dan $12.7 juta disediakan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang sendiri.

Dermaga air dalam ini mengandungi lima tambatan iaitu tiga tambatan di Selatan untuk mengerjakan kargo-kargo dengan cara biasa dan dua tambatan di Utara bagi mengerjakan kargo-kargo dalam kontena. Tambatan-tambatan ini panjangnya 3,000 kaki, mempunyai air sedalam 32 kaki, dilengkapi dengan gudang-gudang persinggahan seluas 148,000 kaki persegi, gudang-gudang simpanan seluas 120,000 kaki persegi, juga tidak berdinding seluas 60,000 kaki persegi untuk menyimpan kayu-kayu balak yang akan dieksport. Tambatan itu disambung dengan jalanraya dan jalan keretapi Tanah Melayu.

Dengan pembukaan Dermaga Air Dalam Butterworth pada hari ini dalam tahun 1968 kerja-kerja mengendalikan barangan ekspot dan impot Pelabuhan Pulau Pinang telah dapat dilaksanakan dengan cepat dan cekap. Kerja-kerja memuat dan memunggah barang-barang dagangan bagi kawasan utara Semenanjung Malaysia dapat dilaksanakan dengan lebih licin dan sempurna.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump