Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 21-10-2009, 09:47 AM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,662
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default Hari Ini Dalam Sejarah-21/10

SEMINAR MEROKOK DAN KESIHATAN-Tarikh Peristiwa pada 21-10-1985


Merokok merupakan salah satu daripada masalah-masalah kesihatan yang besar yang boleh dielakkan. Keburukan kesihatan akibat dari merokok telahpun dikaji seluas-luasnya dan penerangan-penerangan yang jelas mengenai merokok membahayakan kesihatan telah diperjelaskan kepada orang ramai. Satu seminar mengenai `merokok dan kesihatan’ telah diadakan, bertempat di Hotel Ming Court, Kuala Lumpur dan majlis penutupnya telah dilakukan oleh Menteri Kesihatan Dato’ Chin Hon Ngian, pada hari ini 21.10.1985.
Dalam ucapan Dato’ Chin Hon Ngian di majlis penutup tersebut, antara lain beliau menekankan bahawa :-

Kerajaan Malaysia seperti kerajaan-kerajaan lain telah menitik beratkan terhadap masalah kesihatan bersabit dengan merokok dan telahpun melebelkan amaran kesihatan di setiap kotak rokok di samping menjalankan aktiviti-aktiviti anti merokok yang lain.


Di antara mesej yang ingin di sampaikan melalui seminar iaitu:

Untuk tidak menggalakan mereka yang tidak merokok mengamalkan tabiat merokok.

Untuk melindungi mereka yang tidak merokok daripada asap rokok dan akibat bahaya daripadanya.

Untuk menggalakkan penghisap-penghisap rokok supaya berhenti merokok.

Dalam seminar itu telah diperjelaskan di antara beberapa penyakit yang ada kaitan dengan merokok iaitu kanser paru-paru, bronkitis dan emfisema, lemah jantung, penyakit-penyakit sistem saluran darah, barah bibir, lidah, mulut, halkum, tekak, kerongkong dan pundi air kencing. Penyakit-penyakit tersebut ada kaitan dengan racun yang terdapat dalam asap rokok, terutama sekali kandungan nikotin dan tar yang ada dalam asap rokok. Dengan adanya `Seminar Merokok dan Kesihatan’ selama 2 hari itu, diharap akan membantu Kementerian Kesihatan dalam menangani masalah perokok-perokok di negara ini, di samping itu juga diharap semua kertas kerja, syor-syor serta cadangan-cadangan yang dibentangkan, akan dapat dijadikan bahan rujukan untuk aktiviti-aktiviti anti merokok di negara ini.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 21-10-2009, 09:49 AM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,662
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

MUZIUM SULTAN ABU BAKAR DIRASMIKAN-Tarikh Peristiwa pada 21-10-1976

Pada hari ini 21.10.1976, Sultan Haji Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang telah berkenaan merasmikan Muzium Sultan Abu Bakar. Muzium negeri Pahang ini ditadbirkan oleh Lembaga Muzium yang dibentuk dan dibiayai oleh kerajaan negeri Pahang. Penubuhan muzium negeri ini dicadangkan oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1970. Beliau menyatakan sudah tiba masanya negeri Pahang mempunyai muziumnya sendiri untuk mengumpul dan mempamerkan bahan-bahan mengenai negeri Pahang. Pada 30 november 1974, Majlis Mesyuarat Negeri Pahang telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Negeri. Jawatankuasa Kerja ini dipertanggungjawabkan untuk menjadikan Istana Kota Baram di Pekan, Pahang sebagai Muzium Negeri. Jawatankuasa Kerja telah mencadangkan muzium tersebut dinamakan Muzium Sultan Abu Bakar. Enakmen yang dirangka oleh Jawatankuasa Kerja ini akhirnya diluluskan oleh Dewan Perundangan Negeri Pahang dan digazetkan pada 14 Ogos 1975.

Dengan kelulusan enakmen ini, kerajaan negeri telah membentuk Lembaga Muzium Negeri Pahang yang bertanggung jawab mentadbirkan muzium taesebut. Tuan Haji Mohamed Mokhtar bin Daud telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Muzium Negeri yang pertama oleh Menteri Besar Pahang pada 26 Ogos 1975. Perasmian Muzium Sultan Abu Bakar pada hari ini dalam tahun 1976, menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri Pahang menubuhkan sebuah muzium negerinya sendiri yang dapat berfungsi untuk mengumpul, memelihara dan mempamerkan bahan-bahan sejarah dan kebudayaan negeri Pahang.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #3  
Old 21-10-2009, 09:51 AM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,662
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

PEMBUKAAN PENANG FREE SCHOOL-Tarikh Peristiwa pada 21-10-1816

Pada hari ini 21.10.1816, sekolah yang pertama iaitu Penang Free School, telah dibuka dengan rasminya. Dengan tertubuhnya Penang Free School ini menyebabkan sekolah-sekolah yang dikenali sebagai 'Free School' mula ditubuhkan di Melaka dan Singapura. Penubuhan sekolah ini asalnya dicadangkan oleh R. S. Hutchings pada tahun 1815 dan diluluskan oleh Kompeni Hindia Timur pada 9 Februari 1816. Urusan pentadbiran sekolah ini akan ditadbir oleh satu jawatankuasa. Bahasa pengantar yang digunakan ialah Vernakular seperti Melayu, Tamil dan Cina. Walaubagaimanapun bahasa Inggeris boleh juga diajar kepada murid-murid Melayu, Cina dan India. Jawatankuasa Penang Free School ini berusaha mendapatkan derma daripada orang ramai dan berjaya mengumpul sebanyak $ 11, 936. 61 wang Sepanyol. Kos tambahan dibiayai oleh Kompeni sebanyak $ 200 dolar sebulan. Bangunan sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada hari ini dalam tahun 1816 dengan kumpulan murid yang pertama seramai 25 orang. Dalam tahun 1830 ia mempunyai seramai 100 orang murid.

Di antara tahun-tahun 1821-1823, Cawangan Bahagian Bahasa Melayu telah dibuka di Gelugor, Ayer Hitam dan Bayan Lepas. Begitu juga dengan Bahagian Bahasa Cina dan Tamil. Dalam tahun 1866 Penang Free School telah diambil alih oleh Pemerintahan Negeri-Negeri Selat dan sistem organisasinya telah disusun semula manakala guru-guru yang bertauliah dibawa dari England untuk berkhidmat di sini. Akhirnya Penang Free School telah berkembang dengan jayanya dan dapat memberi pendidikan yang baik dan bermutu tinggi.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #4  
Old 21-10-2009, 09:53 AM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,662
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

RANG UNDANG-UNDANG INSURAN-Tarikh Peristiwa pada 21-10-1961


Pada hari ini 21.10.196, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang Insuran Nyawa. Rang undang-undang tersebut telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Encik Tan Siew Sin. Encik Tan berkata kerajaan mengadakan rang undang-undang itu untuk menjamin perusahaan Insuran Nyawa di negeri ini. Ia juga bertujuan untuk mencegah penyelesaian yang dilakukan oleh jahat Syarikat-syarikat Insuran di samping menjamin keselamatan orang ramai yang menjadi pemegang polisi syarikat-syarikat Insuran berkenaan.

Undang-undang tersebut antara lain menentukan hanya syarikat bermodal sejuta ringgit sahaja boleh diwujudkan. Rang undang-undang insuran itu diluluskan, kerana banyak syarikat-syarikat Insuran haram telah ditubuhkan. Bagi menjayakan perlaksanaan undang-undang insuran tersebut kerajaan telah mendapatkan khidmat pakar dari Australia. Dengan adanya undang-undang itu yang diluluskan pada hari ini dalam tahun 1961, mampu mengawal serta menjamin pertumbuhan syarikat-syarikat Insuran di negara ini.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #5  
Old 21-10-2009, 10:00 AM
ivy_aku ivy_aku is offline
Super Active

ivy_aku's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Jan 2009
Posts: 7,088
Thanks (Received): 20
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by eboss View Post
SEMINAR MEROKOK DAN KESIHATAN-Tarikh Peristiwa pada 21-10-1985


Merokok merupakan salah satu daripada masalah-masalah kesihatan yang besar yang boleh dielakkan. Keburukan kesihatan akibat dari merokok telahpun dikaji seluas-luasnya dan penerangan-penerangan yang jelas mengenai merokok membahayakan kesihatan telah diperjelaskan kepada orang ramai. Satu seminar mengenai `merokok dan kesihatan’ telah diadakan, bertempat di Hotel Ming Court, Kuala Lumpur dan majlis penutupnya telah dilakukan oleh Menteri Kesihatan Dato’ Chin Hon Ngian, pada hari ini 21.10.1985.
Dalam ucapan Dato’ Chin Hon Ngian di majlis penutup tersebut, antara lain beliau menekankan bahawa :-

Kerajaan Malaysia seperti kerajaan-kerajaan lain telah menitik beratkan terhadap masalah kesihatan bersabit dengan merokok dan telahpun melebelkan amaran kesihatan di setiap kotak rokok di samping menjalankan aktiviti-aktiviti anti merokok yang lain.


Di antara mesej yang ingin di sampaikan melalui seminar iaitu:

Untuk tidak menggalakan mereka yang tidak merokok mengamalkan tabiat merokok.

Untuk melindungi mereka yang tidak merokok daripada asap rokok dan akibat bahaya daripadanya.

Untuk menggalakkan penghisap-penghisap rokok supaya berhenti merokok.

Dalam seminar itu telah diperjelaskan di antara beberapa penyakit yang ada kaitan dengan merokok iaitu kanser paru-paru, bronkitis dan emfisema, lemah jantung, penyakit-penyakit sistem saluran darah, barah bibir, lidah, mulut, halkum, tekak, kerongkong dan pundi air kencing. Penyakit-penyakit tersebut ada kaitan dengan racun yang terdapat dalam asap rokok, terutama sekali kandungan nikotin dan tar yang ada dalam asap rokok. Dengan adanya `Seminar Merokok dan Kesihatan’ selama 2 hari itu, diharap akan membantu Kementerian Kesihatan dalam menangani masalah perokok-perokok di negara ini, di samping itu juga diharap semua kertas kerja, syor-syor serta cadangan-cadangan yang dibentangkan, akan dapat dijadikan bahan rujukan untuk aktiviti-aktiviti anti merokok di negara ini.
22/10/85 tarikh kuar dr perut mak...
Reply With Quote
  #6  
Old 21-10-2009, 10:19 AM
cmns81 cmns81 is offline
Regular

cmns81's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jun 2007
Location: bumi tuhan
Posts: 470
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default

knapa dengan 21.10...???istimewa????hehe..yang pasti istimewa buat saya...hehe..coz ari ni..28 tahun dulu..baru lahir ke dunia...

eboss.. plak? apa yang istimewa????
Reply With Quote
  #7  
Old 21-10-2009, 10:23 AM
ivy_aku ivy_aku is offline
Super Active

ivy_aku's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Jan 2009
Posts: 7,088
Thanks (Received): 20
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by cmns81 View Post
knapa dengan 21.10...???istimewa????hehe..yang pasti istimewa buat saya...hehe..coz ari ni..28 tahun dulu..baru lahir ke dunia...

eboss.. plak? apa yang istimewa????
eppy besday... kite bjiran la besday ek....

off topic plak..
Reply With Quote
  #8  
Old 21-10-2009, 10:36 AM
cmns81 cmns81 is offline
Regular

cmns81's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jun 2007
Location: bumi tuhan
Posts: 470
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by ivy_aku View Post
eppy besday... kite bjiran la besday ek....

off topic plak..
happy besday kat awak gak...in advance...
Reply With Quote
  #9  
Old 21-10-2009, 10:39 AM
nazli79 nazli79 is offline
Regular

nazli79's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2008
Posts: 916
Thanks (Received): 10
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

kebetulan besday saya hari ni yang ke 31... dah separuh 'jalan'
Reply With Quote
  #10  
Old 21-10-2009, 10:43 AM
ivy_aku ivy_aku is offline
Super Active

ivy_aku's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Jan 2009
Posts: 7,088
Thanks (Received): 20
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by nazli79 View Post
kebetulan besday saya hari ni yang ke 31... dah separuh 'jalan'
eppy besday gak...

huhuhuhu.. mod jgn marah ek off topic... ni jejak kasih..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump