Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 24-10-2009, 09:54 AM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,662
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default Hari Ini Dalam Sejarah-24/10

RANCANGAN PEMBUKAAN TANAH DIUMUMKAN-Tarikh Peristiwa pada 24-10-1960

Pada hari ini dalam tahun 1960, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tun Abdul Razak bin Hussain telah mengumumkan rancangan untuk membuka ‘tanah bagi orang-orang yang tidak mempunyai tanah’ di seluruh Persekutuan. Rancangan tersebut akan dilancarkan mulai tahun 1961 dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Kerajaan yang akan dibentangkan dalam Parlimen pada bulan Disember 1960 untuk diluluskan. Rancangan ini akan dilaksanakan melalui dua kaedah, iaitu pembukaan tanah berhampiran kampung dan Rancangan Perkampungan Beramai-ramai (Group Settlement Scheme). Melalui pembukaan tanah berhampiran kampung, tanah yang akan dipilih hendaklah berdekatan dengan kampung atau perkampungan baru. Keluasannya adalah bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima.

Manakala Rancangan Perkampungan Beramai-ramai adalah bagi penduduk yang tidak memiliki tanah yang sanggup berhijrah dari kampung atau perkampungan baru yang didudukinya atau mempunyai tanah-tanah lot yang kecil dan tidak mendatangkan hasil. Tanah-tanah ini akan dibuka oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri. Bagi melaksanakan rancangan ini, Pejabat-pejabat Tanah akan disusun kembali dengan mengadakan bahagian (seksi) baru yang khusus untuk memilih tanah-tanah baru yang hendak dibuka, mengelolakan Rancangan Perkampungan Beramai-ramai dan pembukaan tanah berhampiran kampung.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 24-10-2009, 09:55 AM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,662
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

MAHARAJA ABU BAKAR DIIKTIRAF SEBAGAI PEMERINTAH MUAR-Tarikh Peristiwa pada 24-10-1878

Muar atau Kesang pada mulanya adalah sebahagian dari Negeri Johor, tetapi pada 10 Mac 1855 Kesang telah dijadikan sebuah negeri berasingan berikutan satu perjanjian yang dibuat antara Kerajaan Johor dengan Inggeris. Sultan Ali Iskandar telah dilantik menjadi Yang Dipertua yang pertama. Selepas kemangkatan Sultan Ali pada 20 Jun 1877, Kesang telah mengalami perubahan akibat perbalahan merebut kuasa di antara dua orang putera Baginda, lalu pada 24 Oktober, 1878 Inggeris telah melantik dan mengiktiraf Maharaja Abu Bakar sebagai pemerintah Muar, Kesang. Perebutan kuasa di Kesang berlaku apabila Sultan Ali Iskandar telah meninggalkan wasiat supaya melantik Tengku Mahmud iaitu anak baginda dari orang kebanyakan menggantikan baginda. Wasiat ini telah menimbulkan kemarahan Tengku Alam anak dari isteri pertamanya. Tengku Alam berpendapat, beliau lebih berhak menggantikan Sultan Ali. Persengketaan menjadi lebih meruncing apabila penghulu dan ketua-ketua tempatan Muar meminta supaya Inggeris campur tangan.

Pada 26 Nov. 1877 Gabenor Negeri-negeri Selat, Gabnor Anson telah memainkan peranannya meletakkan Maharaja Abu Bakar sebagai pemerintah Muar-Kesang dan terus mengiktiraf perlantikan itu pada hari ini dalam tahun 1878. Seterusnya pada 5 Feb. 1879, Maharaja Abu Bakar telah diisytiharkan secara rasmi sebagai Raja Pemerintah Muar dalam istiadat di Johor Bahru. Pengisytiharan ini telah menimbulkan perpecahan di kalangan penghulu dan ketua-ketua tempatan Kesang-Muar yang masih menyokong kerabat Sultan Ali. Peperangan telah berlaku antara angkatan kerabat Sultan Ali yang diketuai oleh Tengku Alam dengan Maharaja Johor di Jementah pada Oktober 1879 dan tamat pada penghujung tahun 1879. Peperangan ini telah meninggalkan kesan penting terhadap sejarah politik, dan ekonomi Johor kemudiannya, dan bermula dari tahun 1879 Kesang-Muar telah menjadi Jajahan (daerah) Johor hingga ke hari ini.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #3  
Old 24-10-2009, 09:56 AM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,662
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

EMPANGAN KUALA KUBU PECAH-Tarikh Peristiwa pada 24-10-1883

Pekan Kuala Kubu telah dibuka pada kurun ke 18 oleh orang-orang Melayu yang menjalankan kegiatan melombong bijih timah. Sebuah empangan besar untuk kegunaan kerja-kerja melombong telah dibina di daerah ini. Pada hari ini 24 Oktober 1883 Empangan Kuala Kubu ini telah rosak dan menyebabkan banjir besar yang menenggelamkan seluruh pekan Kuala Kubu dan kawasan sekitarnya. Peristiwa Empangan Kuala Kubu yang pecah ini penting dicatatkan kerana bertolak dari peristiwa inilah lahirnya pekan Kuala Kubu Bharu yang ada sekarang. Tragedi pecahnya empangan Kuala Kubu ini juga dikenali sebagai `Sejarah Kuala Kubu'. Akibat dari kejadian ini Kuala Kubu sebagai sebuah mukim, pekan dan pusat pentadbiran jajahan Hulu Selangor telah tenggelam. Pusat pentadbiran tersebut telah dipindahkan ke Rasa buat sementara waktu.

Empangan yang roboh itu panjangnya kira-kira 1.6km dan lebarnya melebihi 91.4m. Ia dibuat daripada batang-batang kayu dan ditambak dengan tanah merentangi Sungai Kubu iaitu anak Sungai Selangor. Kejadian ini telah mengorbankan nyawa dan harta benda. Seramai 33 orang termasuk Pegawai Daerah dan Majistret berbangsa Inggeris bernama Cecil Ronking turut terkorban. Sementara 38 buah rumah hanyut dan satu-satunya mata pencarian penduduk kawasan ini iaitu mendulang bijih juga turut terjejas. Usaha-usaha untuk membangunkan semula Kuala Kubu telah dibuat pada tahun 1931, dan pekan Kuala Kubu Bharu telah dibuka dan kekal sebagai salah sebuah Pusat Pentadbiran di Hulu Selangor hingga hari ini, menggantikan Kuala Kubu Lama yang tinggal dalam kenangan.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #4  
Old 24-10-2009, 09:56 AM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,662
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

PERASMIAN KEMPEN TANAM SEMULA GETAH NEGERI SELANGOR.-Tarikh Peristiwa pada 24-10-1968


Pada hari ini 24.10.1968, Menteri Besar Selangor, Y.B. Dato Haji Harun bin Haji Idris telah merasmikan kempen tanam semula getah bagi Negeri Selangor. Perasmian telah diadakan di sekolah Kebangsaan Kampung Endah. Kempen ini dilancarkan bertujuan untuk memperhebatkan lagi usaha menanam semula getah di negeri Selangor. Sehingga tahun 1968, didapati dari jumlah 163,731 ekar kebun getah kepunyaan pekebun-pekebun kecil di negeri Selangor, hanya sejumlah 90,531 ekar sahaja yang telah ditanam semula. Usaha menanam semula getah ini merupakan salah luar bandar. Melalui usaha ini pekebun-pekebun kecil di luar bandar akan dibekalkan dengan baka-baka getah yang baik dan telah diuji melalui proses-proses saintifik. Pokok-pokok getah jenis ini akan dapat mengeluarkan susu getah yang banyak. Diharapkan dengan cara ini akan dapat mengatasi masalah mutu getah dan dapat menyakinkan pekebun-pekebun kecil tentang harga getah.

Oleh kerana itu kesulitan mengenai persaingan getah asli dengan getah tiruan akan dapat diatasi. Sehubungan dengan ini, dalam ucapan Menteri Besar Selangor, Y.B. Dato' Haji Idris telah menyeru seluruh pekebun-pekebun kecil di negeri Selangor supaya merebut peluang yang baik ini dan dapat menggantikan pokok-pokok getah tua dengan pokok-pokok getah baharu dari jenis baka yang baik. Peluang ini akan menghasilkan hasil yang banyak dengan hanya menggunakan tenaga yang sedikit. Perasmian kempen tanam semula getah negeri Selangor pada tahun 1968, sesungguhnya merupakan satu usaha yang baik bagi menggalakkan rakyat luar bandar menyertai usaha-usaha kerajaan. Cara ini akan dapat membantu rakyat luar bandar mempertingkatkan taraf ekonomi mereka.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #5  
Old 24-10-2009, 09:57 AM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,662
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

PERJANJIAN PEMBATASAN WILAYAH LAUT MALAYSIA - THAILAND DITANDATANGANI-Tarikh Peristiwa pada 24-10-1979


Pada hari ini 24.10.1979, satu Perjanjian Pembatasan Wilayah Laut di antara Malaysia dan Thailand ditandatangani di Bilik Gerakan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Perjanjian ini ditandatangani oleh Perdana Menteri kedua-dua buah negara iaitu Datuk Hussein Onn bagi pihak Malaysia dan rakan sejawatnya dari Thailand, General Tun Kriangsak Chomanan.

Dua perkara paling penting dalam perjanjian ini ialah; yang pertama, kedua-dua buah negara bersetuju bahawa batasan sempadan laut wilayah Malaysia-Thailand, sekarang terdapat penindihan yang perlu diasaskan kepada garisan terus yang terdapat dari tengah antara Pulau Terantau dan Pulau Langkawi; manakala yang kedua ialah sekiranya terdapat hasil-hasil bumi seperti petroleum atau gas asli atau sebarang bahan galian yang lain yang terdapat menganjur merentasi sempadan kedua-dua negara maka persetujuan perlu dicapai begi menentukan bagaimana bahan berkenaan dieksploitasi berdasarkan konsep perkongsian. Perjanjian Pembatasan Wilayah Laut Malaysia-Thailand ini membawa erti yang besar ke atas hubungan dua hala kedua-dua negara. Ia bukan sahaja menyelesaikan masalah sempadan laut tetapi juga membawa hubungan mesra sesuai dengan semangat ASEAN.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump