Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 10-10-2009, 03:39 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,662
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default Hari Ini Dalam Sejarah-10/10

CAMPURTANGAN INGGERIS DI SUNGAI UJUNG -Tarikh Peristiwa pada 10-10-1874

Pada hari ini dalam tahun 1874, Datuk Kelana Sungai Ujung, Datuk Kelana Putera Syed Abdul Rahman Alkadri telah menaikkan bendera Inggeris. Upacara tersebut menandakan bermulanya campurtangan Inggeris secara aktif di Sungai Ujung. Ia telah disaksikan oleh wakil Leftenan Gabenor Melaka, W.A. Pickering yang diiringi oleh sepasukan polis sepoi Melayu. Campurtangan tersebut adalah berikutan daripada permusuhan antara Datuk Kelana dan Datuk Bandar Shahbandar Tunggal mengenai hasil mahsul negeri dan jawatan Undang. Datuk Kelana telah menandatangani perjanjian menerima perlindungan Inggeris ke atas Sungai Ujung di Singapura. Ini telah menguatkan kedudukan Datuk Kelana.

Apabila Raja Mahadi dan Raja Mahmud daripada Selangor menawarkan bantuan kepada Datuk Bandar, Datuk Kelana merasakan kedudukannya tergugat dan telah meminta bantuan Leftenan Gabenor Melaka iaitu Kapten Shaw. Kapten Shaw telah menghantar W.A. Pickering dan sepasukan polis sepoi untuk membantu Datuk Kelana. Kehadiran Pickering telah membolehkan Datuk Kelana menaikkan bendera Inggeris. Berikutan itu, Kapten W.I. Tatham telah dilantik menjadi Penolong Residen dan Datuk Kelana terpaksa tunduk kepada Inggeris.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 10-10-2009, 03:40 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,662
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

PERSIDANGAN BADAN-BADAN BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU PERSEKUTUAN TANAH MELAYU-Tarikh Peristiwa pada 10-10-1959

Pada hari ini dalam tahun 1959, Persidangan Badan-Badan Bahasa dan Persuratan Melayu, telah diadakan di Bangunan Persekutuan Guru-Guru Melayu Selangor Kuala Lumpur. Persidangan yang dihadiri oleh 40 buah Persatuan Bahasa dan Persuratan Melayu dari seluruh Persekutuan Tanah melayu ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, Encik Mohd. Khir Johari. Ketika berucap pada persidangan tersebut Encik Khir Johari telah menyatakan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka akan dipertanggungjawabkan bagi penyusunan buku-buku sekolah, penerbitan buku-buku dan majalah untuk bacaan orang ramai. Beliau juga menyatakan bahawa pengajaran Bahasa Kebangsaan ke semua peringkat sekolah akan diperluaskan.

Pada Persidangan tersebut juga Perlembagaan Lembaga Tetap Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan. Penubuhan Lembaga yang telah ditubuhkan semenjak tiga tahun sebelum persidangan ini berlangsung bertujuan menyelaras penganjuran Kongres bahasa dan Persuratan Melayu dari masa ke semasa bagi mencari jalan untuk memperkaya dan memperluaskan perkembangan bahasa dan persuratan Melayu. Sesungguhnya persidangan yang julung-julung kalinya diadakan selepas kemerdekaan ini telah membantu dalam perkembangan Bahasa Kebangsaan.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #3  
Old 10-10-2009, 03:41 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,662
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

PELANCARAN MAJALAH KHIDMAT DI PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA-Tarikh Peristiwa pada 10-10-1990

Perkhidmatan Awam di Malaysia telah diwujudkan sejak zaman British lagi. Organisasi Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengalami pelbagai perubahan bagi menyesuaikan dengan keperluan-keperluan semasa kerajaan dan rakyat. Pelbagai pendekatan telah dijalankan oleh jabatan awam ini, bagi memenuhi keperluan semasa kepada kakitangan ataupun pelanggan. Pada hari ini 10.10.1990 MAMPU telah melancarkan majalah yang dikenali dengan `Khidmat’. Khidmat merupakan Majalah rasmi kepada kakitangan perkhidmatan awam yang akan menyebarkan maklumat-maklumat dan penerangan berkaitan tentang dasar-dasar pentadbiran, pembangunan negara kepada kakitangan kerajaan dan orang-orang awam yang berurusan dengan jabatan kerajaan. Majlis pelancaran majalah ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamed di Pusat Dagangan Dunia Putra. Dalam ucapan semasa perasmian Perdana Menteri berharap majalah ini akan dapat menyumbang ke arah peningkatan perhubungan di antara kakitangan dengan golongan di luar perkhidmatan awam.

Pelbagai pembaharuan telah dijalankan di Jabatan Kerajaan bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat seperti proses penggunaan alatan komputer, mesin-mesin dan teknologi telah dipertingkatkan secara berterusan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam di negara ini dan kerenah-kerenah biokrasi akan terus dikaji dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Perkhidmatan Awam di negara ini, dalam proses menuju bertaraf dunia, perlu memperlihatkan inovasi dan peningkatan menyediakan perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkesan kepada para pelanggan, penerbitan majalah khidmat ini salah satu daripada tujuan tersebut.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #4  
Old 10-10-2009, 03:43 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,662
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

PENYATA BARNES' DITERIMA PADA DASARNYA DI MESYUARAT AGONG KPGMS-Tarikh Peristiwa pada 10-10-1951

Penyata Pelajaran Barnes yang dikeluarkan pada awal tahun 1951 telah menimbulkan berbagai reaksi kepada para cendakiawan dan organisasi pendidikan Melayu. Laporan itu dibuat hasil daripada penganalisaan terhadap masalah bahasa dan pendidikan di negara kita. Beberapa rumusan telah dibuat daripada analisa oleh Jawatankuasa yang diketuai oleh L.J. Barnes itu. Perbincangan mengenainya terus diadakan sehingga semua pihak dapat memahaminya dengan sebaik mungkin. Pada hari ini 10 Oktober 1951, Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) juga telah turut sama membahaskan perkara-perkara ini di Mesyuarat Agong tahunannya yang ke 6. KPGMS telah mengambil langkah- langkah tersebut untuk memberikan perhatian utama terhadap laporan Pelajaran Barnes bagi kepentingan pelajaran Melayu.

Satu bahasan telah dibuat selama hampir 5 jam dengan penerangan dari Tuan Syed Nasir yang merupakan salah seorang dari ahli Jawatankuasa yang merancang Penyata Barnes itu. Jawatankuasa Barnes yang telah menggariskan tujuan sekolah Melayu sebagai memupuk perkembangan individu ke arah kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan kemahiran, menggalak, merangsang dan membolehkan komuniti Melayu mencapai kedudukannya dalam perhubungannya dengan kaum-kaum lain dalam masyarakat majmuk dan membantu pembinaan kewarganegaraan atau negara yang bersatu padu yang merangkumi semua kaum.

Mesyuarat Agong KPGMS telah mengambil ketetapan untuk menerima Penyata Barnes pada dasarnya dalam perkara-perkara perubahan pelajaran orang-orang Melayu dan membentuk satu jawatankuasa kecil seramai 5 orang yang berkuasa penuh bagi menyemak penyata itu dan mengumpul pindaan daripada Persatuan-persatuan Guru-guru Melayu dan Kesatuan Guru-Guru Melayu negeri-negeri dan Pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk dikemukakan kepada kerajaan. Keputusan di Mesyuarat Agong ini pada hari ini akan dikemukakan kepada ahli-ahlinya di seluruh negara untuk diperbincangkan lagi demi kepentingan anak-anak Melayu di masa hadapan.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #5  
Old 10-10-2009, 03:44 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,662
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

PERASMIAN RUNDINGAN PERKHIDMATAN UDARA ANTARA MALAYSIA DAN KOREA-Tarikh Peristiwa pada 10-10-1972

Pada hari ini 10.10.1972, suatu rundingan perkhidmatan udara antara Malaysia dan Korea telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Perhubungan, Tan Sri Sardon bin Jubir di Kuala Lumpur. Di dalam satu pertemuan dengan pemberita-pemberita selepas upacara perasmian tersebut Tan Sri Sardon Jubir memberitahu bahawa Malaysia mungkin menggunakan 'nosing system' kepada kapal terbang-kapal terbang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang untuk kemudahan para penumpang. Dengan adanya kemudahan-kemudahan seumpama ini diharapkan negara kita tidak jauh ketinggalan dengan negara-negara maju dalam soal memberi perkhidmatan kepada penumpang-penumpang kapal terbang.

Menurut beliau lagi kerja-kerja penambahan dan pembaharuan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Subang akan dijalankan segera sebaik sahaja syor-syor Suruhanjaya Perunding dari Canada mengenainya diluluskan oleh Kerajaan. Untuk tujuan tersebut kerajaan dijangka memohon pinjaman dari Bank Pembangunan Asia. Selain dari itu Tan Sri Sardon juga memberitahu bahawa banyak lagi tambahan-tambahan dan pembaharuan-pembaharuan yang perlu dibuat di lapangan terbang untuk membolehkannya menerima semua jenis kapal terbang terutamanya kapal terbang-kapal terbang 'jumbo' yang besar.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump