Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Gossip, Celebrities

Gossip, Celebrities Right place for paparazzi :) . Share your info with our celebrities and gossip fans.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 02-07-2017, 08:40 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 130,648
Active Level
My Mood:
Default Anak jutawan Vincent Tan, pengasas Naza sah suami isteri



Foto Instagram chrystan_x.

PETALING JAYA: Anak jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan telah dilamar usahawan, SM Faliq SM Nasimuddin.

Faliq, yang juga anak lelaki kepada Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin telah melamar Chryseis Tan, 29, ketika mereka berdua bercuti di Marrakesh, Jumaat lalu.

Pemuda berusia 32 tahun ini adalah salah seorang pewaris kumpulan Naza, salah satu nama terbesar dalam industri permotoran di Malaysia.

Manakala Chryseis pula adalah anak kepada Vincent Tan, pengasas Berjaya Group, merupakan jutawan dalam pelbagai perniagaan termasuk bidang hartanah.

Chryseis berkongsi gambar gembira itu laman Instagramnya pada Sabtu.

Gambar tersebut menunjukkan Faliq melutut di depan Chryseis yang kelihatan terkejut dan terharu dengan aksi romantis teman lelakinya itu.

Susulan daripada perkongsian gambar tersebut, laman Instagram Chryseis dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan pasangan kekasih itu.




http://www.mstar.com.my/berita/berit...-anak-vincent/

Update #4

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Welcome to the club, kata Marion



PEWARIS empayar perniagaan terbesar di negara ini, SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan hari ini selamat diijab kabul sekali gus menamatkan teka-teki kisah percintaan mereka yang tular di media sosial sejak tahun lalu.


Faliq adalah anak keempat kepada pengasas Naza Group, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin manakala Chryseis pula anak sulung kepada Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun yang merupakan pengasas Berjaya Group, selamat disatukan dalam sebuah majlis tertutup di resort di Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.

Pasangan sepadan yang dikatakan mula berkawan ketika belajar di sekolah antarabangsa itu dilaporkan bertunang pada 2 Julai lalu apabila jejaka berusia 33 tahun itu melamar Chryseis, 30, ketika mereka berdua bercuti di Marrakesh.

Menerusi foto sekitar majlis akad nikah yang dimuat naik adik perempuan Faliq, Nur Nadia menerusi Instagram miliknya, pasangan sama cantik sama padan itu bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dengan mas kahwin berjumlah RM1,000.

Sementara itu, abang kepada Faliq, Datuk SM Faisal menerusi Instagramnya bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru itu.

"Alhamdulillah, keluarga semakin besar," kata SM Faisal.

Foto tersebut turut mendapat hampir 8,000 'like' selepas tiga jam dimuat naik serta dihujani dengan ribuan ucapan tahniah daripada pengikut Instagram SM Faisal kepada pasangan mempelai Faliq dan Chryseis.

Antaranya @yasminimineymoore berkata “Alhamdulillah, Selamat Pengantin Baru to the lovebirds”, @feroza_cthawa85 pula berkata: “Alhamdulillah dan selamat pengantin baru SM Faliq dan isteri Chrystan, semoga ikatan cinta suci kalian ini akan terus kuat hingga ke akhirnya. Amin” manakala @kamariahazizan pula seakan berseloroh dengan ucapannya iaitu “Tahniah Faliq & wife. Faisal Nasimuddin next will be you right”.

Faliq merupakan Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Naza TTDI Sdn. Bhd sementara Chryseis yang berkelulusan Ijazah Seni Liberal Kajian Antarabangsa di Universiti Waseda, Tokyo merupakan Ketua Pengawai Eksekutif Berjaya Times Square.

Bapa Faliq, SM Nasimuddin menubuhkan Naza Group pada tahun 80-an dan menyumbang kepada pembangunan sektor automotif, pembinaan serta hartanah negara. Bapa Chryseis, Vincent Tan pula merupakan jutawan terkenal yang menubuhkan pelbagai jenis perniagaan menerusi empayar Berjaya Group.


https://www.hmetro.com.my/utama/2018...6/sekali-lafaz
Update #3

Quote:
Originally Posted by TT View Post
Update #2

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pewaris 2 empayar besar disatukan di hari Jumaat


Foto pernikahan SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan yang mula tular di laman sosial hari ini.

KUALA LUMPUR - Pewaris empayar perniagaan terbesar di negara ini, SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan hari ini selamat diijab kabul sekali gus menamatkan teka-teki kisah percintaan mereka yang tular di media sosial sejak tahun lepas.

Faliq merupakan anak keempat kepada pengasas Naza Group, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin manakala Chryseis pula anak sulung kepada Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun yang merupakan pengasas Berjaya Group, selamat disatukan dalam sebuah majlis tertutup di resort The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.

Pasangan sepadan yang dikatakan mula berkawan ketika belajar di sebuah sekolah antarabangsa itu dilaporkan bertunang pada 2 Julai lepas apabila jejaka berusia 33 tahun itu melamar Chryseis, 30, ketika mereka berdua bercuti di Marrakesh.

Menerusi foto sekitar majlis akad nikah yang dimuat naik adik perempuan Faliq, Nur Nadia menerusi Instagram miliknya, pasangan sama cantik sama padan itu bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dengan mas kahwin berjumlah RM1,000.

Sementara itu, abang kepada Faliq, Datuk SM Faisal menerusi 'posting' di laman sosial Instagramnya bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baharu itu.

"Alhamdulillah, keluarga semakin besar," kata SM Faisal.

Foto tersebut turut mendapat hampir 8,000 'like' selepas tiga jam dimuat naik serta dihujani dengan ribuan ucapan tahniah daripada pengikut Instagram SM Faisal kepada pasangan mempelai Faliq dan Chryseis.

Antaranya @yasminimineymoore berkata "Alhamdulillah, Selamat Pengantin Baru to the lovebirds", @feroza_cthawa85 pula berkata "Alhamdulillah dan selamat pengantin baru SM Faliq dan isteri Chrystan, semoga ikatan cinta suci kalian ini akan terus kuat hingga ke akhirnya. Amin" manakala @kamariahazizan pula seakan berseloroh dengan ucapannya iaitu "Tahniah Faliq (amp) wife. FaisalNasimuddin next will be you right".

Faliq merupakan Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Naza TTDI Sdn. Bhd sementara Chryseis yang berkelulusan Ijazah Seni Liberal Kajian Antarabangsa di Universiti Waseda, Tokyo merupakan Ketua Pengawai Eksekutif Berjaya Times Square.

Bapa Faliq, SM Nasimuddin menubuhkan Naza Group pada tahun 80-an dan menyumbang kepada pembangunan sektor automotif, pembinaan serta hartanah negara. Bapa Chryseis, Vincent Tan pula merupakan jutawan terkenal yang menubuhkan pelbagai jenis perniagaan menerusi empayar Berjaya Group. - Bernama


http://www.kosmo.com.my/negara/penya...agaan-1.601785
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Faliq, Chryseis sah suami isteri



Instagram Chryseis Tan.

PASANGAN sejoli antara dua pewaris keluarga terkaya, SM Faliq Nasimuddin, 33, anak kepada SM Nasimuddin SM Amin, dan Chryseis Tan, 30, anak perempuan Tan Sri Vincent Tan dilaporkan mengikat tali perkahwinan hari ini.

Pengumuman tarikh perkahwinan itu diketahui umum selepas sebuah Majalah Gaya Hidup berkongsi perkara itu.

Bagaimanapun, tidak ada kenyataan rasmi daripada pasangan itu mengenai perkahwinan mereka, petik laporan MSN.News.

Namun satu-satunya petanda perkahwinan mereka, datang menerusi laman Instagram Chryseis sendiri, yang menunjukkan gambar mereka dalam persalinan perkahwinan.

Sebelum itu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Julai tahun lalu.

Faliq merupakan anak keempat dalam keluarga Naza manakala Chryseis pula mempunyai 11 adik-beradik masing-masing memegang jawatan besar dalam empayar perniagaan keluarga.

Chryseis kini menjadi Pengarah Eksekutif Berjaya Assets Bhd. dan pelabur dalam beberapa jenama termasuk Greyhound Cafe dan La Juiceria manakala Faliq pula ialah Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI.

Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada tahun 1975 pesat berkembang meliputi sektor hartanah dan perhotelan serta merupakan pengimport dan pengedar utama kenderaan jenama mewah seperti Ferrari, Peugeot dan Brabus.

Sementara itu, Vincent Tan pula adalah pengasas Kumpulan Berjaya yang turut terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan dan perkhidmatan kewangan.


http://www.sinarharian.com.my/hibura...i-ini-1.792481

Last edited by TT; 02-02-2018 at 04:14 PM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 02-07-2017, 08:43 PM
Breekachu Breekachu is offline
Super Active

Breekachu's Avatar
 
Trader Rating: (11)
Join Date: Dec 2012
Posts: 6,288
Thanks (Received): 74
Likes (Received): 58
Active Level
My Mood:
Default

Forum sebelah kecoh betul berita ni. Yerla nak kena convert islam kan. Panjang betul berdebat. Apa yang butthurt ntah. Hahaha
Reply With Quote
Likes Jedi liked this post
  #3  
Old 02-07-2017, 08:44 PM
DreamCatcher DreamCatcher is offline
CG Top Poster Club

DreamCatcher's Avatar
 
Trader Rating: (24)
Join Date: Jan 2008
Location: portalkini.com
Posts: 22,568
Thanks (Received): 408
Likes (Received): 291
Blog Entries: 3
Active Level
My Mood:
Default

untung la orang byk duit
__________________

JUAL FANPAGE UMPAN PATIN. MINAT PM ME
Reply With Quote
  #4  
Old 02-07-2017, 08:46 PM
Niyang Niyang is offline
CG Top Poster Club

Niyang's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 38,099
Thanks (Received): 72
Likes (Received): 544
Active Level
My Mood:
Default

same2 anak bilionaire... apedahal

anak tokei gula (robert kwok) pun dl kawen dgn anak vvip melayu... anak bill gates lamar aku pun x kecoh der...
__________________
"Jika inginkan tempat di sisi Matahari, bersedialah utk terbakar"

"Kita memerlukan kegelapan untuk melihat Bintang"
Reply With Quote
  #5  
Old 02-07-2017, 08:47 PM
syamsoulcc syamsoulcc is offline
Super Active

syamsoulcc's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2014
Posts: 6,367
Thanks (Received): 19
Likes (Received): 1164
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Breekachu View Post
Forum sebelah kecoh betul berita ni. Yerla nak kena convert islam kan. Panjang betul berdebat. Apa yang butthurt ntah. Hahaha
haha...diorang kuat butthurt sekarang...

padahal zaman nenek moyang diorang duk puja sangat orang Melayu...

__________________
"Segala apa di bumi ini, Allah punya, jadi tak perlu kita kedekut dan tamak"
"Nak cari kerja, mesti kerja yang ada life" ~~=> "pale lutut dia, mana ada kerja yg ada LIFE skarang, semua kerja mcm robot skrg, so cari la kerja yang kamu minat! itu yg penting"
Reply With Quote
  #6  
Old 02-07-2017, 08:50 PM
Bionik Bionik is offline
Super Active

Bionik's Avatar
 
Trader Rating: (10)
Join Date: Nov 2009
Location: Mars
Posts: 8,217
Thanks (Received): 38
Likes (Received): 21
Active Level
Default

Siapakah anak SM Nasimuddin yg kahwin dgn mEk salleh?
__________________
~~0ut of™
"It's work like mAgic. You want more money, you need to give more", Robert Kiyosaki.
Reply With Quote
  #7  
Old 02-07-2017, 08:51 PM
Breekachu Breekachu is offline
Super Active

Breekachu's Avatar
 
Trader Rating: (11)
Join Date: Dec 2012
Posts: 6,288
Thanks (Received): 74
Likes (Received): 58
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by syamsoulcc View Post
haha...diorang kuat butthurt sekarang...

padahal zaman nenek moyang diorang duk puja sangat orang Melayu...

Cuba post gambar ni dekat thread sebelah. Mesti 50 page boleh cecah malam ni
Reply With Quote
  #8  
Old 02-07-2017, 08:54 PM
GamezStar GamezStar is online now
CG Top Poster Club

GamezStar's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jul 2008
Posts: 25,670
Thanks (Received): 196
Likes (Received): 215
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Breekachu View Post
Cuba post gambar ni dekat thread sebelah. Mesti 50 page boleh cecah malam ni
budak2 forum sebelah tu ramai yg hingusan.. sembang kencang je
Reply With Quote
  #9  
Old 02-07-2017, 08:54 PM
theblur theblur is offline
Active Plus

theblur's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2012
Location: Sabah
Posts: 4,696
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 85
Active Level
My Mood:
Default

depa ni mmg suka amoi.

sapa x suka oi. stim je tgk amoi kat shoping mall mana2.
__________________
BN dah tumbang, Alhamdulillah. Janji tetap janji, berikan royalti minyak 25% atau lebih untuk Sabah kerana itu hak Sabah.
Reply With Quote
  #10  
Old 02-07-2017, 08:56 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 31,185
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 2647
Active Level
My Mood:
Default

sesuai dah, dua dua pun dari family jutawan
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump