BTC USD 64,262.2 Gold USD 2,386.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Project Servis Penjagaan Ternakan Lembu secara Fidlot

lizzqute

Super Active Member
Messages
9,786
Joined
Feb 8, 2010
Messages
9,786
Reaction score
59
Points
70
Assalamualaikum CGRIAN

Saya ingin mencari pelabur dalam project servis lembu Fidlot yang akan saya jalankan pada Awal October 2017 ini. Project fidlot ini di buat di atas keluasan tanah 2.0 ekar yang mana di dalamnya terdapat tanaman getah muda berumur 4 tahun.




Maklumat Project Perniagaan :
Servis Penjagaan dan Penggemokkan Lembu secara Fidlot


Lokasi Project :
Kuala Kepis, N.sembilan



Pusingan Modal Perniagaan :
Setiap 4 ke 6 bulan bergantung pada umur kemasukan lembu



Jumlah Ternakan yang boleh di tempatkan :
Jumlah keseluruhan 30 Ekor Lembu dewasa.



Harga Servis Jagaan yang di cadangkan :
RM8.00 seekor hingga matang. Kos termasuk jagaan, makanan dan perubatan.



Anggaran Keuntungan syarikat :
Berdasarkan Bilangan lembu yang di tumpang di dalam fidlot. Keuntungan 65% dari upah jagaan seekor lembu.



Modal Keseluruhan yang telah di keluarkan :
RM35,000.00 Bagi menaikkan Facility Fidlot



Tawaran Kepada Pelabur :
27% setahun, Bayaran di buat setiap 4 bulan. Kontrak selama 3 Tahun. Agreement di sediakan.



Progress Project Terkini :
80% siap. Baki 20% dalam pertengahan Ogos.


Facility Yang terdapat di dalam tapak Project Fidlot :
1. Kandang Fidlot berukuran 45 x 25 kaki persegi.
2. Sebuah unit Cabin Pekerja berukuran 20 x 10
3. Bekalan Api
4. Bekalan Air
5. Mesin pengisar napier/jagung
6. 3 set Lampu Solar sportlight 5 watt
7. Water Pam 0.5hp bagi kerja kerja memandikan lembu dan cuci kandang


Lain Lain Servis yang di sediakan :
1. Jualan Lembu bagi pasaran Harian / jualan Kakas.
2. Jualan Lembu bagi ibadah Korban Dan Akikah
3. Sebagai Hub Simpanan Sementara lembu dari luar.



Perancangan di masa akan datang :
Menyediakan tempat tambahan bagi lembu fidlot sebanyak 35 ekor. dan menyediakan ruang intergasi yang lengkap dengan tanaman foraj bagi sumber makanan Lembu.



Status Bergambar


IMG-20170727-WA0038.jpg



IMG-20170806-WA0041.jpg




IMG-20170805-WA0073.jpg




IMG-20170806-WA0047.jpg





Bagi yang berminat, boleh hadir ke tapak lokasi kami untuk buat tinjauan dan terus berurusan untuk turut serta dalam project ini.


:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Sponsored Post

Assalamualaikum CGRIAN


Harga Servis Jagaan yang di cadangkan :
RM8.00 seekor hingga matang. Kos termasuk jagaan, makanan dan perubatan.


yg ni untuk tempoh berapa lama boss?


ini dia tuan...

Kos Penjagaan :


1. Berat kemasukan lembu 180 kg hingga 200kg.
(kos Jagaan RM10.00 sehari.... Tempoh Jagaan 120 hari)

2. Berat kemasukan lembu 150 kg hingga 160kg.
(kos Jagaan RM9.50 sehari.... Tempoh Jagaan 120 hari)

3. 1. Berat kemasukan lembu 135 kg hingga 140kg.
(kos Jagaan RM8.50 sehari.... Tempoh Jagaan 150 hari)


4. Berat kemasukan lembu 120 kg hingga 130kg.
(kos Jagaan RM8.00 sehari.... Tempoh Jagaan 210 hari)

5. Berat kemasukan lembu 110 kg hingga 1250kg.
(kos Jagaan RM7.50 sehari.... Tempoh Jagaan 280 hari)




Kos Makanan merangkumi, penjagaan, perubatan, vitamin dan suntikan vaksin.



--------------------------------------------------------------------------------------

Pembelian Anak Lembu


Anda boleh memilih sama ada untuk membeli anak lembu dari kami atau membawa sendiri anak lembu yang sedia ada dari tempat anda ke Feedlot kami. Jika ingin membeli anak lembu, kami hanya menyediakan

- Baka lembu Cross Braman (harga dari RM2300 - RM2800) berat maximum 400kg

- Baka lembu kedah - Kelantan ( harga rm1600 - RM2300) berat maximum 300kg





Contoh jika tuan nak letak lembu.. berat awal 120 ke 130kg tempoh jagaan 180 ke 210 hari:


Bayaran awal adalah :

Pembelian anak lembu + Kos Penjagaan 90 hari pertama.

contoh : Tuan beli anak lembu dengan kami dengan berat awal 120 ke 130kg, maka kos anak lembu RM1500 + 90 hari pertama RM720.... Baki bayaran penjagaan di bayar semasa habis tempoh jagaan..



sumber Thread sy di bahagian servis Offered


http://www.carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=24050279&postcount=1
 
Ambik baka carolis@limozin@belgian blue tt.. Tp kena stenbai ladang napier la,, natang ni macam bela saka bila makan.. :D

betul.. tak berani ambik baka power.. napier yg sy tanam pon dalam setengah ekar ja buat permulaan.. untuk support 12 ekor lembu kk.. lain2 makanan beli dari ladang jagung
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register