Pada sekitar tahun 2013 Maxis telah menamatkan serta-merta kontrak perkongsian rangkaian untuk MVNO Salamfone. Lalu Salamfone bersama-sama OneTelco yang asalnya memang telah wujud untuk membuat perjanjian dengan syarikat XOX.com yang memang XOX.com adalah anak syarikat Celcom untuk memperbaharui khidmat prabayar MVNO untuk membentuk OneX (jenama asal yang terbentuk, disamping XOX.com masih beroperasi seperti biasa).
Lalu pada pertengahan tahun 2014, OneX dan XOX.com disatukan menjadi OneXOX menggunakan tema warna hijau, yang pada masa itu pelan datanya masih pada kadar yang mahal. Kemudian beberapa tahun selepas itu, pelan datanya disemak dari semasa ke semasa untuk menyediakan pengguna dengan pelan data pada harga kompetitif berbanding telko yang lain.
Jika dilihat pada pengagihan nombor telefon mudah alih oleh pihak SKMM, siri nombor telefon 01060XX hingga 01064XX asalnya adalah untuk Baraka Telecom/Salamfone, yang mana XOX.com dilihat mendapat kelebihan utilise nombor telefon bimbit yang ringkas berbanding siri 0110XX yang keterlaluan panjangnya untuk pelanggan telko.