Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > MAKE MONEY DISCUSSION > Local Investments > Saving Investments

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 11-01-2019, 07:47 AM
chulax12 chulax12 is offline
Super Active

chulax12's Avatar
 
Trader Rating: (20)
Join Date: Jun 2012
Location: Cyberjaya
Posts: 5,206
Thanks (Received): 488
Likes (Received): 88
Active Level
My Mood:
Default Cara Buka Akaun SSPN1M Secara Online (Lebih Mudah) - SSPN-i Plus

Hari ini kami ingin membantu anda membuka Akaun SSPN-i Plus secara online tanpa melalui mana-mana cawangan bank atau kaunter PTPTN. Pembukaan akaun secara online mudah dan boleh menjimatkan masa, perjalanan, dan tenaga anda.

Apakah itu SSPN-i?


SSPN-i adalah merupakan satu instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’.



SSPN-i Plus pula merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.

Berbeza dengan akaun SSPN biasa, SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.


Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN-i Plus dan menggunakan kontrak Wakalah bagi skim takaful yang ditawarkan. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

Apakah perbezaan utama SSPN-i dan SSPN-i Plus?

Perbezaan utama SSPN-i dan SSPN-i Plus adalah pada komitmen bulanan yang terdapat pada SSPN-i Plus berbanding SSPN-i yang tiada sebarang komitmen bulanan (boleh simpan mengikut kemahuan masing-masing)

Komitmen bulanan ini sebenarnya adalah satu cara untuk kita sentiasa menabung secara konsisten setiap bulan dan dalam masa yang sama mendapat manfaat takaful yang disediakan dalam akaun SSPN-i Plus kita. Bagi yang sukar untuk menabung secara konsisten, ini adalah satu peluang yang baik untuk mulakan tabungan.

Komitmen bulanan yang perlu dibayar adalah bergantung kepada pakej yang kita pilih. Berikut adalah pakej yang disediakan dalam SSPN-i Plus.



Selain daripada manfaat kesihatan, pendeposit SSPN-i Plus juga akan mendapat pengecualian cukai simpanan bersih sehingga RM 6,000 untuk simpanan dan tambahan pelepasan taksiran cukai iaitu sehingga RM 6,000 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa.

Itulah serba sedikit pengenalan berkaitan SSPN-i Plus. Maklumat lanjut boleh lihat di laman web SSPN-i Plus

Daftar SSPN-i Online

Apa yang lebih menarik adalah, pendaftaran akaun SSPN-i Plus boleh dilakukan terus secara online tanpa perlu hadir ke pejabat PTPTN. Ini akan menjimatkan masa kita yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja seharian.

Untuk mendaftar akaun SSPN-i Plus sila ke paparan web pendaftaran atau klik pautan dibawah.

WEB PENDAFTARAN SSPN-i

Anda akan dapat lihat paparan seperti di bawah. Anda boleh pilih untuk buat akaun untuk diri sendiri, anak sendiri atau untuk anak jagaan.






Anda hanya perlu isikan maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan sehingga habis. Kemudian akan dinyatakan terma dan syarat yang perlu anda fahami. Sila baca dan fahamkan betul-betul syarat dan manfaat yang anda perolehi dengan membuka akaun SSPN-i Plus ini.

Selepas selesai mengisi borang, anda kemudiannya akan dikehendaki untuk memasukkan deposit ke dalam akaun tersebut. Sekurang-kurangnya nilai 1 bulan untuk pakej yang anda ambil. Bayaran boleh dibuat melalui online banking ataupun kredit card.

Bayaran bulanan selepas pembukaan akaun boleh dibuat melalui kaunter PTPTN, potongan gaji, auto debit dan paling mudah adalah dengan bayaran secara online melalui SSPN-i Plus Online.



Terima kasih kerana membaca Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online. Semoga perkongsian ini berguna untuk anda semua.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 11-01-2019, 08:06 AM
jerung jerung is offline
Active Member

jerung's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Jul 2008
Posts: 1,427
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 14
Active Level
Default

pakej belian tu ada tarikh matang ke... klau kematian biasa dpt berape.. klau anak ramai bole dpt rm1 000 000.00
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump