Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Gossip, Celebrities

Gossip, Celebrities Right place for paparazzi :) . Share your info with our celebrities and gossip fans.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 11-11-2014, 04:54 PM
dhiaperfumes dhiaperfumes is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Nov 2009
Posts: 41,574
Thanks (Received): 55
Likes (Received): 0
Active Level
Default #MyIndieFilem: Platform ke arah dimensi baharu


BAGI memberi nafas baharu kepada industri kreatif, satu program yang dinamakan sebagai #MyIndieFilem diwujudkan.

Program pencarian kandungan kreatif itu adalah hasil daripada kolaborasi di antara pemilik Marhaen Productions, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Idham Academy Film (AIFA), Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Seiring dengan matlamatnya, kewujudan #MyIndieFilem dikatakan bakal membentuk satu simbiosis yang memberikan kesan positif kepada pertumbuhan industri kandungan kreatif tempatan sekali gus memulihkan keyakinan kepada industri perfileman negara.

Lebih manis, #MyIndieFilem mencatat sejarah tersendiri apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi penaungnya.

Justeru, bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Kakigosip menemui Ahli Parlimen Pengerang itu menerusi satu sidang media yang disusun, baru-baru ini.

Boleh Datuk terangkan lebih lanjut mengenai #MyIndieFilem?

#MyIndieFilem merupakan satu program pencarian kandungan kreatif sekali gus memberi dimensi baharu demi menjana semula industri perfileman tempatan. Dalam menarik perhatian masyarakat terutamanya generasi muda masa kini, satu kandungan baharu yang lebih segar sangat diperlukan. Justeru, platform #MyindieFilem akan diperhebat agar dapat memberikan sesuatu yang baharu kepada mereka.

Bagaimana boleh tercetusnya idea ini?

Sejak kebelakangan ini, industri perfileman tempatan berada dalam situasi yang agak suram. Malah, menerusi hasil perbincangan saya dengan Ahmad Idham iaitu seorang yang sudah berpengalaman hampir 20 tahun dalam industri ini turut merasakan industri kreatif di negara kita sedang menghadapi satu gelombang yang tidak stabil. Justeru, daripada kerisauan itu, saya merasakan kita perlu ada usaha dalam melahirkan kandungan lebih segar yang datangnya daripada pemikir baharu.

Boleh Datuk jelaskan mengenai pemilihan Ahmad Idham dan sekolah filemnya, AIFA?

Selain tugas saya sebagai ahli politik, saya juga adalah seorang yang bergerak aktif dalam bidang hiburan. Menerusi Marhaen Productions, saya pernah melahirkan 1Malaysian Icon yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini. Perancangan mengenai #MyIndieFilem adalah pada tahun ini atau lebih tepat lagi selepas kejayaan menerbitkan program 1Malaysian Icon. Pemilihan Ahmad Idham adalah kerana dia mempunyai AIFA, dan saya sendiri ada syarikat produksi. Jadi, tidak salah sekiranya kami bekerjasama. Saya melihat sudah menjadi tanggungjawab kami bersama yang mempunyai pengalaman dan kenalan untuk memperbanyakkan lagi penglibatan generasi-generasi muda kita pada hari ini ke dalam industri perfileman tempatan. Kami yakin anak-anak muda kini punya kreativiti yang cukup hebat.

Syarat penyertaannya pula bagaimana?

Penyertaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur di bawah 40 tahun dan mendapat pendidikan formal dalam bidang kreatif. Mereka yang layak boleh menghantar penyertaan dalam bentuk sinopsis atau video pada laman sosial #MyIndieFilem di Facebook dan Instagram. Dalam tempoh sebulan ini, sekiranya ada sinopsis menarik dengan idea-idea yang segar, kami akan memilih dalam 10 ke 15 sinopsis tertakluk kepada penyertaan yang diterima dan kami akan membantu mereka menghasilkan filem. Insya-ALLAH, sekiranya pencarian itu berjaya, jika tiada aral melintang, tahun depan kami sudah boleh mengeluarkan filem daripada pengarah baharu. Kami membukakan ruang agar semua berpeluang untuk masuk ke industri ini terutamanya bagi mereka yang punya pendidikan formal dalam industri kreatif. Ini kerana, kami tahu, berapa kerat saja yang benar-benar tercapai cita-cita mereka seiring dengan kelayakan yang ada. Penentu peluang itu adalah melalui idea yang dihasilkan. Kami yakin dan cukup percaya peluang kreativiti ini tidak hanya di depan kamera tetapi ada yang di belakang kamera. Inilah masanya untuk kami mengasah bakat-bakat baharu di belakang kamera. #MyIndieFilem akan menjadi seperti sebuah 'bank' dalam mendapatkan sebanyak mana kreativiti. Selain itu, untuk sebarang maklumat atau pertanyaan, boleh menghubungi Meen Fadzil di talian 0137742007 atau Azwan Annuar di talian 0169957995.

Itu bermakna akan ada badan penilai?

Mengenai perkara itu, kami akan kemas kini dari semasa ke semasa. Buat masa ini, pra pelancaran ini adalah sebagai langkah permulaan #MyIndieFilem dalam mencari idea segar dan dinamik sebelum menuju pelancaran rasminya pada Disember nanti.

Agak terkejut melihat pembabitan Datuk dalam industri hiburan. Bagaimana Datuk melihat situasi ini?

Terus-terang, situasi pengundi saya juga mula mengalami perubahan. Saya tidak boleh berkomunikasi seperti dulu kerana platformnya telah berubah. Hiburan adalah satu kompetensi dan cara terbaik dalam berkomunikasi adalah hiburan. Saya percaya dengan semangat nasionalisme. Kenapa kita perlu terikut-ikut dengan muzik budaya luar. Sepatutnya, kita berbangga sebab jadi anak Malaysia. Mungkin ini sumbangan dari saya untuk generasi muda. Kita tidak boleh anggap hiburan itu sesuatu yang tidak baik dan saya percaya generasi muda sentiasa dekat dengan hiburan.

Harapan terhadap #MyIndieFilem?

Golongan belia masa kini seharusnya menjadikan #MyIndieFilem sebagai platform pertama untuk bergelar pengarah. Tujuan kami adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada golongan belia terutamanya mereka yang sememangnya belajar dalam industri kreatif hari ini dalam menggembleng idea bagi mengeluarkan kandungan yang segar sekali gus dapat dipertontonkan ke layar perak. Pada masa sama, ini adalah laluan bagi bakat-bakat asli dalam melahirkan produk yang bermutu.

http://www.**************/2014/11/myi...h-dimensi.html
__________________
[SIZE="3"][b][CENTER]
[URL="http://goo.gl/lyU5tA"]Kupon bonus instaforex USD100 + signal forex percuma[/URL]
[URL="http://goo.gl/5tcbte"][COLOR="Red"]Rahsia Buat duit USD100 hanya 15 Minit Sehari semudah 1..2..3 dengan Binary Option<<Klik Sini[/COLOR][/URL][/SIZE][/CENTER][/B]
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 11-11-2014, 05:15 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 136,444
Active Level
My Mood:
Default

lama xnmpk azalina ni
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump