Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 16-09-2018, 08:05 PM
Xploit Machine Xploit Machine is offline
Active Plus

Xploit Machine's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2012
Location: West Malaysia
Posts: 3,219
Likes (Received): 955
Active Level
Post Dua (2) Parah Ditetak Sindiket Dadah

15.09.2018 - Sungai Petani, Dua lelaki parah ditetak ahli sindiket dadah yang mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap yang dikenali Geng 36 di Jalan Sejati di sini pada Khamis lalu.

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 24 dan 38 tahun didatangi tiga lelaki sebelum menyerang dan menetak mereka dipercayai berpunca daripada berselisih faham berkaitan dadah.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian itu berlaku ketika kedua-dua mangsa itu sedang berbual dengan dua lagi rakannya di simpang jalan.

Menurutnya, sebelum itu, sebuah kereta Perodua Myvi warna perak dinaiki tiga lelaki bertopeng dipercayai Geng 36 berhenti di tempat mangsa berbual sebelum menetak mereka dengan parang.

Katanya, kedua-dua mangsa cedera di tangan, badan dan pinggang manakala dua lagi rakan mangsa berjaya melarikan diri.

"Siasatan awal, punca kejadian dipercayai ingin membalas dendam selepas mangsa tidak mahu bekerja semula dengan sindiket dadah itu," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini petang ini.

Mior Faridalathrash memberitahu, salah seorang mangsa tetak itu baru selesai menjalani hukuman penjara bagi kes Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) pada 22 Jun lalu selepas ditahan pada tahun 2015.

"Mereka bertindak sedemikian selepas mangsa dikatakan enggan menerima arahan untuk bekerja semula sebagai 'runner' mengedar dadah," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera itu kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.







Berita asal http://www.kosmo.com.my/negara/dua-l...ng-36-1.748089
__________________
"Genius Is One Percent Inspiration, Ninety-Nine Percent Perspiration" - Thomas Alva Edison
"Knowing Is Not Enough, We Must Apply. Willing Is Not Enough, We Must Do" - Bruce Lee
Reply With Quote
Likes oldtbone, cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 16-09-2018, 10:53 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 32,633
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 3123
Active Level
My Mood:
Default

banyak benda bahaya transpired dari gangsterism ni
Reply With Quote
  #3  
Old 17-09-2018, 02:20 AM
pemanah2016 pemanah2016 is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2016
Posts: 567
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 82
Active Level
Default

Tembak je geng geng ganster nie
Menyusahkan org shj
Xnak ikut undang undang
Mcm negara mak ayah dia shj
Reply With Quote
  #4  
Old 17-09-2018, 05:39 AM
zauha4 zauha4 is offline
Newbie

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2018
Posts: 24
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
Default

dah macam di negara india....
Reply With Quote
  #5  
Old 17-09-2018, 07:47 AM
keraskhejong keraskhejong is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2015
Posts: 523
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 18
Active Level
My Mood:
Default

kurus kering mcm tu pn nak tetak
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump