Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 16-09-2018, 08:10 PM
oldtbone oldtbone is online now
Legendary Member

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 11,750
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 2382
Active Level
My Mood:
Default Seorang maut, dua cedera nahas kereta dengan treler


KEADAAN Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 6.4 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dari USJ menghala ke Shah Alam, pagi tadi.







KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi dan treler di Kilometer (KM) 6.4 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dari USJ menghala ke Shah Alam, dekat sini, pagi tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 7.30 pagi, pemandu Perodua Myvi, Fauzi Mustafa, 35, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpangnya, Mohd Hasnan Mohd Ali, 57, patah tangan kanan.

Bagaimanapun, pemandu treler terbabit, Mazle Mahad, 33, hanya cedera ringan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata kemalangan berlaku apabila treler berkenaan yang menuju ke arah USJ, dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.

Beliau berkata, sebaik memasuki laluan bertentangan, treler itu dikatakan merempuh sisi kanan Perodua Myvi terbabit sebelum melanggar sebatang pokok di bahu jalan.

“Pemandu Perodua Myvi maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala, manakala penumpangnya patah tangan kanan dan pemandu treler pula cedera ringan di bahagian kaki,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azman berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam, sementara dua lagi yang cedera dihantar mendapatkan rawatan di hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Saksi kejadian itu diharap dapat menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya atau mana-mana balai polis berdekatan ,” katanya.








sumber: https://www.bharian.com.my/berita/ke...reler#cxrecs_s






.
Reply With Quote
Paid Advertisement
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump