Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Sports > Soccer > Sports Talk : Soccer (Locals)

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #9281  
Old 18-01-2018, 04:14 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 131,911
Active Level
My Mood:
Default

LIMA HARI LAGI MENJELANG PERLAWANAN PUSINGAN KELAYAKAN KEDUA LIGA JUARA-JUARA AFC

Lima hari sahaja lagi menjelang pusingan kelayakan kedua Liga Juara-Juara AFC (ACL) yang bakal menyaksikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berhadapan dengan Muangthong United. Sudahkah anda bersedia? Teruskan memberi sokongan tidak berbelah bahagi anda kepada pasukan. Luaskan Kuasamu Johor.

Reply With Quote
Paid Advertisement
  #9282  
Old 18-01-2018, 10:45 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 131,911
Active Level
My Mood:
Default

MAJLIS MAKAN MALAM DAN PELANCARAN APLIKASI MUDAH ALIH ‘FANSKICK’

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat hadir ke Majlis Makan Malam dan Pelancaran Aplikasi Mudah Alih ‘Fanskick’ pada 18 Januari 2018 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru.

Aplikasi yang dibangunkan dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia dan FMLLP tersebut akan mempunyai banyak maklumat, kredibiliti dan khidmat sokongan yang diperlukan untuk penyokong bola sepak tanah air. Ia juga akan menjadi platform yang kuat untuk pasukan dan pemain.

Pada masa yang sama majlis ini telah menerima pengiktirafan daripada Malaysian Book of Record kerana berjaya mengumpulkan sebanyak 24 pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia dalam satu majlis. Allah Peliharakan Sultan.






Reply With Quote
  #9283  
Old 18-01-2018, 10:50 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 131,911
Active Level
My Mood:
Default

SESI LATIHAN PASUKAN JOHOR DARUL TA'ZIM | 18HB JANUARI 2018

Berikut adalah himpunan gambar-gambar yang telah dirakamkan sewaktu sesi latihan pasukan Johor Darul Ta'zim di Pusat Latihan Padang Seri Gelam. Luaskan Kuasamu Johor.




Reply With Quote
  #9284  
Old 18-01-2018, 11:44 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 131,911
Active Level
My Mood:
Default

BAIHAKKI SUDAH KELIHATAN DI SESI LATIHAN HARI INI.

Namun difahamkan Baihakki perlu bersaing hebat jika mahu merebut kesebelasan utama. Bukan sahaja dari pemain import, malah persaingan dari pemain-pemain tempatan Thailand untuk posisi beliau itu. Ini kerana saingan dari pemain-pemain tempatan dalam skuad Muangthong United juga PADU-PADU belaka.


Reply With Quote
  #9285  
Old 19-01-2018, 09:58 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 131,911
Active Level
My Mood:
Default

4 HARI LAGI..

'THE BATTLE OF SOUTH EAST ASIA'

Reply With Quote
  #9286  
Old 20-01-2018, 02:09 AM
no trade no trade is online now
Super Active

no trade's Avatar
 
Trader Rating: (12)
Join Date: May 2008
Posts: 7,190
Thanks (Received): 11
Likes (Received): 78
Active Level
My Mood:
Default

Ada live tak nanti nie...
__________________
"Kita bangsa dan umat yang punya satu Tuhan, satu Nabi, satu Kitab, satu Qiblat; mengapa kita tidak boleh jadi satu bersatu dan berpadu menjadi Satu Umat."

Sedapnya Pelam Kocak
NyuMmmm
Reply With Quote
  #9287  
Old 21-01-2018, 12:25 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 131,911
Active Level
My Mood:
Default

Galeri Bola sepak Johor-Jepun dilancar



JOHOR BAHRU: Usaha untuk mengabadikan kejayaan Jepun layak ke pentas Piala Dunia Perancis 1998 menjadi kenyataan selepas Galeri Bolasepak Johor-Jepun di Stadium Larkin dibuka secara rasminya, petang tadi.


Perasmian galeri disempurnakan oleh Presiden Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan turut disaksikan oleh Duta Jepun ke Malaysia, Dr Miyagawa Makio, Pengarah Antarabangsa Persatuan Bolasepak Jepun (JFA), Maruyama Takato dan bekas pemain Jepun, Jo Shoji.

Tunku Aminah berkata, dengan pembukaan galeri yang diusahakan oleh Persatuan Persahabatan Johor dan Jepun (JJFA) bakal meningkatkan lagi hubungan terutama aspek pembangunan bola sepak membabitkan Johor dan Jepun .

"Sejarah sekali lagi tercipta di Johor yang mendapat pengiktirafan dari Jepun dengan pembukaan Galeri Bolasepak Johor-Jepun malah ia juga adalah sambutan 20 tahun kejayaan Jepun layak ke Piala Dunia 1998 di Perancis.

"20 tahun lalu, Stadium Larkin menjadi tuan rumah perlawanan antara Jepun dan Iran bagi kelayakan ke Piala Dunia. Paling menarik perlawanan itu disaksikan oleh lebih 10,000 penyokong Jepun yang menyaksikan perlawanan berkenaan.

"Kini Stadium Larkin sudah menjadi tuan rumah kepada skuad JDT bagi mengharungi saingan Piala AFC dan menjadi platform terbaik untuk mendapat pengiktirafan di rantau Asia Tenggara dan seluruh dunia," kata Tunku Aminah.

Usaha untuk mewujudkan galeri berkenaan mendapat perkenan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan ia juga mengeratkan lagi hubungan antara Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) untuk bekerjasama dengan JFA dalam program pembangunan bola sepak.

Galeri seluas 120 meter persegi berkonsepkan 'From Larkin to the world' dan turut menggunakan konsep Samurai Biru dan warna rasmi skuad Harimau Selatan serta hiasan dalaman konsep laut sebagai simbolik hubungan rapat antara Johor dan Jepun.

Pengasas JJFA, Koichi Hiroi yang bertanggung jawab untuk mewujudkan galeri berkenaan turut mengadakan klinik bola sepak yang dikendalikan penjaring gol kemenangan yang membawa Jepun layak ke Piala Dunia Perancis iaitu, Shoji.

"Seramai 100 pelajar yang membabitkan 50 pelajar dari Jepun dikalangan pelajar sekolah antarabangsa dan 50 pelajar dari sekolah sekitar Johor Bahru dan dan Pasir Gudang menyertai klinik bola sepak berkenaan," kata Hiroi.


https://www.bharian.com.my/sukan/bol...jepun-dilancar
Reply With Quote
  #9288  
Old 21-01-2018, 12:27 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 131,911
Active Level
My Mood:
Default

VIDEO KIT KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM 2018 BAHAGIAN KEDUA BAKAL DIKONGSIKAN

Video gimik pelancaran kit terbaru musim 2018 Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bahagian kedua akan kami kongsikan bersama para penyokong pada 2hb Februari 2018 di laman rasmi JOHOR Southern Tigers.

Sebelum ini, video gimik pelancaran kit JDT musim 2018 bahagian pertama berjaya mencecah lebih 2.1 juta ‘reached’, 754 ribu ‘views’ dan 42 ribu ‘likes’ dalam masa 24 jam. Pastinya sambungan bahagian kedua ini amat dinantikan oleh para penyokong yang sedia maklum bahawa JDT sentiasa tampil selaku peneraju dan lain daripada yang lain. Luaskan Kuasamu Johor.

Reply With Quote
  #9289  
Old 21-01-2018, 12:29 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 131,911
Active Level
My Mood:
Default

SESI LATIHAN PASUKAN JOHOR DARUL TA'ZIM | 20HB JANUARI 2018

Berikut adalah himpunan gambar-gambar yang telah dirakamkan sewaktu sesi latihan pasukan Johor Darul Ta'zim di Pusat Latihan Padang Seri Gelam. Luaskan Kuasamu Johor.






Reply With Quote
  #9290  
Old 21-01-2018, 12:30 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 131,911
Active Level
My Mood:
Default

MENENTANG MUANGTHONG UNITED BAKAL MENJADI MEDAN UJIAN BUAT JDT DI PENTAS ASIA

Pertemuan dengan kelab dari Thailand, Muangthong United pada 23hb Januari 2018 turut memberi peluang kepada para pemain Johor Darul Ta’zim untuk menebus kekecewaan sebelum ini kepada kelab yang sama pada kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL) tahun 2016. Sudah pasti para pemain akan memberi aksi terbaik dan mahu mencipta sejarah untuk layak ke saingan peringkat kumpulan ACL 2018. Luaskan Kuasamu Johor.

Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump