Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Debate & Mature Discussion

Debate & Mature Discussion This section is not like "Santai" style. This is the place to debate things, as well as strike up a more mature conversation. Respect other people's opinions and do not flame nor troll. Immediate suspension will be imposed.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 19-03-2012, 09:37 AM
Pakteh KL Pakteh KL is offline
Regular

Pakteh KL's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2011
Location: Warung Makcik Salmah
Posts: 646
Thanks (Received): 48
Likes (Received): 2
Active Level
My Mood:
Default Tips Jimat Berbelanja

Ramai diantara kita merungut kekurangan duit untuk membeli atau membayar sesuatu, faktor utama yang menyebabkan berlakunya perkara seperti itu adalah disebabkan kita berbelanja melebihi kemampuan kita, contohnya kita mampu untuk beli kereta Proton Inspira tapi apabila dikaji balik kalau kita beli Myvi pun dah cukup, memang bersesuaian dengan keperluan kita dan duit lebihan dari perbandingan harga tersebut boleh dibelanjakan untuk tujuan lain, Di sini disebabkan kita minat akhirnya duit kita hanya cukup-cukup makan je dan apabila terjadinya sesuatu dan kita terdesak memerlukan duit mulalah tidak cukup dan berhutang. Di sini ada beberapa tips untuk mengawal perbelanjaan yang dapat kita kongsi bersama.

Masa Hadapan

Berbelanjalah kurang dari pendapatan bulanan kita, selebihnya eloklah disimpan untuk kegunaan masa hadapan. walaupun sedikit jumlah kita simpan, lama-lama akan banyak juga dan pada masa tu lah kita akan rasa puas dengan hasil simpanan kita selama ini.

Dibawah Kemampuan

Belilah barang yang kita benar-benar mampu untuk membayarnya, kalau boleh bayar secara tunai, tidaklah akan membebankan kita untuk memikirkan hutang bulanan yang harus dibayar, kalau terlambat bayar interest pun naik, kan dah menambahkan hutang.
Yang lebih elok walaupun kita mampu tapi kita berbelanjalah dibawah kemampuan kita.

Keperluan

Utamakan beli sesuatu berdasarkan keperluan bukannya kehendak contohnya dah ada handset Nokia N97 masih elok tapi nak tukar beli Samsung Galaxy disebabkan application yang lebih canggih, kan dah kira membazir, sebenarnya lama-lama akan bosan juga menggunakannya selepas tu tukar lagi.

Anggaran Perbelanjaan

Buatlah anggaran perbelanjaan kita secara bulanan maksudnya kira kesemua hutang kereta, rumah, bil-bil, nafkah, barang rumah dan lain-lain, selepas itu bakinya barulah kita belanjakan untuk barangan atau sesuatu perkara yang diperlu dijelaskan jikalau tiada apa-apa yang hendak dibelanjakan eloklah kita simpan walau bakinya lebih dari biasa kita simpan.

Elakkan Kad Kredit

Menggunakan kad kredit biarlah berpada-pada, kadang-kadang kita leka menggunakannya sehingga melebihi kemampuan kita berbelanja untuk bulan tersebut, kalau boleh tidak menggunakkan kad kredit, biasakan membawa wang tunai yang mencukupi untuk digunakan sahaja.

Berdoalah

Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya kita sentiasa dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari sebarang musibah seperti bebanan hutang atau kecelakaan yang mengakibatkan kerugian harta benda. Mudah-mudah Doa kita sentiasa dimakbulkan oleh Nya.

Harap kita dapat bersama mengawal perbelanjaan kita supaya tidak membebankan diri kita dan orang lain, Ingat jangan sampai kita diperhambakan dengan duit nanti buruk padahnya, Renung-renungkan dan selamat beramal...
Reply With Quote
Thanks mohdakid, rissa, alia_angel, kebabom, azie_fariza thanked for this post
Likes dapatduit, oso050 liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 16-07-2019, 08:33 PM
SmileAlways SmileAlways is offline
Super Active

SmileAlways's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2014
Posts: 9,026
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 368
Active Level
My Mood:
Default

rakyat Malaysia
__________________
Jangan tenggelam di dalam air yang jangkat
Reply With Quote
Likes dapatduit liked this post
  #3  
Old 16-07-2019, 09:01 PM
imatheonlyone imatheonlyone is offline
Legendary Member

 
Trader Rating: (20)
Join Date: Mar 2009
Posts: 12,238
Thanks (Received): 29
Likes (Received): 241
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by SmileAlways View Post
rakyat Malaysia
Kad kredit Bukan lah tabiat menghabis Kan Wang kalau tau tactic nak guna dia...

Malah Makin jimat lagi ada...grab Bukan lah satu tabiat menghabis Kan malah satu alternative untuk menjimat kan duit bagi sesetenggah org
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump