Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 12-08-2018, 10:32 PM
oldtbone oldtbone is offline
Legendary Member

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 11,307
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 2147
Active Level
My Mood:
Default Kisah pilu tujuh beradik hilang tempat bergantung


Abdullah (enam dari kiri) sempat mengadakan kunjungan ke kediaman tujuh beradik di Kampung Penibong, Pulau Bruit, Mukah, semalam. FOTO - Khalid Latip







BERAT mata memandang berat lagi bahu memikul. Begitu keperitan dilalui seorang gadis di Kampung Penibong di Pulau Bruit, Mukah apabila terpaksa mengambilalih tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas bapa mereka meninggal dunia, lima bulan lalu.

Nur Khattijah Abdullah, 18, berkata sejak pemergian bapanya, dia dan enam adiknya hilang tempat bergantung.

Lebih memeritkan katanya, ibu mereka berusia 38 tahun pula tidak pulang ke rumah sejak dua bulan lalu, dipercayai ke bandar untuk mencari pekerjaan.

“Saya dan adik-adik terpaksa mengharap belas ihsan orang kampung untuk mendapatkan sesuap nasi. Apa yang paling merisaukan apabila mengenangkan nasib adik bongsu, Safaruddin, 5, yang sering bertanyakan ibu,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Menurutnya, dia tidak lagi bersekolah selepas tamat Tingkatan Dua, namun kesemua enam adiknya yang lain masih meneruskan persekolahan seperti biasa.

Katanya, dia mengakui memang terlalu sukar untuk menjaga enam adiknya, apatah lagi tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.

Namun selaku anak sulung, dia menyedari tanggungjawab dan berjanji untuk menjaga adik-beradiknya sebaik mungkin.

“Ibu ke bandar dua bulan lalu. Dia cuma beritahu kami untuk bekerja. Namun sejak pergi meninggalkan kami, ibu tidak menghantar sebarang khabar berita. Memang sedih dan sukar diterima terutama adik -adik saya yang masih kecil.

“Selepas ayah meninggal dunia, kemudian ibu pula menghilangkan diri, makan minum kami hanya mengharapkan belas ihsan orang kampung. Pada waktu malam pula, kami juga terpaksa bergelap kerana rumah ini belum mendapat bekalan elektrik,” katanya.

Sementara itu, nasib malang tujuh beradik berkenaan mendapat perhatian Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat), Abdullah Saidol.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop meluangkan masa untuk menziarahi di rumah mereka di Kampung Penibong, semalam.

Beliau menghulurkan bantuan kewangan serta barangan keperluan harian dan dapur.

“Kes ini sudah dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut, namun saya sedikit kecewa apabila agensi berkaitan lewat membuat penyambungan bekalan elektrik ke rumah PPRT yang didiami oleh tujuh beradik ini.

“Justeru, saya meminta pemimpin Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) memantau kebajikan anak-anak itu yang masih bersekolah dan memaklumkan keperluan mereka sementara menunggu bantuan JKM,” katanya.








sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...-tujuh-beradik








.
Reply With Quote
Likes cek mek molek, TT liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 12-08-2018, 10:36 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 31,834
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 2874
Active Level
My Mood:
Default

kesian, muda muda lagi dah tanggung adik beradik sorang diri
semoga Allah permudah segala urusan adik beradik ni
Reply With Quote
  #3  
Old 12-08-2018, 10:47 PM
Niyang Niyang is offline
CG Top Poster Club

Niyang's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 38,387
Thanks (Received): 72
Likes (Received): 575
Active Level
My Mood:
Default

supergurl budak ni....
__________________
"Jika inginkan tempat di sisi Matahari, bersedialah utk terbakar"

"Kita memerlukan kegelapan untuk melihat Bintang"
Reply With Quote
  #4  
Old 12-08-2018, 10:58 PM
oldtbone oldtbone is offline
Legendary Member

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 11,307
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 2147
Active Level
My Mood:
Default

mcm mn pg bandar cari kerja dan biar je anak2 mcm tu... mungkin dia ada alasan sendiri..

harap nasib bebudak ni terbela dan dipermudahkan segala urusan.. kesian..
Reply With Quote
  #5  
Old 12-08-2018, 11:12 PM
dausbiz dausbiz is offline
CG Top Poster Club

dausbiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2015
Location: www.rahsiafirdaus.com
Posts: 43,468
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 1090
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Moga Allah Taala permudahkan aaamiinn
__________________


PERCUMA RAHSIA Kenikmatan SEKS SUAMI ISTERI
di www.rahsiafirdaus.com

Call/whatsapp/telegram 016-4650338
Reply With Quote
  #6  
Old 12-08-2018, 11:53 PM
safuans safuans is offline
Regular

safuans's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2009
Posts: 921
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 93
Active Level
Default

Dah berapa lama tak dapat bekalan elektrik?

Ops, lupa pulak. kalau beri elektrik percuma kat anak-anak miskin yang tak ada mak ayah, nanti tak dapat pula keuntungan beribu-ribu juta nanti.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump