Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #31  
Old 15-04-2019, 09:56 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 147,485
Active Level
My Mood:
Default

Tunjukkan kita miskin bahasa

KUALA LUMPUR – Penukaran nama baharu untuk Program Permata Negara (Permata) sepatutnya menggunakan Bahasa Melayu.


Pakar Bahasa Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim berkata, tidak sepatutnya penjenamaan semula program itu ditukar dengan nama bahasa Inggeris yang hanya menunjukkan kemiskinan bahasa semata-mata.

“Apa pula bahasa Inggeris… Kalau nak tukar atas sebab tertentu carilah bahasa Melayu yang lebih baik. Kenapa terlalu nak tonjol bahasa Inggeris.

“Carilah yang bahasa Melayu tulen kenapa nak tunjukkan kita miskin bahasa,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penjenamaan semula nama program Permata yang diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Genius, seperti yang diumum oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini.

Menurut Maszlee, keputusan itu dibuat agar program tersebut lebih berdaya saing.

Nik Safiah berpendirian, nama Permata begitu natural tanpa sedikitpun memberi gambaran kecederungan terhadap mana-mana pihak sehingga kerajaan perlu untuk menukarnya.

“Tidak ada buruknya pada nama Permata. Saya bertanya kenapa nak ubah sebab Permata, ia natural dan cantik,” menurut beliau.

Program Permata mula dilaksanakan pada 2007 turut merangkumi Permata Negara, Permata Seni, Perkasa Remaja dan Permata Kurnia yang memberi tumpuan terhadap usaha mendidik dan membimbing kanak-kanak pada peringkat awal sehingga remaja bagi mengembangkan potensi dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. – MalaysiaGazette

Reply With Quote
Paid Advertisement
  #32  
Old 15-04-2019, 09:59 PM
Don Malaya Don Malaya is offline
CG Top Poster Club

Don Malaya's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: May 2011
Location: Full Time Trader
Posts: 27,018
Thanks (Received): 342
Likes (Received): 455
Active Level
My Mood:
Default

rosmah yg difitnah konon nye makan duit rakyat..inilah hasil nye..permata yg konon nya dulu tak bagus..kini nampak hasil..

terbukti pemikiran rosmah setanding dgn kelulusan beliau..
__________________

Institution Forex Indicator
Real.Informed.Transparent
Reply With Quote
  #33  
Old 16-04-2019, 09:31 AM
Laici Laici is offline
Active Plus

Laici's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2014
Posts: 4,713
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 425
Active Level
Default

ni betul, yg mana ok, takde pengaruh politik..teruskan jer penjenamaan tu...

macam PERMATA...teruskan jer..ini nak GENIUS bagai....menteri pelajaran tapi tak memartabatkan bahasa melayu..

sama macam SL1M...tetiba jadi PROTEGE..

kebanyakkan penjenamaan semula jer..benda masih sama..
Reply With Quote
  #34  
Old 16-04-2019, 09:43 AM
GeeKaDoY GeeKaDoY is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2008
Posts: 413
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 22
Active Level
My Mood:
Default

lawan nak menghapuskan legacy ja kerja depa... apajadah...
cuba la pikir menambahbaikkan...
Reply With Quote
  #35  
Old 16-04-2019, 10:03 AM
valentinik valentinik is offline
Active Member

valentinik's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2011
Posts: 2,149
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 141
Active Level
Default

Jadi menteri sekadar nak meninggalkan 'jasa',kasut hitam la genius la,kalau sampai situ je tahap pemikiran elok la bagi org lain jadi menteri..

Last edited by valentinik; 16-04-2019 at 10:05 AM..
Reply With Quote
  #36  
Old 16-04-2019, 12:49 PM
Ms Senorita Ms Senorita is offline
CG Journalist

Ms Senorita's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2014
Posts: 617
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 258
Active Level
My Mood:
Default

Permata atau Genius kena teruskan, Syafinaz mahu Malaysia raih manfaat



KUALA LUMPUR, 16 April — Genap 10 tahun mencurah ilmu dalam Program Permata Negara (Permata), Datuk Syafinaz Selamat berharap ia akan diteruskan.

Syafinaz, 46, berkata Malaysia akan menanggung rugi jika Permata dihentikan selepas mendapat maklum balas baik banyak pihak.

“Kalau ia dihentikan, merugikan Malaysia sendiri kerana anak-anak dididik menjadi sebaik mungkin yang mereka boleh.

“Namun mereka [kerajaan] suka sebab Permata ada banyak cabang. Permata program yang sangat baik. Harapan saya Permata akan berjalan seperti biasa.

“Saya bergaul bukan dengan pelajar sahaja tetapi ibu bapa mereka yang berterima kasih kerana anak mereka cemerlang dalam bidang yang mereka pilih,” katanya.

Semalam, menteri pendidikan memaklumkan Kabinet mahu menjenamakan semula Permata kepada Genius supaya lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi.

Maszlee Malik berkata walau fungsi dan peranannya sama namun ada beberapa program akan dipertingkatkan dari segi kualiti.

Dalam perkembangan lain, Syafinaz berharap 2019 memberinya peluang untuk kembali semula bergelar penyanyi.

Katanya, walau pernah popular dengan beberapa buah lagu sebelum ini tetapi generasi muda lebih mengenalinya sebagai pensyarah dan juri.

“Saya sudah peruntukkan tahun ini untuk beri perhatian kepada diri sendiri sebab sebelum ini masa saya banyak untuk orang lain seperti pelajar dan projek.

“Saya rasa saya sudah ketepikan diri saya terlalu lama. Ramai yang tahu saya menyanyi tetapi generasi muda kenal saya sebagai juri dan pensyarah.

“Jadi saya mahu kembali semula,” kata pensyarah di Universiti Teknologi Mara dan Akademi Seni Kebangsaan (Aswara).

Syafinaz berkata walau lelah berada dalam dunia pendidikan namun keinginan mendidik anak bangsa akan tetap diteruskan.

Katanya, permulaan hari baru memberi semangat dan melupakan keinginan semalam yang mahu berhenti daripada berjuang.

“Saya tidak boleh kata tiada masa yang saya pernah kata penat untuk berhenti. Masa itu ada. Banyak kali.

“Selalu rasa penat kerana banyak bekerja untuk orang tetapi pada pagi esoknya, saya akan rasa semangat semula. Saya rasa itulah sifat seorang guru.

“Kami selalu rasa tertekan, penat dan tidak dihargai orang. Saya pun berasa kecewa tetapi bila bangun tidur keesokannya, saya mahu meneruskannya lagi.

“Semua cikgu ada perasaan begitu dan itulah cikgu,” katanya.

Sumber : MMO-Malaymail Online
Attached Thumbnails
Syafinaz_Selamat_1604.jpg  
Reply With Quote
  #37  
Old 16-04-2019, 12:52 PM
Penbiru Penbiru is offline
Legendary Member

Penbiru's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jan 2008
Posts: 16,914
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 799
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Laici View Post
ni betul, yg mana ok, takde pengaruh politik..teruskan jer penjenamaan tu...

macam PERMATA...teruskan jer..ini nak GENIUS bagai....menteri pelajaran tapi tak memartabatkan bahasa melayu..

sama macam SL1M...tetiba jadi PROTEGE..

kebanyakkan penjenamaan semula jer..benda masih sama..
kena jerkah kat Timbalan agaknya..tu yg tukar tu..konon tukar nama..tak nak nampak apa yg BN buat WALAU PUN BAIK...dulu kutuk..sekarang terima pakai...MUKA LETAK kat mana?..tak tau malu sehhh
Reply With Quote
  #38  
Old 16-04-2019, 01:02 PM
faeyzul faeyzul is offline
Active Member

faeyzul's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2010
Posts: 1,220
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 58
Active Level
My Mood:
Default

kasi rebranding le sume, tukar nama saja. baru nmpk sndr punya padahal nama je lain
Reply With Quote
  #39  
Old 16-04-2019, 03:18 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 147,485
Active Level
My Mood:
Default

Buku 'Genius Yang Hilang' sindir Maszlee

KUALA LUMPUR, 16 April — Ekoran Program Permata Negara dijenamakan semula menjadi “Genius”, sebahagian warga maya menyindir menteri pendidikan.


Rata-ratanya tidak puas hati dan kesal kerana pertukaran itu disifatkan sebagai “perubahan kosmetik” sahaja, bahkan mereka berasa tindakan tersebut tidak perlu.

Mereka turut mempersoal Maszlee Malik sama ada pertukaran nama program hanya disebabkan ia dipelopori bekas isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Paling sinis, penterjemah Al-Mustaqeem Mahmod Radhi mengubah suai perkataan itu pada buku seni nafkah batin “Permata Yang Hilang” menjadi “Genius Yang Hilang”.

Berikut adalah luahan sebahagian pengguna Facebook dan Twitter:

Najib Razak: Genius! Pakar tukar nama geng PH ni.

Pyanhabib Rahman: Dari permata mereka namakan `genius'. Gua yang tidak genius ini terfikir kenapa tidak 'pintar' atau ya,`bestari'?

Eh, cadangan gua ini genius, pintar atau bestari? Ah, bahasa Melayu tidak ada nilai, bangang, serabut, lintang-pukang, tidak pergi 'internasional'.

Syed Husin Ali: Menteri PH asyik tukar nama bukan isi. Kenapa guna nama BI (bahasa Inggeris) Genius pula bukan nama BM (bahasa Melayu) Geliga? Susahlaaah!

Haizan Azmi: Penjenamaan semula Permata = Genius. Tidak cerdik mana. Tolong kreatif lebih sikit.

Wan Mardhi: Benda boleh rebranding, buat apa tukar kerajaan.

Muhammad Najib: Jadi rasanya nama Permata ni tak ada cacat cela yang mewajibkan tukar nama. Sebab itu aku tak berapa faham kenapa Permata nak tukar jadi Genius?

Nazaruddin Mohamad: #PPA1M tukar jadi #PPAM; #Permata tukar jadi #Genius. Memang hebat dan genius kepala otak pemimpin kerajaan PH ni.

Sharul Roul Bashar: Laa, setakat ni saja ka level Menteri #PakatanHarapan? semua benda main rebadge ala2 #KeretaNasional aje gayanya...

Md Share Abd Ghani: Tengok saya bungkus buku gunakan 'goodybag' untuk kiriman melalui pos laju (yang menunjukkan gambar).

#GENIUS tak saya? Kalau masa kecik dulu mak masukkan saya dalam program #PERMATA, mesti sekarang saya dah jadi menteri kecerdikan

Puteri Fdarv: #Genius ini sifat, sebaik- baiknya kekalkan nama Permata kerana agenda adalah sama iaitu mencungkil potensi bakat kanak kanak yang mana hasilnya menjurus kepada Genius.

Isyraffazly: Assalamualaikum YBM Dr Maszlee. Boleh saya tahu kenapa YBM tukar nama Permata kepada Genius? Apa kesannya jika dikekalkan? Apa pulak kepentingan untuk menukar? Mohon respon. Terima kasih. - MMO

Reply With Quote
  #40  
Old 16-04-2019, 03:23 PM
Ms Senorita Ms Senorita is offline
CG Journalist

Ms Senorita's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2014
Posts: 617
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 258
Active Level
My Mood:
Default

Maszlee disindir isu tukar nama Permata, 'Genius Yang Hilang'



KUALA LUMPUR, 16 April — Ekoran Program Permata Negara dijenamakan semula menjadi “Genius”, sebahagian warga maya menyindir menteri pendidikan.

Rata-ratanya tidak puas hati dan kesal kerana pertukaran itu disifatkan sebagai “perubahan kosmetik” sahaja, bahkan mereka berasa tindakan tersebut tidak perlu.

Mereka turut mempersoal Maszlee Malik sama ada pertukaran nama program hanya disebabkan ia dipelopori bekas isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Paling sinis, penterjemah Al-Mustaqeem Mahmod Radhi mengubah suai perkataan itu pada buku seni nafkah batin “Permata Yang Hilang” menjadi “Genius Yang Hilang”.



Berikut adalah luahan sebahagian pengguna Facebook dan Twitter:

Najib Razak: Genius! Pakar tukar nama geng PH ni.

Pyanhabib Rahman: Dari permata mereka namakan `genius'. Gua yang tidak genius ini terfikir kenapa tidak 'pintar' atau ya,`bestari'?

Eh, cadangan gua ini genius, pintar atau bestari? Ah, bahasa Melayu tidak ada nilai, bangang, serabut, lintang-pukang, tidak pergi 'internasional'.

Syed Husin Ali: Menteri PH asyik tukar nama bukan isi. Kenapa guna nama BI (bahasa Inggeris) Genius pula bukan nama BM (bahasa Melayu) Geliga? Susahlaaah!

Haizan Azmi: Penjenamaan semula Permata = Genius. Tidak cerdik mana. Tolong kreatif lebih sikit.

Wan Mardhi: Benda boleh rebranding, buat apa tukar kerajaan.

Muhammad Najib: Jadi rasanya nama Permata ni tak ada cacat cela yang mewajibkan tukar nama. Sebab itu aku tak berapa faham kenapa Permata nak tukar jadi Genius?

Nazaruddin Mohamad: #PPA1M tukar jadi #PPAM; #Permata tukar jadi #Genius. Memang hebat dan genius kepala otak pemimpin kerajaan PH ni.

Sharul Roul Bashar: Laa, setakat ni saja ka level Menteri #PakatanHarapan? semua benda main rebadge ala2 #KeretaNasional aje gayanya...

Md Share Abd Ghani: Tengok saya bungkus buku gunakan 'goodybag' untuk kiriman melalui pos laju (yang menunjukkan gambar).

#GENIUS tak saya? Kalau masa kecik dulu mak masukkan saya dalam program #PERMATA, mesti sekarang saya dah jadi menteri kecerdikan

Puteri Fdarv: #Genius ini sifat, sebaik- baiknya kekalkan nama Permata kerana agenda adalah sama iaitu mencungkil potensi bakat kanak kanak yang mana hasilnya menjurus kepada Genius.

Isyraffazly: Assalamualaikum YBM Dr Maszlee. Boleh saya tahu kenapa YBM tukar nama Permata kepada Genius? Apa kesannya jika dikekalkan? Apa pulak kepentingan untuk menukar? Mohon respon. Terima kasih.


Sumber : MMO-Malaymailonline
Attached Thumbnails
maszlee_malik.JPG   genius yg hilang.jpg  
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump