Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > Investor, Business, Entrepreneur > Investor Discussion

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 16-04-2019, 10:47 AM
easicircle easicircle is offline
Regular

easicircle's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2014
Posts: 363
Thanks (Received): 59
Likes (Received): 22
Active Level
Default Tips Perjalanan: Ambil Kira Segala Kemungkinan

Kebanyakan individu gemar dan mampu untuk melancong namun tidak ramai yang sanggup untuk mengeluarkan sejumlah wang demi melindungi diri dan perjalanan semasa melancong. Masih ramai yang masih berkira-kira untuk melindungi diri dengan insurans perjalanan kerana merasakan selama mereka melancong tidak pernah berlaku perkara yang tidak diingini.

Ada juga dikalangan individu sering mengabaikan kepentingan insurans perjalanan. Ramai yang berpendapat jika melindungi diri dengan insurans perjalanan hanya akan menambahkan kos perjalanan.

Apapun sebagai individu yang kerap bercuti dan melakukan perjalanan jarak jauh terutama sekali ke luar negara. Pembelian insurans perjalanan amatlah perlu dan digalakkan demi memastikan perjalanan anda dilindungi daripada risiko tidak terduga.

Kemalangan atau sakit boleh berlaku pada bila-bila masa. Selain itu, kelewatan pesawat, kehilangan bagasi dan dokumen penting seperti passport juga antara risiko yang boleh berlaku sewaktu melancong. Jadi sudahkan anda bersedia dengan pelbagai musibah yang mungkin berlaku? Adakah persediaan kewangan anda sudah mencukupi untuk menampung segala kos rawatan di hospital sekiranya anda ditakdirkan terlibat dalam kemalangan atau jatuh sakit secara tiba-tiba.

Adakah anda sudah bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku ketika di luar negara? Anda sering merasa rugi untuk mengambil insurans perjalanan kerana setiap kali bercuti anda tidak pernah menggunakannya.

Ini adalah salah satu faktor yang membuatkan ramai masih merasakan tiada kepentingan untuk membeli insurans perjalanan. Apapun alasan anda, demi menjamin ketenangan minda adalah lebih baik jika anda mengutamakan perlindungan diri dengan melengkapkan diri dengan insurans perjalanan. Apa yang pasti malang tidak berbau.
Reply With Quote
Paid Advertisement
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump