Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > MAKE MONEY DISCUSSION > Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) > Stocks General Discussion

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #41  
Old 22-03-2019, 06:42 AM
Don Malaya Don Malaya is online now
CG Top Poster Club

Don Malaya's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: May 2011
Location: Full Time Trader
Posts: 26,861
Thanks (Received): 342
Likes (Received): 425
Active Level
My Mood:
Default

kenapa tak bergerak tread nie..biasenye aktif mcm tread ratip 90 juta pas..

kemane semua RBA PH ??? taknak ratib ekonomi malaysia ke??

tak pasal2 jatuh ekonomi semua...sebelum mengundi tu..gunakan akal..bukan persepsi..
__________________

Institution Forex Indicator
Real.Informed.Transparent
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #42  
Old 22-03-2019, 07:14 AM
Metamorfosis Metamorfosis is offline
Active Plus

Metamorfosis's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2013
Posts: 3,723
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 70
Active Level
Default

Petunjuk jelas kejatuhan ekonomi negara dibwh ph.
Reply With Quote
  #43  
Old 22-03-2019, 08:16 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,907
Active Level
My Mood:
Default

Najib Razak
15 mins

Selepas memberi gelaran "Sole Loser" kepada Malaysia minggu lepas, kini Bloomberg kata harapan untuk masa depan Bursa Saham kita tidak cerah.

Apa komen Menteri Kewayangan?

https://www.theedgemarkets.com/artic...e-stocks-loser

Reply With Quote
  #44  
Old 25-03-2019, 07:01 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,907
Active Level
My Mood:
Default

Bursa Malaysia jatuh 17.51 mata

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini dengan indeks penanda aras susut 1.05 peratus berikutan kekurangan pemangkin pasaran serta jualan berterusan membabitkan saham berkaitan pengguna.


Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 17.51 mata lebih rendah kepada 1,649.15 berbanding paras 1,666.66 sewaktu ditutup pada Jumaat lalu.

Indeks itu dibuka berkurangan 14.52 mata kepada 1,652.14 dan bergerak dalam lingkungan 1,648.06 dan 1,654.26 sepanjang dagangan hari ini.

Peniaga berkata, keadaan persekitaran luaran juga ternyata tidak membantu bursa tempatan itu berikutan peningkatan kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi global susulan pengumuman data pengilangan Amerika Syarikat (AS) yang lemah.

“Laporan menunjukkan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Amerika Syarikat susut ke paras terendah dalam tempoh 21 bulan pada Mac manakala PMI perkhidmatan pula mencecah paras terendah dalam tempoh dua bulan.

“PMI pembuatan itu jatuh kepada 52.5 daripada 53 pada Februari manakala PMI perkhidmatan berkurangan kepada 54.8 daripada 56,” katanya.

Di papan skor, sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 684 berbanding 191 manakala 335 kaunter kekal tidak berubah, 700 tidak didagangkan dan 40 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.78 bilion unit bernilai RM1.73 bilion berbanding 2.75 bilion unit bernilai RM2.13 bilion pada Jumaat lalu.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut enam sen kepada RM9.23, Tenaga merosot 12 sen kepada RM12.76, PBBank rugi 10 sen kepada RM23.76 manakala PChem dan IOI Corporation sebaliknya tidak berubah masing-masing pada RM9.03 dan RM4.49.

Bagi saham aktif, Bumi Armada untung satu sen kepada 19.5 sen, My E.G. Services turun enam sen kepada RM1.33 manakala Orion IXL merosot setengah sen kepada 21 sen.

Sementara itu, Sapura Energy dan PUC Bhd masing-masing tidak berubah pada 34.5 sen dan 9.5 sen.

Selain itu, Indeks FBM Emas kehilangan 119.66 mata kepada 11,563.51, FBMT 100 susut 117.06 mata kepada 11,420.13 manakala Indeks FBM Emas Syariah turun 104.07 mata kepada 11,651.08.

Indeks FBM Ace pula berkurangan 71.5 mata kepada 4,743.29, FBM 70 turun 127.68 mata kepada 14,124.86.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 179.99 mata kepada 16,994.78, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 1.41 mata kepada 167.6 manakala Indeks Perladangan berkurangan 6.51 mata kepada 7,186.34.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 1.93 bilion saham bernilai RM1.56 bilion berbanding 2.75 bilion saham bernilai RM2.13 bilion pada Jumaat.

Jumlah waran susut kepada 477.37 juta unit bernilai RM98.85 juta berbanding 508.99 juta unit bernilai RM97.46 juta.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 379.88 juta saham bernilai RM71.33 juta daripada 362.32 juta saham bernilai RM78.63 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 173.32 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (398.03 juta), pembinaan (120.53 juta), teknologi (141.78 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (44.5 juta), hartanah (82.25 juta), perladangan (17.18 juta), REIT (6.62 juta), dana tertutup (58,400), tenaga (834.56 juta), penjagaan kesihatan (21.67 juta), telekomunikasi dan media (32.13 juta) manakala utiliti (20.54 juta). -BERNAMA


https://www.bharian.com.my/bisnes/pa...usut-1751-mata
Reply With Quote
  #45  
Old 28-03-2019, 09:11 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,907
Active Level
My Mood:
Default

Najib Razak
40 mins

Pada akhir tahun 2018, sebanyak RM270 bilion nilai saham Malaysia sudah hilang apabila indeks Bursa Malaysia jatuh kepada 1690 mata pada 31 Disember 2018 selepas PH menang PRU14.

Malangnya sejak permulaan tahun 2019 sehingga petang tadi, indeks Bursa telah jatuh lagi kepada 1641 mata. Kita tetap berpegang dengan gelaran "sole loser" dalam Asia untuk tahun 2019 yang diberi oleh Bloomberg.

Semalam, BNM telah turunkan lagi unjuran pertumbuhan ekonomi kita untuk tahun ini dari 4.9% kepada 4.3% (Tahun 2017 bawah BN: 5.6%).

Hari ini, kita diberitahu juga bahawa unjuran pertumbuhan ekspot negara akan jatuh 50% kepada 3.4% berbanding 6.8% untuk tahun 2018 (tahun 2017 bawah BN: 18.9%).
https://www.theedgemarkets.com/artic...wth-halve-2019

Agak berapa ratus bilion Ringgit lagi dalam nilai saham yang Malaysia akan rugi apabila tiba ke hujung tahun 2019?

Ekonomi semakin turun. Keyakinan pelabur semakin merosot.

Tetapi keyakinan kerajaan PH untuk terus main wayang meningkat dan tak putus dengan propaganda.

Panggil kita ikat perut, berkorban untuk mereka, tanam buluh dan ganja sementara mereka main kipas KDK dan cari gaduh dengan seluruh dunia.

Reply With Quote
  #46  
Old 11-04-2019, 03:27 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,907
Active Level
My Mood:
Default

KLCI menjunam paras terendah dalam 3 tahun



KUALA LUMPUR 11 April - FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot sebanyak 0.69 peratus kepada paras terendah dalam tempoh tiga tahun pada sesi dagangan tengah hari ini.


Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI kehilangan 11.35 mata kepada 1,628.11.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 416, manakala 523 kaunter tidak berubah.


http://www.utusan.com.my/bisnes/ekon...tahun-1.880488
Reply With Quote
  #47  
Old 11-04-2019, 03:27 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,907
Active Level
My Mood:
Default

Najib Razak
1 hr

Bulan lepas, Bursa Saham jatuh ke tahap paling rendah sejak DUA tahun yang lepas.

Pgi ini, Bursa Saham terus jatuh lagi ke tahap paling rendah sejak TIGA tahun yang lepas.

Inilah yang Raykat mahu.

Kita tetap "sole loser" di Asia untuk tahun 2019.

https://www.theedgemarkets.com/artic...-level-3-years

Reply With Quote
  #48  
Old 11-04-2019, 03:43 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,907
Active Level
My Mood:
Default

Najib Razak
10 mins

Petang ini, harga saham Tenaga Nasional (TNB) terus jatuh ke RM11.98 iaitu tahap paling rendah sejak 3 tahun dahulu.

Harga TNB adalah setinggi RM16.24 sebelum PRU14, bermakna nilai syarikat TNB adalah sebanyak RM92.8 bilion.

Kini jatuh ke RM68.5 bilion, bermakna RM25 bilion telah lesap dari TNB selepas PH menang.

Sebelum tahun 2012, TNB sering mengalami kerugian dan harga saham mereka adalah di bawah RM5 bermakna nilai TNB adalah disekitar RM27.4 bilion sahaja masa itu.

Ini ialah kerana perjanjian pembelian dari syarikat janakuasa bebas (IPP) yang berat sebelah ketinggalan PM ke-4 untuk kroni-kroni.

Tetapi, kerajaan BN semasa saya menyelesaikan masalah legasi ini dengan pertolongan 1MDB.
https://www.facebook.com/najibrazak/...5694076510952/

Oleh itu, nilai TNB naik dari RM27.4 bilion kepada RM92.8 bilion sejak tahun 2012 (seperti dalam gambar).

Dividen yang dibayar oleh TNB juga tinggi dan ini memberi pulangan tahunan yang tinggi kepada Rakyat (dan juga Raykat yang sering maki saya) yang menabung dalam ASB, ASN, Tabung Haji, KWSP, KWAP dan sebagainya.

Petronas juga menerima manfaat yang besar kerana tidak perlu lagi menanggung subsidi berpuluh bilion Ringgit setiap tahun.

Kalau ikut perjanjian 20 tahun, sebanyak RM400 bilion telah diselamatkan kerana kita menyelesaikan perjanjian berat sebelah ketinggalan PM ke-4.

Oleh itu, rizab tunai Petronas naik dengan tinggi supaya PH boleh mula menjarah tahun lepas.

Kerajaan BN dahulu semasa saya PM telah berusaha untuk memberi yang terbaik untuk kroni-kroni kita iaitu Rakyat serta membina aset negara.

Tetapi kita difitnah dan dimaki selama bertahun-tahun pula kerana propaganda PH terlalu licik dan mereka tidak pernah malu untuk memfitnah.

Sebagai contoh, PH pernah sering menyerang kerajaan BN sebelum saya tentang isu IPP berat sebelah dan kroni.

Apabila, kita sudah menyelesaikannya, mereka tidak menyebut bahawa ini sudah diselesaikan oleh kerajaan BN dengan pertolongan 1MDB semasa saya PM.

Mereka cuma buat tak tahu dan tidak menyebut isu ini lagi.

Reply With Quote
  #49  
Old 14-04-2019, 03:44 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,907
Active Level
My Mood:
Default

Pelabur asing terus jual saham tempatan



KUALA LUMPUR: Malaysia terus mencatatkan jualan bersih asing bagi tiga minggu berturut-turut apabila pelabur mengalihkan peruntukan aset mereka kepada aset selamat seperti bon dan pasaran wang.


Ini disebabkan oleh senario lembap dalam pasaran global yang membawa impak yang lebih besar berbanding faktor dalaman.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia. Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid. berkata jualan bersih semasa tempoh empat hari pertama minggu lalu berjumlah RM162.8 juta, susut daripada RM291.9 juta dalam tempoh yang sama minggu lalu.

“Pelabur runcit adalah pembeli utama di Bursa Malaysia sebanyak RM110.1 juta semasa tempoh 8 hingga 11 April, lantunan semula daripada jualan berjumlah RM11.3 juta daripada 1 hingga 4 April.

“Penyertaan institusi tempatan dalam saham tempatan berjumlah RM52.8 juta antara 8 hingga 11 April berbanding RM303.2 juta antara 1 hingga 4 April,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, aliran keluar mungkin akan berlaku dalam tempoh terdekat ini tetapi pencetus utama adalah perkembangan luaran seperti keputusan negatif Brexit, pendekatan kadar faedah rendah dalam kalangan bank pusat utama serta semakan semula menurun pertumbuhan global oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Biasanya, semasa tempoh berkenaan, pelabur akan sangat defensif, membawa kepada permintaan tinggi terhadap sekuriti selamat seperti instrumen pendapatan tetap," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Philip Capital Management, Datuk Dr Nazri Khan, berkata penurunan nilai jualan bersih bagi asas minggu-ke-minggu, disokong oleh faktor-faktor tempatan termasuk harga komoditi yang lebih baik, penstabilan ringgit dan jangkaan keluaran dalam negara kasar yang lebih baik bagi suku kedua tahun ini.

Beliau berkata, setakat ini bagi tahun ini, dana asing menjual RM1.8 bilion bersih ekuiti tempatan.

“Melihat kepada kesannya ke atas Bursa Malaysia yang dijangka menyaksikan lantunan semula teknikal minggu depan, dijangkakan bahawa akan ada belian dana asing bersih sebanyak lima peratus didorong oleh peningkatan harga komoditi serta mengekalkan kadar faedah,’’ katanya kepada Bernama.

Bagi pergerakan ringgit pada minggu lalu, data mengecewakan Indeks Pengeluaran Perindustrian Februari 2019, yang tumbuh hanya 1.7 peratus tahun ke tahun, serta semakan menurun unjuran pertumbuhan global oleh IMF telah menyebabkan ringgit mencatatkan paras terendahnya dalam tempoh 10 minggu pada 4.1120 berbanding dolar AS.

Bagaimanapun, penganalisis kewangan yang enggan namanya disebut berkata berita penyambungan semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri akan memberi rangsangan kepada ringgit.

Di dalam negara, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi membentang Kertas Putih Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Fleda) di Parlimen pada Rabu dan mendedahkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan RM6.23 bilion untuk menyelamatkan Felda menerusi geran, pinjaman dan jaminan kerajaan.

Sementara itu, saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) turun 52 sen kepada RM12.06 pada sesi penutup Khamis selepas Khazanah Nasional Bhd dilaporkan menjual 85 juta saham syarikat utiliti tersebut pada harga RM12.33 sesaham.

Jualan itu menghapuskan RM2.5 bilion daripada permodalan pasaran gergasi utiliti itu, mengurangkan saiznya kepada RM69.03 bilion.

Susulan penjualan itu, Khazanah kekal sebagai pemegang saham terbesar dengan margin yang luas dalam TNB.


https://www.bharian.com.my/bisnes/la...saham-tempatan
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump