Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Sports > Soccer > Sports Talk : Soccer (Locals)

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #19941  
Old Today, 11:39 AM
QIPIDELANA QIPIDELANA is offline
Super Active

QIPIDELANA's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2012
Location: JOHOR BAHRU ..KEY ELL
Posts: 7,262
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 95
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Tgk game smalam stadium kosong,camnela agaknya kalau stadium baru nanti.
__________________
LUASKAN KUASAMU
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #19942  
Old Today, 11:42 AM
John Nawi John Nawi is offline
Active Plus

John Nawi's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2012
Posts: 4,768
Thanks (Received): 6
Likes (Received): 90
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by janggut_X View Post
dah ada ke belum #moraout ni?
#morastay
Reply With Quote
  #19943  
Old Today, 11:54 AM
QIPIDELANA QIPIDELANA is offline
Super Active

QIPIDELANA's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2012
Location: JOHOR BAHRU ..KEY ELL
Posts: 7,262
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 95
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Tgu statement dr figo ni,apa dia nak ckp.
__________________
LUASKAN KUASAMU
Reply With Quote
  #19944  
Old Today, 01:36 PM
giler_gadget giler_gadget is offline
Super Active

giler_gadget's Avatar
 
Trader Rating: (50)
Join Date: May 2011
Posts: 5,817
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 7
Active Level
My Mood:
Default

Rasa elok juga rekod ni dipecahkan oleh PJ City. Sebab PJ City ni xde rakyat.
Banding kalah dgn team yg berjuta rakyat, pedih ooo, mau sampai season depan dia gebang...
Reply With Quote
Likes TT liked this post
  #19945  
Old Today, 01:56 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 148,448
Active Level
My Mood:
Default

PERTUNJUKAN BUNGA API, PERSEMBAHAN LAMPU DAN KEJUTAN ISTIMEWA YANG SERBA CANGGIH SEMPENA SAMBUTAN KEJUARAAN JDT DI DATARAN

Para penyokong yang menghadiri sambutan kejuaraan Liga Super Malaysia kali keenam berturut-turut Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan kagum dengan pertunjukan bunga api serta persembahan serba canggih yang dapat disaksikan di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada 19 Julai.

Pertunjukan bunga api yang menakjubkan dan persembahan lampu, lebih hebat dan lebih baik daripada tahun-tahun terdahulu, akan menemani juara ‘double hat-trick’ manakala gimik KEJUTAN ISTIMEWA berkonsep elektronik akan menandakan satu lagi kejayaan kempen yang menyaksikan JDT meraih kejayaan ‘untouchable’ dalam liga Malaysia.

JDT akan menerima trofi Liga Super selepas perlawanan terakhir liga menentang Terengganu - perlawanan Liga Super Larkin yang terakhir sekali - sebelum berarak mengelilingi bandar bersama trofi dan meraikannya dengan para penyokong di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Antara acara-acara sambutan hebat di Dataran termasuk persembahan artis luar negara, artis-artis tempatan kelas A, hadiah cabutan bertuah, J6 Neon Fun Run, ‘football freestyler’ dan penyerahan ‘Malaysia Book of Records’. Karnival bermula dari jam 3.00 petang sehingga lewat tengah malam. Luaskan Kuasamu Johor.

Reply With Quote
  #19946  
Old Today, 02:53 PM
giler_gadget giler_gadget is offline
Super Active

giler_gadget's Avatar
 
Trader Rating: (50)
Join Date: May 2011
Posts: 5,817
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 7
Active Level
My Mood:
Default

Untouchable haha
Reply With Quote
  #19947  
Old Today, 03:11 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 148,448
Active Level
My Mood:
Default

Figueroa tak panik tewas pertama kali

JOHOR BAHRU: Walaupun misi mengekalkan rekod tanpa kalah pada musim ini menemui kegagalan, namun pengurus Johor Darul Ta'zim (JDT), Luciano Figueroa tidak panik sebaliknya masih mampu berbangga selepas pasukan itu berjaya merangkul kejuaraan Liga Super enam musim berturut-turut.

Figueroa mengakui agak kecewa dengan persembahan barisan pemain skuad Harimau Selatan yang terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 kepada Petaling Jaya City FC (PJ City FC) pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Apapun beliau enggan pemain JDT patah hati dengan kekalahan pertama itu sebaliknya mahu mereka berbangga dengan kejayaan selaku juara liga enam musim berturut-turut dan akan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dua musim berturut-turut yang merupakan pencapaian terbaik yang belum pernah dilakukan mana-mana pasukan pada kancah Liga Malaysia (Liga M).

"Kecewa tetap kecewa kerana kita tewas dalam perlawanan itu meskipun beraksi di laman sendiri. Apapun itu bukanlah titik noktah. Ia bagaikan amaran supaya kita tidak lagi leka dan harus mengekalkan momentum dengan aksi yang lebih konsisten.

"Kami turun dalam aksi itu bukan untuk tewas. Tapi itulah bola sepak ada ketika kita menang dan ada ketika kita tewas dan ia terjadi kepada kami. Perkara sudah berlalu dan saya tetap bangga dengan komitmen setiap pemain yang membawa kejayaan menjuarai liga enam musim berturut-turut.

"Saya tidak gemar dengan cara permainan yang dipamerkan pemain JDT apabila serba tidak menjadi. Kami kena bangkit dan perbaiki apa jua kesilapan kerana aksi terakhir menentang Terengganu, Jumaat ini amat penting kerana kami akan menjulang piala liga," katanya.

Figueroa juga menegaskan JDT tidak beraksi seperti yang sering ditampilkan menyaksikan PJ City FC mengambil kesempatan daripada kelonggaran itu untuk mencipta kemenangan menerusi gol tunggal perlawanan.

Tambahnya, corak permainan PJ City FC yang mengamal permainan bertahan apabila empat pemain di posisi tengah dan lima pemain mereka beraksi di pertahanan menyukarkan barisan serangan JDT melakukan gerakan berbahaya dan sering disekat anak didik K Devan.

Beliau juga tidak menafikan kelibat Safawi Rasid kurang menyerlah dalam perlawanan itu dan enggan menyalahkan pemain itu yang baru sahaja sihat daripada serangan wabak influenza malah menganggap ia bukan malam Safawi.

"Safawi tampak keletihan kerana dia baru pulih selepas kurang sihat baru-baru ini. Ia boleh berlaku bukan sahaja kepada Safawi tetapi pemain lain juga dan saya tahu dia sudah beri yang terbaik dan percaya dia akan bangkit dalam aksi menentang Terengganu, Jumaat ini," kata Figueroa.

Reply With Quote
  #19948  
Old Today, 03:12 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 148,448
Active Level
My Mood:
Default

Devan teruja tewaskan JDT

JOHOR BAHRU: Pengendali Petaling Jaya City FC (PJ City FC), K Devan jelas teruja dengan kesungguhan barisan pemain pasukan itu apabila muncul satu-satunya pasukan yang melebur rekod tanpa kalah Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas menang tipis 1-0 pada aksi Liga Super, malam tadi.

Devan berkata, walaupun menentang JDT yang memiliki reputasi tinggi tatkala sudah dinobatkan juara liga enam musim berturut-turut, itu bukan penghalang buat barisan pemain PJ City FC membuktikan sesuatu malah mereka berjaya mempamerkan corak permainan konsisten dan berdisiplin di padang.

Menurutnya, sepanjang 90 minit perlawanan apa yang dirancang berjaya diterjemah oleh setiap pemain yang berkerja keras mematikan setiap gerakan pemain JDT yang begitu lincah melakukan serangan malah tindakan menyekat posisi sayap kiri dan kanan JDT menyebabkan pasukan itu seolah-olah hilang ketajaman.

"Kami turun dengan satu misi iaitu mencari kemenangan dan perancangan itu berjaya. Saya kagum dengan barisan pemain PJ City FC yang memberi persembahan terbaik pada aksi itu malah mereka begitu berdisiplin dan komited dalam perlawanan itu.

"Walaupun kami bermain dengan corak bertahan namun beberapa peluang untuk menjaringkan gol mampu mengundang cemas benteng JDT dan usaha berterusan kami pada perlawanan itu akhir menghasilkan satu gol dan ia sudah mencukupi untuk mencipta kemenangan.

"Bagi saya ia merupakan mereka mempamerkan permainan berdisiplin apabila bertahan dan tidak kenal erti penat sebaliknya sentiasa beri tekanan kepada pasukan lawan yang jelas saya nampak serba tidak menjadi dan kesempatan itu kami guna untuk menjaringkan gol," katanya.

Devan juga berpuas hati dengan persembahan penjaga gol keduanya, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi walaupun beraksi dalam perlawanan kedua tetapi berjaya menghalang beberapa percubaan berbahaya penyerang JDT dan beliau juga mengangkat penjaga gol itu sebagai pemain terbaik pada perlawanan itu.

Malah beliau juga menyifatkan penampilan PJ City FC dalam kancah liga elit domestik bukan sekadar `penumpang' sebaliknya pasukan itu membuktikan betapa mereka mampu memberi saingan kepada pasukan yang dilabel elit.

"Apa yang dilakukan oleh pemain saya tatkala menang dalam perlawanan itu merupakan catatan sejarah buat pasukan itu kerana bukan mudah untuk menewaskan JDT yang berkelebihan beraksi di laman mereka sendiri.

"Aksi terakhir kami melayani kunjungan PKNP FC dan kemenangan ke atas JDT akan menyuntik lagi semangat setiap pemain bagi menamatkan saingan liga dengan kemenangan sebelum memulakan kempen Piala Malaysia nanti," kata Devan.

Reply With Quote
  #19949  
Old Today, 10:07 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 148,448
Active Level
My Mood:
Default

Giliran TFC mahu 'baham' JDT

KUALA TERENGGANU: Selepas PJ City, Terengganu FC (TFC) mahu menjadi pasukan kedua melakar kejutan menewaskan juara Liga Super musim ini, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi terakhir liga di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Jumaat ini.

Biarpun sedar tugas untuk mengaibkan skuad Harimau Selatan itu di gelanggang keramat mereka bukan mudah, tetapi dengan prestasi semasa TFC yang tidak tewas dalam empat perlawanan terakhir, skuad Penyu tampak sudah bersedia untuk merakam kemenangan pada perlawanan itu.

Tambah meyakinkan skuad kendalian penolong jurulatih, Mohamad Nik itu apabila rekod pertemuan dua pasukan itu musim ini berakhir dengan keputusan seri 2-2 pada aksi pusingan pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Februari lalu.

Selain itu, pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia musim lalu di Larkin, TFC berjaya mengikat JDT 2-2 dan mara ke final selepas menang dengan agregat 3-2.

Semalam, JDT dipalit kejutan apabila tewas 0-1 kepada pendatang baru Liga Super musim ini, Petaling Jaya City FC (PJ City) di depan penyokong mereka sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah dalam saingan liga musim ini.

Pertahanan kanan TFC yang juga bekas pemain Harimau Muda, Muhamad Hafizal Mohamad, berkata pasukannya ketika ini dilihat berada pada prestasi terbaik untuk melakar kejutan ke atas pasukan itu.

"Bukan tugas mudah buat kami untuk menumpaskan juara liga tetapi jika rakan sepasukan beraksi dengan baik sebagaimana empat perlawanan terakhir, kami mampu melakar kejutan seperti mana musim lalu ketika saingan separuh akhir Piala Malaysia.

"Selain itu, kemenangan ini juga penting buat kami untuk mengintai kedudukan yang lebih baik dalam liga selain mahu merakam kemenangan pada aksi terakhir liga walaupun bermain di tempat lawan," kata anak pengusaha tembaga itu yang mengakui teruja selepas mendapat peluang dan kepercayaan daripada barisan jurulatih TFC beraksi dalam pasukan itu.

Sebagai rekod, Hafizal baru dinaikkan 'pangkat' daripada pasukan Terengganu FC II (TFC II) sejak tiga perlawanan lalu.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump