Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #651  
Old 16-05-2019, 09:52 PM
DreamCatcher DreamCatcher is offline
CG Top Poster Club

DreamCatcher's Avatar
 
Trader Rating: (24)
Join Date: Jan 2008
Location: portalkini.com
Posts: 23,286
Thanks (Received): 420
Likes (Received): 388
Blog Entries: 3
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by cek mek molek View Post
Lokman Adam batal anjur Himpunan Sejuta Rakyat 15 Jun ini


16 Mei 2019


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – NGO Sekretariat Suara Rakyat UMNO membatalkan penganjuran Himpunan Sejuta Rakyat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan secara rasmi Malaysia dikeluarkan daripada senarai penandatangan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Pengerusinya, Datuk Lokman Noor Adam berkata, kejayaan besar menentang Statut Rom itu adalah hasil usaha banyak pihak khususnya Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendedahkan penipuan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, Majlis Raja-Raja, Panglima Angkatan TENTERA, empat orang pakar undang-undang yang telah menasihati Majlis Raja-Raja, parti-parti politik dan NGO-NGO.

“Tidak ketinggalan insan yang telah dicemuh hebat oleh Kerajaan PH kerana mendedahkan penipuan mereka iaitu Tunku Ismail di atas kejayaan besar membantah Statut Rom ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, PBB dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Malaysia telah dinyahsenarai sebagai penandatangan ratifikasi Statut Rom ICC.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu dibuat berdasarkan notis awal daripada Kementerian Luar Negeri.

Pemberitahuan yang diterima daripada Menteri Luar Negeri seperti berikut:

“…Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk menarik balik Instrument Of Instruction daripada Statut Rom ICC pada 5 April 2019.

“Oleh itu, Malaysia membatalkan semula surat penyertaannya dan penarikan ini akan berkuatkuasa serta merta.

Lokman juga menyifatkan kegagalan PH meratifikasi ICERD dan Statut Rom sebagai satu pengajaran kepada Kerajaan PH agar menghormati Perlembagaan Persekutuan.

“Semoga kegagalan PH meratifikasi ICERD dan Statut Rom memberikan pengajaran jelas kepada kerajaan yang didominasikan oleh DAP ini supaya menghormati Perlembagaan Negara dan Kontrak Sosial yang sudah kita persetujui puluhan tahun,” katanya.

Lokman turut memberi amaran dan tidk teragak-agak untuk mengadakan perhimpunan itu sekiranya Kerajaan PH berdegil untuk meneruskannya.

“Sungguhpun kami mengambil keputusan membatalkan Himpunan Sejuta Rakyat Membantah Statut Rom yang sepatutnya berlangsung 15 Jun 2019.

“Namun kami tidak akan teragak-agak mengadakan perhimpunan semula sekiranya PH mahu meneruskan keghairahan mereka melanggar Perlembagaan dan Kontrak Sosial,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/201...at-15-jun-ini/
uik kejap je pusing
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #652  
Old 16-05-2019, 10:23 PM
Mata_Pena Mata_Pena is offline
Active Plus

Mata_Pena's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2008
Posts: 3,406
Thanks (Received): 18
Likes (Received): 773
Active Level
Talking

Decision has been made.
Has told long time ago.
Malaysia wun sign.
No need create story/ issue for personal political gain.
Move on
__________________
berforum menyampaikan ilmu, dakta dan dakwah lebih bermanfaat dari membawang saje utk memuaskan hawa nafsu ego amarah syaitan
Reply With Quote
  #653  
Old 16-05-2019, 10:25 PM
BenVentures BenVentures is offline
Super Active

BenVentures's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2018
Posts: 8,712
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 537
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by Mata_Pena View Post
Decision has been made.
Has told long time ago.
Malaysia wun sign.
No need create story/ issue for personal political gain.
Move on
Reply With Quote
  #654  
Old 16-05-2019, 10:27 PM
BenVentures BenVentures is offline
Super Active

BenVentures's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2018
Posts: 8,712
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 537
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by Mata_Pena View Post
Decision has been made.
Has told long time ago.
Malaysia wun sign.
No need create story/ issue for personal political gain.
Move on
Malaysia still in the list. The retraction still pending. Tun M made a reckless decision to sign.
For me Rome Statute is just a toilet paper for Uncle Sam and Mother Russia
Reply With Quote
  #655  
Old 16-05-2019, 10:35 PM
BenVentures BenVentures is offline
Super Active

BenVentures's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2018
Posts: 8,712
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 537
Active Level
Default

Reply With Quote
  #656  
Old 16-05-2019, 10:53 PM
Mata_Pena Mata_Pena is offline
Active Plus

Mata_Pena's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2008
Posts: 3,406
Thanks (Received): 18
Likes (Received): 773
Active Level
Default

No sign
Stop whining its already done
__________________
berforum menyampaikan ilmu, dakta dan dakwah lebih bermanfaat dari membawang saje utk memuaskan hawa nafsu ego amarah syaitan

Last edited by Mata_Pena; 16-05-2019 at 11:57 PM..
Reply With Quote
  #657  
Old 16-05-2019, 11:59 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 148,671
Active Level
My Mood:
Default



.
Reply With Quote
  #658  
Old 17-05-2019, 04:36 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 44,005
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 5315
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

antara contoh berkenaan ICC oleh rakyat Malaysia

Jumaat, 17 Mei 2019 | 11:00am


GAMBAR fail, sidang media oleh Imam Besar Masjid Al - Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Saeed Sabri di Yayasan MyAqsa Putrajaya, tahun lalu. Turut kelihatan Duta Besar Palestin Ke Malaysia Walid Abu Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAQSA, Dr Noorazman Mohd Samsuddin (kanan). - Foto Abd Rahim Rahmat

MyAqsa teruskan inisiatif di ICC



Oleh Azril Mohd Amin


Pada 2 Mei lalu berlangsung sesi pertemuan penting antara delegasi Yayasan MyAqsa (MyAqsa) dengan wakil pelbagai bahagian di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda. Ini termasuk masing-masing wakil daripada Bahagian Sokongan Guaman, Kerjasama Antarabangsa dan Analisis Situasi, Pejabat Ketua Pendakwa Raya (OTP) ICC.

Sesi pertemuan itu diadakan sebagai susulan penghantaran nota komunikasi MyAqsa kepada OTP pada 17 Oktober 2018 mengenai desakan untuk mendakwa rejim Israel atas pelanggaran Resolusi 2334, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) yang diluluskan Disember 2016.

Resolusi 2334 adalah keputusan masyarakat dunia yang signifikan di dalam perjuangan membela nasib rakyat Palestin. Bagi Malaysia, resolusi itu melakar sejarah tersendiri apabila negara kita menjadi satu dari empat negara yang menaja, seterusnya berjaya memperoleh sokongan sebulat suara melalui undi 14-0 di UNSC.

Malah, buat pertama kalinya resolusi itu menyaksikan Amerika Syarikat (AS) mengambil sikap berkecuali, yang pada hakikatnya melakar sejarah unik dan tersendiri kerana belum pernah terjadi berhubung isu Israel. Resolusi itu secara ringkasnya mengisytiharkan tindakan Israel mewujudkan penempatan di wilayah Palestin, sebagai tindakan haram dan mencabul hak asasi manusia.

Delegasi MyAqsa mengutarakan dua hujah utama sebagai desakan terhadap wakil ICC itu. Pertama, MyAqsa berhujah bahawa ICC perlu menerokai langkah pemetaan lebih jelas bagi pastikan usaha pendakwaan terhadap Israel dapat dilakukan dengan cermat tetapi tidak memakan masa lama.

Fakta sejarah membuktikan bahawa negara Palestin membuat perisytiharan melalui Artikel 12(3) Statut Rom untuk menerima bidang kuasa ICC ke atas jenayah yang dilakukan di Wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Jerusalem Timur sejak Jun 2014. Pada Januari 2015, Palestin menyertai Statut Rom dengan menyerahkan instrumen kesertaan kepada Setiausaha Agung PBB.

Statut Rom berkuatkuasa buat negara itu bermula 1 April 2015. Selepas menerima rujukan atau pengisytiharan sah yang dibuat menurut Artikel 12(3) itu, pendakwa ICC mengikut peraturan 25(1) (c) peraturan OTP dan sebagai perkara dasar dan amalan, membuka penyiasatan awal mengenai situasi diadu Palestin.

Pada 16 Januari 2015, pendakwa mengumumkan pembukaan awal ke atas situasi di Palestin untuk menentukan sama ada kriteria Statut Rom untuk membuka penyiasatan dipenuhi, khususnya, di bawah Artikel 53(1) Statut Rom, pendakwa akan menimbangkan isu bidang kuasa, kebolehterimaan dan kepentingan keadilan dalam membuat penentuan itu.

ICC masih lembap, tak berani

Namun, selepas lebih empat tahun proses demikian berjalan, tidak banyak tindakan berkesan dilakukan ICC bagi memastikan penyiasatan dan pendakwaan dapat dizahirkan secara segera terhadap entiti pariah Israel.

Walaupun desakan demi desakan dilakukan, ICC masih kelihatan lembap dan tidak berani mengemukakan langkah drastik yang konsisten dengan bukti jelas daripada terlalu banyak sumber bahawa kekejaman dan pelanggaran hak asasi manusia berlaku tanpa henti-henti terhadap masyarakat awam Palestin.

Hal ini adalah hujahan kedua yang dinyatakan dengan jelas delegasi MyAqsa kepada ICC ketika memperincikan kandungan memorandum berkenaan Resolusi 2334 yang menjadi asas pada tindakan MyAqsa mendesak dakwaan terhadap Israel.

Malah, ternyata keprihatinan dan desakan MyAqsa bukan persepsi semata-mata, tetapi pendirian tegas yang turut dikongsi bersama pelbagai pertubuhan hak asasi manusia yang memperjuang nasib umat Islam Palestin.

Dalam keadaan tanah air Palestin yang semakin hari semakin mengecil kerana diceroboh serta dirampas Israel demi perluasan projek penempatan haramnya, ruang untuk rakyat negara itu mendapatkan keadilan nampaknya semakin sempit.

Atas keinsafan ini, maka inisiatif dilakukan MyAqsa adalah sebahagian usaha strategik tetapi diiltizamkan mempunyai impak besar terhadap usaha pembebasan Palestin melalui salah satu saluran kontemporari untuk mencapai maksud kemenangan itu.

Semua usaha itu perlu diiktiraf seadilnya menurut peranan dan kesan masing-masing terhadap usaha pembebasan Baitulmaqdis dan Palestin. Dalam konteks usaha MyAqsa, sikap bijaksana dan berprinsip umat Islam dalam menggunakan mekanisme hak asasi manusia, serta peranan kita dalam usaha menekan institusi ‘keadilan’ antarabangsa seperti Majlis Hak Asasi Manusia, PBB (UNHRC) dan ICC dapat dizahir.

Untuk mengatakan bahawa institusi terbabit 100 peratus perlu ditolak adalah suatu pendirian yang sukar diterima, melainkan semua 57 anggota negara OIC benar-benar kukuh bersatu, berkongsi pandangan alam Islam yang sama dan bermuafakat di dalam idea dan tindakan.

Tetapi dewasa ini hal itu tidak mungkin dicapai secara total, walaupun pada hakikatnya kita berkongsi panduan dan agenda akidah, syariat dan akhlak sama. Maka, menggunakan saluran kontemporari sedia ada adalah antara cara umat Islam mendapatkan keadilan.

Ini khususnya dalam konteks Palestin, apabila hak mereka dinafi dari segenap aspek, maka ICC adalah hanya satu saluran untuk menzahirkan kebenaran mengenai kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia yang sedang dihadapi mereka.

Maka sewajarnya usaha MyAqsa dan beberapa NGO lain yang sedang mendesak pendakwaan Israel di ICC terus diberi perhatian dan disokong. Hal ini demi menyerlahkan kebenaran kepada dunia mengenai penindasan dilakukan Israel yang masih belum mendapat pembalasan setimpal.

Penulis adalah Peguam dan Ketua Eksekutif, Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA)

https://www.bharian.com.my/rencana/k...isiatif-di-icc
__________________
Reply With Quote
  #659  
Old 17-05-2019, 04:42 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 44,005
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 5315
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

perkembangan sebelum ni berkenaan MyAqsa, Palestin-Israel, ICC


Quote:
Khamis, 18 Oktober 2018 | 10:40am


KETUA Pegawai Eksekutif MyAQSA, Dr Noorazman Mohd Samsuddin. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

MyAQSA fail tuntutan terhadap Israel di ICC


KUALA LUMPUR: Yayasan MyAQSA (MyAQSA) memfailkan surat tuntutan dan pendakwaan terhadap Israel kepada Mahkamah Jenayah Antrabangsa (ICC) secara formal dalam usaha mendapatkan keadilan dan menuntut hak rakyat Palestin dikembalikan semula dengan aman.

Ketua Pegawai Eksekutif MyAQSA, Dr Noorazman Mohd Samsuddin, berkata pihaknya yakin inisiatif itu akan menyatukan masyarakat sivil antarabangsa termasuk kepimpinan dunia yang cintakan keamanan dan keadilan.

“Gabungan usaha ini sudah tentu akan menekan Israel untuk mengembalikan hak kedaulatan Palestin atau mereka akan menghadapi kebangkitan seluruh dunia dalam menentang keganasan mereka.

“Kami juga menyeru kerajaan Malaysia untuk membantu usaha kerdil kami dalam menjayakan tuntutan ini dan menyediakan platform yang berkesan.

“Kami yakin dengan gabungan usaha di antara badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan tentu akan menghasilkan kekuatan dan kejayaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noorazman berkata, pelanggaran Resolusi 2334 oleh Rejim Zionis Israel adalah satu penghinaan kepada kewibawaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai badan keselamatan dunia dan Malaysia sebagai negara yang mengusulkan pengaktifan resolusi itu pada 23 Disember 2016 yang mendapat pengundian menyeluruh 14-0.

Beliau berkata, satu jenayah perang dan pencabulan undang-undang antarabangsa sedang dilakukan rejim Zionis Israel ke atas kedaulatan negara Palestin di kawasan Tebing Barat.

Katanya, kajian MyAQSA menunjukkan Israel sudah mencabuli sekurang-kurangnya 28 Resolusi Majlis Keselamatan, malangnya tiada tindakan yang jelas dan tegas dilakukan oleh mana-mana pihak yang berkuasa.

“Pelanggaran resolusi ini melibatkan ribuan rakyat Palestin teraniaya tanpa pembelaan yang sewajarnya.

“Jenayah Perang dengan jelas berlaku apabila Israel melakukan aktiviti jenayah seperti merampas tanah, meruntuhkan rumah, membinasakan ladang dan perkampungan serta menangkap rakyat Palestin secara haram di Tebing Barat, Palestin, yang mana kawasan ini diisytiharkan dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Antarabangsa (Universal Declaration of Human Right, UDHR) oleh Carta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Konvensyen Geneva yang ke 4 dan Majlis Keselamatan PBB (UN Security Council, UNSC), Resolusi 2334,” katanya.

Katanya, Resolusi 2334 menyatakan bahawa penempatan haram Israel di Wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, termasuk Baitulmaqdis Timur adalah satu pencerobohan yang tidak sah dan menyalahi undang-undang antarabangsa.

Jelas beliau, tindakan itu akan menjejaskan penyelesaian dua negara dan keamanan yang kekal antara Palestin dan Israel.

“Resolusi ini menghendaki Israel untuk menghentikan segera segala aktiviti haram di wilayah Palestin termasuk Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat.

“Pernyataan Resolusi 2334, di bawah Bab VII Piagam PBB, mengikat semua anggota PBB, termasuk Israel, merujuk kepada Konvensyen Geneva Keempat yang mana Israel menjadi pihak kepada, Perkara 49 yang melarang pemindahan massa mana-mana penduduk awam menduduki kuasa kepada mana-mana wilayah yang diduduki serta pengusiran mana-mana orang yang berasal dari wilayah yang berkenaan. Selanjutnya, seperti pemindahan jumlah kepada jenayah perang dalam arti Perkara 8 (2) (b) (viii) Statuta Rom.

“Pelbagai bukti konkrit didokumentasikan dengan baik di samping itu terdapat banyak laporan berita serta laporan komisen sama ada individu dan organisasi hak asasi manusia antarabangsa,” katanya.

Katanya, butiran mengenai tindakan jenayah perang dan keganasan Israel juga didokumentasikan malah boleh disaksikan dengan jelas dalam media sosial.

Menurutnya, perkara itu sudah tentu membentuk bukti yang kukuh berkenaan tindakan kuku besi Israel dalam jenayah “perang” melalui aktiviti haram pemindahan paksa penduduk secara tidak sah.

“MyAQSA yakin bahawa pelanggaran resolusi 2334 akan menimbulkan huru hara dan ketidakstabilan keselamatan bukan hanya di Asia Barat malahan ke seluruh dunia,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/na...-israel-di-icc
Quote:

Jumaat, 5 April 2019 | 11:00am


DESAK Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memulakan penyiasatan terhadap Israel kerana mencabul ketetapan resolusi 2334, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC). - Foto Hiasan

Pendakwaan Israel uji keadilan ICC



Oleh Azril Mohd Amin

PADA 17 Oktober 2018, sebuah organisasi masyarakat sivil (CSO) berpangkalan di Malaysia, Yayasan MyAqsa memulakan inisiatif untuk mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memulakan penyiasatan terhadap Israel kerana mencabul ketetapan resolusi 2334, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang diluluskan dengan undi 14-0 pada 23 Disember 2016. Amerika Syarikat mengambil sikap berkecuali.

Resolusi itu menjadi asas tindakan MyAqsa. Ini berdasarkan kemampuan ICC untuk menerima maklumat mengenai pelakuan jenayah melalui Perkara 15 Statut Rom khususnya Perkara 15 (1) yang membolehkan ICC memulakan siasatan proprio motu berdasarkan maklumat mengenai jenayah dalam bidang kuasa ICC.

Di peringkat antarabangsa, perkara 17 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat atau UDHR 1948 adalah berkaitan hak setiap orang untuk memiliki harta dan tiada siapa yang sewenang-wenangnya boleh dinafikan hak itu. Hak ini tidak dapat dipisahkan daripada sesiapa pun, termasuk rakyat Palestin, tetapi secara sengaja dicabuli Israel sejak 1948, terutama sekali sejak melakukan penyitaan dan pendudukan haram ke atas wilayah Palestin ketika Perang Enam Hari pada 1967.

Resolusi UNSC 2334 menyatakan bahawa penempatan Israel di wilayah yang diduduki sejak 1967, termasuk Baitulmuqaddis Timur, menyalahi undang-undang antarabangsa dan menjejaskan usaha penyelesaian dua negara dan keamanan yang kekal di antara Palestin dan Israel.

Resolusi itu secara khusus mensyaratkan Israel untuk segera menghentikan kegiatan penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur dan Tebing Barat.

Resolusi UNSC 2334 serta Bab VII Piagam PBB mengikat semua anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu, termasuk Israel, manakala secara khususnya Israel sebagai satu daripada pihak yang tertakluk pada perkara 49 Konvensyen Geneva Keempat mencabuli larangan melaksanakan pemindahan beramai-ramai mana-mana penduduk awam oleh kuasa asing ke atas mana-mana wilayah yang diduduki serta pengusiran mana-mana orang yang berasal dari wilayah berkenaan.

Jenayah perang

Secara khusus, pemindahan berkenaan adalah jenayah perang menurut maksud Perkara 8 (2) (b) (viii) Statut Rom.

ICC mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat empat jenis jenayah sangat serius di bawah bidang kuasanya mengikut Statut Rom. Dalam kes Israel, entiti haram itu meneruskan pelanggaran undang-undang antarabangsa secara sengaja dan terang-terangan.

Ini khususnya mencabuli semua instrumen hak asasi manusia dan kemanusiaan antarabangsa yang disebutkan di atas, terutama sejak UNSC 2334 diluluskan pada 2016, dengan melaksanakan aktiviti penempatan dilarang di wilayah Palestin yang didudukinya, termasuk terus membina penempatan haram dan menyalahi undang-undang di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur.

Yayasan MyAqsa sudah berusaha mendokumentasi bukti pelanggaran undang-undang hak asasi manusia oleh Israel. Butiran terperinci mengenai perlakuan jenayah perang Israel juga didokumentasikan dan dilaporkan media sosial, bersama-sama membentuk bukti kukuh bahawa Israel terus terbabit dalam perlakuan jenayah perang dengan memaksa perpindahan penduduk Palestin keluar dari kampung halaman mereka.

Selain itu, pelbagai laporan berita dan laporan suruhanjaya oleh serta bagi pihak individu yang berminat dan organisasi hak asasi manusia antarabangsa menyokong sumber diperoleh Yayasan MyAqsa bagi memperkukuh desakan terhadap ICC untuk memulakan penyiasatan seterusnya pendakwaan terhadap Israel.

Contohnya, ringkasan bertarikh September 2018 bertajuk “Aktiviti Penempatan sejak UNSCR 2334” yang disediakan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) antara lain, menyimpulkan bahawa sejak Resolusi UNSC 2334 diluluskan pada Disember 2016, sebanyak 6,987 tender untuk unit penempatan penduduk Israel dikeluarkan, 2,761 unit pembinaan pemukiman Tebing Barat bermula, 10,536 rancangan dimajukan, enam pos ditubuhkan dan 1,140 dunam (4,605 ekar atau 1,842 hektar) diisytiharkan tanah negeri pada 2017 dan 2018.

Israel juga menyita tanah Palestin milik rakyat secara haram seluas kira-kira 900,000 dunam, yang berjumlah kira-kira 16 peratus daripada Tebing Barat.

Abai undang-undang antarabangsa

Jumlah pencerobohan untuk membina penempatan haram disenaraikan di atas adalah bukti yang tidak dapat disangkal bahawa Israel bertindak seperti entiti pariah dengan terang-terangan mengabaikan undang-undang antarabangsa.

Israel sebagai anggota PBB menentang dan terus gagal dalam kewajipannya sebagai ahli masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab dengan bersungguh-sungguh dan secara tidak sengaja terbabit dalam bangunan haram dan pengembangan penempatan dalam penentangan terang-terangan UNSC 2334 sebagai pendirian komuniti antarabangsa dari negara bertamadun.

Israel boleh dengan kejam melakukan kejahatan perang ini menunjukkan bahawa ia membahayakan dunia sekarang, dan Israel mesti dipertanggungjawabkan untuk tindakannya dalam hal ini di hadapan ICC.

Usaha Yayasan MyAqsa ini bakal menguji keberkesanan ICC sebagai institusi antarabangsa yang cuba mengangkat keadilan dan hak asasi manusia peringkat sejagat. Apabila pasukan peguam yang mewakili MyAqsa bakal membentangkan bukti dan hujahan mereka pada akhir April ini, masyarakat dunia akan dapat menilai, sama ada institusi itu benar-benar ikhlas melindungi hak asasi manusia penduduk Palestin yang dizalimi, atau masih tunduk dikawal kuasa besar dunia dan sikap hipokrasi institusi serta NGO antarabangsa yang sering mendakwa melindungi dan mempertahankan hak asasi manusia golongan yang benar-benar ditindas.

Penulis mengetuai sepasukan tujuh peguam penyiasat mewakili Yayasan MyAqsa bagi mengemukakan bukti ke Pejabat Ketua Pendakwaraya (OTP) ICC di The Hague, Belanda

https://www.bharian.com.my/kolumnis/...i-keadilan-icc
__________________
Reply With Quote
  #660  
Old 21-05-2019, 08:45 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 44,005
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 5315
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Selasa, 21 Mei 2019 | 1:20pm



Pendakwaan secara formal terhadap Israel beberapa bulan lagi - MyAQSA


PUTRAJAYA: Yayasan MyAQSA (MyAQSA) memaklumkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda memerlukan beberapa bulan lagi sebelum dapat melakukan pendakwaan secara formal terhadap Israel.

Ketua Pasukan Peguam Penyiasat yang juga Felo Undang-Undang MyAQSA, Azril Mohd Amin, berkata jaminan itu diberikan ICC kepada delegasi MyAQSA menerusi pertemuan pada 2 Mei lalu di The Hague, Belanda.

Beliau berkata, selepas perbincangan mendalam dilakukan, ICC memberi gambaran analisis dan penyiasatan mereka terhadap kes ini sudah sampai pada peringkat akhir.

“Pada 2 Mei lalu berlangsung sesi pertemuan penting antara delegasi MyAqsa dengan wakil pelbagai bahagian di ICC The Hague, Belanda. Ini termasuk masing-masing wakil daripada Bahagian Sokongan Guaman, Kerjasama Antarabangsa dan Analisis Situasi, Pejabat Ketua Pendakwa Raya (OTP) ICC.

“Mereka (ICC) juga memberi gambaran tempohnya hanya tinggal beberapa bulan saja lagi sebelum penyiasatan dapat diselesaikan dan pendakwaan secara formal dibuat terhadap Israel. Pada masa sama, ICC menggariskan beberapa langkah yang pihak MyAQSA dapat Iakukan untuk membantu pihak mereka menyempurnakan penyiasatan dan pendakwaan terhadap Israel nanti,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Azril berkata, walaupun pada awalnya ICC mengakui asas hujah MyAQSA adalah menyakinkan, namun MyAQSA tidak berpuas hati dengan kelewatan penyiasatan dijalankan ICC untuk memastikan pendakwaan dapat dilakukan secara rasmi.

Beliau berkata, pihak ICC sendiri mengakui menerima pelbagai bukti mengenai kekejaman Israel, bukan saja berkaitan pencerobohan di wilayah Palestin, tetapi pembunuhan, pengusiran dan tindakan biadab terhadap penduduk Palestin.

“Tempoh empat tahun selepas Palestin menyertai Statut Rom sejak 1 April 2015 adalah memadai untuk melihat tindakan berkesan ICC menyelesaikan penyiasatan dan memulakan pendakwaan terhadap Israel secara formal.

“Hal ini sangat menghairankan kerana sebagai sebuah institusi keadilan antarabangsa, ICC sepatutnya menunjukkan contoh ke hadapan dalam proses mencari keadilan sejagat.

“Pihak MyAQSA berpandangan kelewatan ICC ini diakibatkan bukan saja birokrasi dalaman ICC, tetapi juga tekanan pihak tertentu yang tidak mahu kebenaran didedahkan mengenai nasib sebenar rakyat Palestin yang ditindas,” katanya.

Katanya, MyAQSA akan meningkatkan kerjasama erat dengan pihak berkuasa Palestin khususnya melalui kedutaan Palestin di Malaysia, selain melobi melalui pertubuhan antarabangsa untuk memastikan proses pendakwaan terhadap Israel dapat dilaksanakan secara berkesan.

Sementara itu, Azril berkata, pihaknya menyeru masyarakat antarabangsa mahupun tempatan bersama-sama membuat desakan dan memberi tekanan supaya Israel benar-benar dapat dibawa ke muka pengadilan.

“MyAQSA berharap segala inisiatif diusahakan ini akan memberi impak sewajarya supaya kezaliman dan kekejaman dilakukan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin dapat diadili melalui segala peruntukan perundangan yang ada.

“Apa yang penting, Palestin dan rakyatnya perlu diberikan hak wujud dengan aman dan adil, manakala Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa perlu kekal menjadi milik umat Islam tanpa sebarang gangguan dan campur tangan Israel,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/na...an-lagi-myaqsa
__________________
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump