Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 18-05-2019, 09:47 AM
oldtbone oldtbone is online now
Legendary Member

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: 6ft under
Posts: 15,682
Thanks (Received): 9
Likes (Received): 3543
Active Level
My Mood:
Default KTMB sedia tambah kekerapan perjalanan sempena Aidilfitri


KETUA Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin. - Foto Eizairi Shamsudin





KUALA LUMPUR: Lebih 65 peratus atau 337,869 daripada 555,820 tiket kereta api bagi perkhidmatan KTM Antarabandar dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk perjalanan mulai 1 Mei hingga 16 Jun ini ke seluruh negara sempena musim perayaan Aidilfitri sudah terjual sehingga semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin, berkata beliau gembira kerana KTMB sudah berjaya menjual 300,000 tiket KTM Antarabandar dan ETS untuk ke semua destinasi Padang Besar, Perlis ke Johor Bahru, Johor dan laluan Gemas, Negeri Sembilan ke Tumpat di Kelantan.

Berikutan itu, KTMB menyediakan sebanyak 36 perkhidmatan kereta api elektrik ETS dan 49 perkhidmatan kereta api KTM Antarabandar bagi menampung permintaan tinggi sempena musim cuti perayaan Aidilfitri ini.

Katanya, KTMB juga menyediakan tiket kereta api dan ETS berjumlah 118,000 tiket untuk jualan bagi tempoh ‘super peak’ antara 31 Mei hingga 9 Jun depan dengan 88,000 daripadanya sudah pun terjual.

“Kadar jualan tiket semasa waktu puncak sudah mencapai kadar 75 peratus terjual, manakala bakinya banyak membabitkan perjalanan dari Utara Semenanjung Malaysia ke Kuala Lumpur.

“Justeru, saya menyarankan supaya orang ramai membuat pembelian tiket kereta api dan ETS lebih awal dan tidak menunggu saat akhir untuk mengelakkan kesesakan sama ada di kaunter mahu pun secara atas talian,” katanya ketika sidang media selepas pelancaran aplikasi MyRailtime yang disempurnakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di sini, hari ini.

Mohd Rani berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan tiket kereta api boleh membelinya di mana-mana kaunter tiket KTMB di semua stesennya, serta secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, www.ktmb.com.my.

Maklumat lanjut mengenai tiket itu juga boleh melayari laman media sosial KTMB iaitu KTM Berhad (Facebook), @ktm_berhad (Twitter) dan @ktmbofficial (Instagram) atau menghubungi pusat panggilannya di talian 03-22671200 yang beroperasi 24 jam setiap hari.

Mengulas lanjut, Mohd Rani berkata KTMB juga bercadang menambah bilangan kekerapan perjalanan perkhidmatan kereta api antara bandar dan ETS sekiranya terdapat sekiranya terdapat keperluan mendesak menjelang musim perayaan Aidilfitri nanti.

Bagaimanapun, katanya, KTMB hanya akan membuat demikian pengumuman rasmi selepas penjualan tiket kereta api antara bandar dan ETS untuk musim perayaan Aidilfitri berkenaan mencapai tahap 85 hingga 90 peratus daripada 400,000 tempat duduk disediakan.

“Pada tahun lalu, kadar jualan tiket kereta api antara bandar dan ETS berjaya mencapai 100 peratus dengan pembelian pada saat akhir biarpun KTMB sentiasa menggalakkan orang ramai membelinya lebih awal sama ada menerusi ‘online’ mahu pun kaunter tiket di seluruh negara,” katanya.








sumber: https://www.bharian.com.my/berita/na...ena-aidilfitri








.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 18-05-2019, 10:43 AM
dausbiz dausbiz is offline
CG Top Poster Club

dausbiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2015
Location: www.kedaifirdaus.com
Posts: 49,021
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 1403
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Terbaik ktm

Selamat hari raya pada warga carigold yang gunakan perkhidmatan ktm
__________________


PERCUMA INFO Lebih 100 Jenis Produk KEPUASAN SEKS SUAMI ISTERI
di www.kedaifirdaus.com

Call/whatsapp/telegram 016-4650338
Reply With Quote
  #3  
Old 18-05-2019, 12:01 PM
[Mahujual.com] [Mahujual.com] is offline
Regular

[Mahujual.com]'s Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2014
Posts: 194
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 2
Active Level
Default

Bagus la..tgh semua org nak balik kampung ni..xdelah sesak nnt
__________________

Subscribe Channel YT: Gerobox
Like Page FB: Gerobox
Follow Insta: Gerobox
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump