Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 25-12-2009, 04:25 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,661
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default Hari Ini Dalam Sejarah-25/12

KONGRES MELAYU SE-MALAYA YANG KEDUA-Tarikh Peristiwa pada 25-12-1940

Pada hari ini dalam tahun 1940, telah berlangsung Kongres Melayu Se-Malaya yang kedua yang telah di adakan Singapura. Kongres selama dua hari ini telah dihadiri oleh 41 orang wakil daripada 11 buah pertubuhan dari negeri Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Singapura, Sarawak dan Brunei. Antara resolusi yang telah diluluskan pada kongres itu ialah menggesa kerajaan British untuk melibatkan penyertaan orang Melayu dalam sebarang perutusan atau delegasi yang dihantar dari Tanah Melayu serta mendesak agar diwujudkan jawatan Penolong Pengarah Pelajaran Khas untuk orang Melayu. Selain daripada itu, kongres ini turut menggesa kerajaan British agar meningkatkan peluang kanak-kanak Melayu untuk mendapat pendidikan Inggeris, khasnya dengan meningkatkan had umur bagi memasuki sekolah Inggeris. Kongres juga meluluskan agar cukai pendapatan yang dikenakan di Negeri-negeri Melayu diselaraskan dengan Negeri-negeri Selat, selain daripada berusaha untuk menyemai semangat bersatu dan semangat kebangsaan Melayu serta berusaha untuk membantu kerajaan British dalam Perang Dunia Kedua. Berikutan daripada serangan Jepun ke atas Tanah Melayu dan serentak dengan meletusnya Perang Dunia Kedua, kongres memutuskan agar kongres ketiga yang telah dijadualkan diadakan pada 25 Disember tahun 1941 di Ipoh dibatalkan.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 25-12-2009, 04:26 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,661
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

KERAJAAN KELANTAN LULUSKAN RANG UNDANG-UNDANG CUKAI KE ATAS JAMBATAN-Tarikh Peristiwa pada 25-12-1964

Akibat daripada kos pembinaan yang semakin meningkat serta usaha-usaha memberi kemudahan kepada rakyat, pelbagai pasarana jalanraya dan jambatan telah dibina. Satu Rang Undang-undang Cukai ke atas Jambatan yang dibina oleh Kerajaan telah dikuatkuasakan. Rang Undang-undang Cukai ke atas Jambatan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 25.12.1964, ia akan berkuatkuasa pada 1 Januari 1965 bagi kereta yang melalui jambatan yang telah dibina oleh pihak Kerajaan. Kuatkuasa rang undang-undang ini dilakukan bertujuan untuk mendapatkan semula sebahagian daripada kos yang telah dibelanja untuk membina jambatan yang telah dibina. Dengan pendapatan ini juga pihak Kerajaan Negeri dapat melaksanakan pembangunan di kawasan yang lain pula. Bagi pengguna yang menggunakan basikal, motosikal dan beca tidak akan dikenakan cukai. Denda tidak lebih RM 50 akan dikenakan ke atas pemandu yang melanggar peraturan yang telah diluluskan ini. Pada Persidangan Dewan yang sama empat Rang Undang-undang telah diluluskan iaitu Rang Undang-undang Mengawal Sewa, Undang-undang Tanah (pindaan), Undang-undang Pembekalan Air dan Undang-Undang Bekalan Tambahan sebanyak RM 72,575. Diharap dengan berkuatkuasanya Rang Undang-undang ini dapat menambah pendapatan Kerajaan Negeri, sekaligus akan dapat meningkatkan lagi usaha-usaha pembangunan yang akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #3  
Old 25-12-2009, 04:26 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,661
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

PERLANTIKAN SPEAKER BARU DEWAN RAKYAT-Tarikh Peristiwa pada 25-12-1964

Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk setiap sesi perbahasan akan dipengerusikan oleh seorang speaker. Pada hari ini 25 Disember 1964 seorang speaker baru telah dilantik. Beliau ialah Dato' Chik Mohamad Yusuf b. Sheikh Abdul Rahman. Perlantikan Dato' Chik Mohamad Yusuf telah diusulkan oleh Y.T.M. Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan disokong oleh Dr. Ang Kan Poh seorang anggota Perikatan Teluk Anson. Semasa mencadangkan nama Dato' Mohamad Yusuf, Y.T.M.Tunku berkata ini adalah perlantikan pertama dari kalangan tokoh luar sabagai speaker Dewan. Dengan cara ini beliau akan dapat menjalankan kerja-kerjanya dengan bebas dan tidak berat sebelah. Menurut Y.T.M. Tunku lagi walaupun speaker sebelum ini telah menjalankan tugas-tugas dengan baik dan tidak berat sebelah tetapi mereka terdiri dari anggota Parti Perikatan maka mereka secara tidak langsung tertakluk kepada parti. Dato' Yusuf ketika itu berumur 56 tahun, pernah menjadi anggota Dewan Undangan Persekutuan semasa sebelum merdeka. Beliau dianugerahkan gelaran Dato' Bendahara Perak oleh Sultan Perak dalam tahun 1959 yang membawa gelaran Datuk. Perlantikan beliau sebagai speaker Dewan telah mendapat sokongan dan tahniah daripada semua ahli dewan termasuklah parti-parti pembangkang. Semasa menerima perlantikan tersebut beliau meminta supaya ahli-ahli Dewan memberikan kerjasama agar beliau dapat menjalankan tugasnya dengan baik demi menjaga kehormatan Dewan dan melaksanakan konsep demokrasi berparlimen. Sementara itu Timbalan Speaker Dewan iaitu Dato' Syed Esa Alwee akan membantu beliau dalam tugas-tugasnya.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #4  
Old 25-12-2009, 04:27 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,661
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

PERISTIWA MALAM NATAL-Tarikh Peristiwa pada 25-12-1972

Pada hari ini 25.12.1972, telah berlaku satu pertempuran hebat di antara Platun Harimau Batalion ke 9 Rejimen Askar Melayu Di Raja dengan segerombolan pengganas komunis di Jambusan, Bahagian Pertama, Sarawak. Dalam gerakan tersebut, sebanyak 4 orang anggota komunis telah mati dan beberapa orang lagi mendapat kecederaan. Kejadian ini berlaku sebagai tindak balas kepada serang hendap yang dibuat oleh segerombolan pengganas komunis ke atas anggota pasukan keselamatan pada 20 Disember. Berikutan dengan peristiwa tersebut, anggota Platun Harimau telah ditugaskan bagi mengesan kumpulan pengganas itu yang dipercayai menuju ke kawasan tertentu di bahagian pertama. Kejayaan gerakan ini sebenarnya bergantung kepada keberanian dan kebijaksanaan Sarjan Jantan b. Nyamat salah seorang anggota Platun Harimau yang banyak pengalaman di hutan. Pada malam tersebut, bersama anggota Platun Harimau yang lain, beliau telah pergi ke Kampung Landeh. Sebagai seorang yang berpengalaman beliau dapat merasakan sesuatu akan berlaku lantas memberi isyarat kepada orang-orangnya supaya berjaga-jaga. Dengan bantuan cahaya di permukaan air sungai Sarjan Jantan berjaya mengesan tiga orang pengganas. Pergerakan dalam gelap menyebabkan pihak pengganas mengesyaki bahawa mereka diekori. Mereka menembak ke arah Sarjan Jantan dan berlakulah tembak menembak yang menyebabkan 4 orang anggota komunis dan beberapa orang lagi cedera. Peristiwa Malam Natal itu sesungguhnya memaparkan keberanian Sarjan Jantan yang membawa kepada penganugerahan Pingat Pahlawan Gagah Berani sebagai menghargai jasa yang dilakukannya.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump