Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,459
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,459
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
10.05.2019 - Butterworth, Misteri penemuan mayat seorang lelaki yang ditemukan terapung di Sungai Perai, Ampang Jajar dekat sini Ahad lalu, terjawab selepas kenderaannya ditemukan terhumban di dasar sungai itu hari ini.
Terdahulu, usaha mencari kenderaan jenis Toyota Hilux milik mangsa itu dilakukan sepasukan Pasukan Polis Marin Wilayah 1 di sungai berdekatan Taman Sentral di sini kira-kira pukul 2 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, sejurus dijumpai, kenderaan tersebut dinaikkan dengan bantuan kren.
“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu turut menjumpai kuncinya yang masih berada di tempat penghidup enjin.
“Sementara itu, cermin tingkap pintu kiri dan bahagian bawah hadapan kenderaan itu turut didapati pecah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Noorzainy, hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian adalah akibat lemas serta tiada sebarang unsur jenayah.
Akhbar Ahad lalu melaporkan penemuan mayat Tan Aik Tong, 33, yang terapung di dalam sungai itu dalam keadaan lengkap berpakaian kira-kira pukul 3 petang.
Kehilangan mangsa dilaporkan oleh isterinya berikutan lelaki berkenaan tidak pulang selepas keluar berhibur bersama-sama rakannya pada malam kejadian.
Video https://streamable.com/k50cw
Berita asal http://www.utusan.com.my/berita/nah...-ditemukan-terhumban-di-dasar-sungai-1.898057

Last edited: