BTC USD 82,904.9 Gold USD 4,118.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DIY Car Detailing Discussion (Tips dan Cara Penjagaan Cat Kereta Baru Atau Lama)

ibuduit

Active+ Member
Messages
3,484
Joined
Feb 14, 2008
Messages
3,484
Reaction score
7
Points
25
Hasil kerja patik

Full detailing & Coating using Optimum Opti Coat Pro > Peugeot 508GT White Pearl >>>

Testimoni

xterkata hasilnyaaa..mantopppppp

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Patik nk share video yg patik rekod lepas apply coating pada vios silver guna produk optimum opti coat pro..

http://www.youtube.com/watch?v=RwGrureQlXw

Nampak air yg tak melekat tu? Next time kalau nk cuci just guna water pressure dah cukup..

Contoh mcm video nih

http://www.youtube.com/watch?v=wcE1DIPZDVo

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ni patik nk share sesi detailing kereta member CGrian > Peugeot 508GT white pearl.. Patik tak nak disclosed id owner keta melainkan owner memberi keterangan bertulis.. Ceewaahhhhh..

Owner inform yang keta ni dah ada coating brand TxxxxS.. Tapi owner agak kurang berpuas hati so owner request patik buat full detail service including coating dari Optimum Polymer Technologies Opti Coat Pro..

***Note 1: Opti Coat Pro tidak dijual pada umum dan hanya untuk kegunaan professional sahaja..



Optimum Opti Coat Pro dan Opti Glass Coat

Untuk pengetahuan tuan2 sekalian, proses coating ada satu proses yg boleh dikatakan IRREVERSIBLE (tak boleh patah balik) kalau TERSALAH APPLY.. Kalau dah tersalah apply nak betulkan balik macam mulakan proses dari A ke Z.. Bayangkan dari proses A nak sampai ke proses Z makan masa 6 ~ 7 jam.. Leceh kan?

Gentlemen, START YOUR ENGINE..!!

Peugeot 508GT White Pearl..



Versi GT.. Rare jgk nih..



Rear



Rim 19inch.. :o :o



Driver side



Passenger side close up





More



Kereta baru dan siap coating lagi.. Tapi nape mcm kurang glossy ek?

***Note 2: Sebelum coating, cat kereta perlu dikilatkan sehabis2nya sbb coating akan 'lock' atau 'kunci' kekilatan pada kereta.. Proses ini dinamakan 'PAINT CORRECTION' atau 'PRE COATING'

Besar kemungkinan kedai coating sebelum ni main bantai cuci lap dan coating je kot tanpa polish? ~X( ~X(

Produk yg digunakan:

Osren p40



Dodo Juice Ferrous Dueller (iron remover)



Ultimate Meguiars
Makita
Osren Denim Pad



Pads:
Lake country Orange pad / White pad / Black pad
Optimum Double sided red foam pad

Lain2 dah lupa..

Utk coating: Opti Coat pro dan Opti Glass Coat



Sebelum basuh, kita sebat rim dulu.. Yeahhhh..!!!

Belakang



Depan



Patik cabut tayar dan rim utk cuci bhgian belakang rim.. Akibatnya alignment kereta lari.. Sorry owner keta.. :((

Lepas pasang, kita spray pulak dodo juice iron remover utk tanggalkan kotoran2 yg tersangat degil macam besi pada rim..

Sebelum spray pada rim, sila sarungkan glove utk keselamatan



Sprayyyyyyyy...





Tuuu dia.. dah cuci pun ada kotoran yg degil kan?

Lpas setel tayar dan rim, kita cuci keta plak.. Mana2 part yg ada emblem kita cuci guna optimum power clean dan berus gigi..



Belah2 dalam jgn lupa.. Door jamb



Berus dgn Opt Power Clean



Setel



lepas cuci > spray iron remover pada body keta dan bilass.

Lpas bilas, patik clay + Optimum No Rinse sebagai lubricant..



Yg ni kotoran degil.. Tensen btol..



Tenyeh dgn clay



Setel.. Takyah tensen dah..



Lepas clay > bilas > kering > kita keluarkan alat [STRIKE]sulit[/STRIKE] measurement kita.. Jeng Jeng Jenggg



***Nota 3: Alat ini dinamakan Coating/Paint Thickness Gauge = Digunakan untuk mengukur tahap ketebalan coating/paint pada keta kita..

Dah confident dgn tahap ketebalan coating/paint pada keta ni, check (detail) kereta utk bhgian2 yg ada swirl mark / deep scratch / etching. Kita tandakan dgn painter's tape so kita boleh aware tempat2 yg kita check tadi..

Kalau dah check satu keta dan puas hati, kita polishhhhhh..!!!



Patik polish guna makita + optimum red foam

<-- muka terpaksa dikaburkan kerana terlalu hensem --> :o :o

Bahagian pintu - kabur kan?



Kasi potong skettttt



Kawasan operasi.. Kipas kena ada sebab panas gila wehhhh



Dah setel, check lagi skali untuk pastikan semua calar/swirl mark dah hilang.. Selain cahaya matahari, kita boleh check swirl mark/deep scratch menggunakan halogen lamp sebagai pengganti cahaya matahari..

Dlm gambar dibawah patik guna 1 halogen lamp 500watt (panas gila) dan LED 20watt..



Dah puas hati, kita spray IPA 15% pada kereta dan lap dgn MF towel khas untuk hilangkan kesan2 minyak compound/polish pada kereta.. Ini untuk memastikan opti coat pro betul2 bond/melekat pada cat kereta..

<--- Bersambung ~X( ~X( ~X(

<--- Sambungan

Lepas spray IPA pada kereta utk hilangkan kesan2 minyak dari compound/polish menggunakan MF towel 'khas' utk IPA..

Lepas IPA patik cuci kereta lagi sekali sbb masa ni la banyak serbuk2 compound dan polish merata pada body kereta kesan dari IPA..

Lepas cuci dan kering >>>>>> Coating time..!!!! (Comel tak ibu jari patik?)



Coating dalam bentuk picagari.. Senang nk tekan dan dijamin tak tumpah..

***Nota 4: Masa apply coating sila guna sarung tangan.. Jangan terkena kulit.. (Pengalaman mengajar.. Hehehe)

Apply betul2 dan sama rata pada seluruh kereta termasuk metal, wheels, hard plastic, emblem, badge dan headlight tailight. Takde gambar masa ni sbb proses coating memerlukan kesabaran dan fokus sbb takut tersilap.. Kalau tersilap.. NAYAAAAAAAAA..!!!

Dah setel, biarlah gambar berbicara..

Bonet belakang



Close up



Front



Favorite front view patik.. Memancor mancor.. :D :D



Side









Last.. Basah macam air..



Beading time



Zoom sketttt



Sekian Terima Kasih..

Last photo.. *Masa ni br lepas polish pastu tgh stand by takut hujan turun.. :D :D

Glossy begini yg kita nk sebelum apply coating.. Baru la gloss tu kekal..



*** Nota: Gambar diambil dibeberapa lokasi sebab musim hujan.. Nk kena make sure kereta kekal kering lepas polish dan coating sebelum betul2 cure/kering/bond/meresap ke dalam cat kereta :)cgrock


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sorry semalam tak dapat nk reply tuan2 sekali.. Member ada emergency case nk polish toyota hilux yg agak teruk calarnya.. Banyak calar2 yg dalam atau yg kurang dalam dikiri kanan depan belakang.. Maaf patik tak dapat amek semua gambar sebab masa tak mengizinkan..

Ok jom mula..!!



Calar kat belakang hilux.. Yg ni memang dalam dan kena buat touch up + wetsanding..



Tapi disebabkan patik tak dapat jumpa kod kaler yg sama dgn warna hilux ni, patik terpaksa compound guna osren p40 dan apply guna pressure yg betul utk hilangkan kesan calar yg dalam AT LEAST tak nampak teruk sgt..



Nampak clear sikit muka patik kan? Hehehe

Ni keadaan calar kt montot hilux selepas compound dgn p40



Yg ni bhgian pintu belah penumpang sebelum.. Nampak cat pudar je kan?



Selepas..



Pintu driver side sebelum



Selepas.. Nampak tak lake country orange foam pad kat makita tu.. Hehe



Fender tayar belakang sebelum



Selepas



Ni semua gambar selepas. Sorry gambar buruk sbb pakai phone camera dan dah nak maghrib masa tu.. :(









Dah setel semua patik pulangkan kat member.. Terpaksa hantar malam sbb patik kalau nampak calar tu seboleh2nya patik nk bagi ilang.. Gerammmmm..

Tapi sebenarnya bila patik buat detailing patik akan detail macam kereta sendiri.. Dari situ kepuasan selepas detail tu datang bila nampak kereta berkilat.. :)cgrock

Balik umah terus pengsan.. :))

Tapi ada satu lagi kereta menunggu untuk detailing + coating.. Jeng Jeng Jeng



Nanti dah siap patik share lg ok.. :)cgrock

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Patik nk share satu sesi detailing / coating utk vios silver

Biar gambar berbicara :)

Waktu sampai.. Byk calar2 halus dan sikit calar2 dalam.. :((



Kita mulakan dgn enjin dulu

Sebelum



Selepas



Kotoran degil



Selepas



Lagi Sebelum



Selepas



Lagi



Selepas



Yang paling penting

Dari ini



Jadi cenggini



Lepas cuci enjin.. Bersih kan?



Sekarang kita bersihkan kawasan2 yang selalu terabai..

Sebelum



Selepas



Sebelum (yg ni je 30 minit.. Bayangkan ada 4 pintu)



Selepas



Sebelum (yang ni jangan kira la.. Huhu)



Selepas



Paling best

Sebelum



Selepas



Sekarang kita test ketebalan cat



Alamak.. Takleh cut banyak sgt

Calar sebelum



Selepas



Kita bersihkan seat plak (leather)

Sebelum - Nampak mcm warna leather seat biasa je kan?



50/50



Close up.. Mana satu yg bersih?



Masa utk COATING..!!!

Patik terlupa pakai glove.. Akibatnya



Merah tapak tangan..

Selepas coating dan curing 12 jam









Roof



Dah selesai parking sebelum pass pada owner keta (ehem ehem).. Datang plak vios putih.. Jeng Jeng Jeng




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SESI DETAILING MITSUBISHI EVO X

Patik nk share sesi detailing Mitsubishi Evo X.. Ada apa2 soalan atau comment silakan ye..

Let the picture speak.. Ceewahhhhh

Kita mulakan dengan rim dan tayar..

Penuh brake dust



Zoom sikit.. Patik lap tunjukkan perbezaan



Selepas cuci > Iron Remover > Coat dengan Opti coat pro



Ok kita teruskan dengan bahagian engine plak..

Bawah hood depan



Selepas



Celah2 (jamb)



Selepas



Semua selepas













Patik sapu cover engine dengan Duragloss 501 untuk protection.. Yeahhh



Macam biasa.. Celah2 yg selalu daki2 atau taik2 habuk melekat dan susah nk tanggal..



Selepas



Masuk kat interior pulak

Kotoran pada seat



Selepas



Lepas setel interior



Sekarang ke celah2 pintu..

After



More



Seterusnya.. PAINT CORRECTION

Keadaan calar kat kereta ni agak teruk jgk.. ye laa kereta power kannnn..



Selepas



Yang ni lagi dalam



Selepas - untuk yg ni disebabkan terlalu dalam, patik tak terus cutting sampai hilang sbb nanti cat akan jadi nipis.. Better safe than sorry..



Sebelum



Selepas



Sebelum



Selepas



Banyak lagi tapi tak larat nk masukkan semua.. Huhuhu

Ehhh yg ni apa plak?



Ohhhh abam tgh polish ke?? <--- Org umah snap senyap2



Dah abes polish bagai semua.. MASA UNTUK COATING..!!!!

Haaa yg ni org umah snap jgk.. Patik suruh buat video dia gi snap gambar.. Huhuhuhu

SILA ABAIKAN TEH AIS.. <--- Jiran belanja sebab next week nak polish kereta dia.. Ah Ah Ah..



Fokus nampakkkk...



(Muka terpaksa dicover sbb terlalu comel.. :o :o )

End result..





Headlight pun opti-coated jgk













Masa untuk ucapkan bye2..



Last.. My best shot..



Sebarang pertanyaan, komen atau kutukkan dialu alukan.. :D


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Diharap tuan mod izinkan patik untuk membuka thread sebegini di carigold untuk berkongsi minat patik dalam car detailing*

*So far patik tak jumpa thread sebegini dalam Carigold. Kalau ada mintak tolong tuan mod merge kan ye..*

Assalammualaikum semua.. Tujuan patik bukak thread ini bukan sebagai blog patik tetapi sekadar berkongsi cara2 penjagaan, contoh2 kerosakan dan akibat dari penjagaan yang tidak betul. Kepada yang berminat untuk DIY car detailing boleh usulkan soalan2 anda disini ye..



Apa itu 'Car Detailing'

- Pembersihan menyeluruh (sepenuhnya) di tempat2 yang jarang dicuci / diambil kira oleh pencuci kereta (luar dan dalam kereta termasuk enjin)

- Pemulihan warna / cat kereta (tertakluk pada keadaan) akibat hujan, najis burung, calar, cat kusam dan lain2

- Perlindungan selepas pembersihan dan pemulihan (coating/sealant dan lain2)



Biasa kita malas nak cuci kereta sendiri so hantar kedai bawah pokok (RM10 siap vacuum) tapi tahukan anda apa akibatnya?

- Tidak menggunakan shampoo yang betul (ada yang pakai sabun basuh baju serbuk 'FAB' sebab banyak BUIH (Foam Wash)
Akibatnya: Warna / Cat kereta jadi kusam - Coating asal kereta merekah dan hilang






- Tiada pembersihan atau pengeringan menyeluruh
Akibatnya: Water Spots - Lama2 akan merosakkan coating kereta (etching)




- Nak cepat jadi kerja cincai
Akibatnya - Dia pedulik apa bukan kereta dia (gambar contoh je ok)




- Guna satu (1) sponge basuh kereta atas dan bawah dan rim (Kotoran dan batu/pasir melekat kat sponge pastu basuh bahagian lain kereta)
Akibatnya: Calar balar pada kereta sama ada calar yg dalam atau tak (deep scratch / light scratch)






Bersambung..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nk share something..

Patik bukan nk kondem pekerjaan brother ni.. Tapi nampak tak apa kesalahan dia?

Nampak tak benda yg sekarang takde impact tapi akan datang nnt akan menyusahkan owner kereta?




Meh patik zoom bg clear sket..

Nampak tak...???




Sekarang mmg la owner puas ati sbb keta ada org basuh.. Tapi lama2 tgk la condition cat keta nanti.. sure ~X(

Yg paling best, sebelum dia cuci estima tu, dia cuci Rover Evolve :o :o :o

P/S: Tgh buang masa tunggu owner kereta bangun.. Mentang2 hujan skrg.. :)) :))
 
Last edited:
Kenali sistem cat pada kereta anda.. Kenali juga kekotoran dan jenis2 calar pada kereta anda



Kereta baru walaupun kurang calar tapi masih ada kotoran akibat dari bahan2 tercemar - tar / cecair dari ranting/daun/pokok (tree sap) / asap2 dari kilang bila hujan mengakibatkan air hujan tercemar dan lain..

Kenali pula jenis2 calar dari yang 'light' hingga 'severe'



-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sebelum keluar g detailing..

Share gambar lama..

UC / makita / LC 3.5' Orange Pad



DG501 / makita / LC 3.5' White Pad



Pintu belakang kancil - swirl marks ~X( ~X(



Hantam satu dua kali sama UC lpas tu sambung sama DG501 :-?

Setel.. :"> :">



Bonet belakang kancil plak :o :o



Kali ni letak masking tape nk bg 50/50



Lepas satu hit dengan UC sahaja



(sorry gambar selepas tu kurang jelas sket.. Malam wehhh.. Bini dok intai2 dari tingkap..) :)) :))

Boringggggg..

Letak gambar bonet depan plak la..

Sebelum



Bonet depan belah driver side (untreated)



Bonet depan belah passenger side (treated with UC / makita / wool pad)



Time amek gambar ni hujan turun rintik2.. :)paid :)paid
 
Last edited:
Sebelum kita teruskan, better patik terangkan serba sedikit maksud atau abbreviations yg biasa kita pakai dalam dunia car detailing.

A
AIO - All-In-One
APC - All Purpose Cleaner

C
CB - Clay Bar
CG - Chemical Guys (Jenama)
CT - Cotton Towel
CW - Cleaner Wax

D
DA - Dual Action machine polisher
DG - Duragloss (Jenama)
DJ - Dodo juice (Jenama)

G
GG - Grit Guard

I
IPA - Isopropyl Alcohol

L
LC - Lake Country (Jenama Pad untuk polishing/finishing/cutting)
LSP - Last Stage Product

M
MDC - Meguiar's Deep Crystal range
Meg's/Megs - (Jenama Meguiar's)
Menz - Menzerma (Jenama)
MF - Microfiber
MG - Meguiar's Mirror Glaze products
MGC - Meguiar's Gold Class products

N
NXT - Meguiar's NXT Generation Tech Wax

O
OB - Orbital Buffer
OCW/OCP - Optimum Car Wax/Optimum Car Polish
OID - Optimum Instant Detailer
ONR - Optimum No Rinse
OP - Orange Peel (Jenis kerosakan)
OOS - Optimum Opti seal
OPC - Optimum Power Clean
OHC - Optimum Hyper Compound
OHP - Optimum Hyper Polish
GPS - Optimum Glaze Protect Shine

P
PW - Pressure Washer

Q
QD - Quick Detailer spray
QW - Quick Wax spray

R
RDS/RiDS - Random Deep Scratch
RO/ROB - Random Orbital Buffer

S
SW - Swirl Mark
SMR - Swirl Mark Remover
SV - Swissvax (Jenama)

T
TBM / TBS - Two Bucket Method / Two Bucket System
TW - Turtle Wax (Jenama)

U
UQW - Meguiar's Ultimate Quik Wax Spray
ULW - Meguiar's Ultimate Liquid Wax
UC - Meguiar's Ultimate Compound
UP - Meguiar's Ultimate Polish

W
WM - Wash Mitt
WOWA - Wipe On, Walk Away (untuk produk seperti Optimum Opti seal / Duragloss Enviroshield)
WW - Waffle Weave Microfiber

So kalau ada yg pakai short word nanti at least anda semua boleh faham ye.. Abbreviation di atas yg biasa kita pakai.. Kalau ada yg patik terlepas sila la tambah ye..

------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ni patik share cara patik basuh tayar dan last skali apply sealant..

Rim yg penuh brake dust ~X(



Close up.. Kotor gila wehhh ~X( ~X(



Product used > Optimum Power Clean (diluted 1:3) > Duragloss Ultimate Orange > Berus



Mula2 sembur air dulu.. Buang mana2 kotoran yg boleh tertanggal masa sembur air..

Lepas tu patik sembur degreaser DG UO



Biarkan kejap dalam beberapa saat baru kita mula berussssss



Untuk celah2 [STRIKE]bedah[/STRIKE] nuts, patik sembur OPC pada berus kecik sket dan tenyehhh



nampak tak penangan brake dust



Tayar jangan lupa berus skali okehh



Brand ape brake nih? ke takde brand?



Laaa.. ada nama ke brake pad nih.. :)) :))



Lepas bilas kita clay pulakkkk.. Huiii kotornya..



(Note: Jgn tiru patik ye psl clay nih.. Kalau tuan nk clay rim, jgn guna clay yg sama utk body.. :D :D )

Bersih pun..



Belah dalam pun clear from brake dust




Sekarang kita kuarkan plak LSP (last step product) kita :cool:



Sapu guna MF applicator atau foam pad.. Tunggu 15 minit then sapu 2nd layer tp make sure nipis dan halussssss je..

Lepas satu jam, test water beading.. Tak melekat bebbbb..



Sebelum apply LSP, 4 tayar sahaja patik amek masa dalam 1 ke 2 jam untuk cuci.. Lepas apply LSP patik guna 30 - 40 minit je utk 4 tayar.. Ok kan? :)cgrock
 
Last edited:
Sekadar berkongsi dengan sahabat2 CG.. Patik pun masih dalam proses belajar..

Kalau kereta tak dijaga dengan betul..

Kereta: Chevy Aveo

Problem: Cat dah mati/kusam/oxidize/ di bonet depan dan kurang kilat di pintu kiri dan kanan

Bonet depan - Abes dahhh



Check dengan cahaya matahari - Tak kilat langsung



Swirl marks



Dah takde pantulan pada bonet depan



Dalam proses 'correction' (50/50)



*Separuh badan

Akhirnya.. Selepas bertungkus lumus

Bonet bahagian belah penumpang



Bonet bahagian belah driver



Nampak tak awan nano?



Pintu driver side - macam cermin kn?



Pintu passenger side



Alhamdulillah selesai jugak detailing kereta ni.. :)cgrock


Kereta yg baru beberapa bulan.. Consider baru jgk kn?

Swirl marks di bonet belakang



Lebih jelas.. Dah macam tornado plak.. ~X(



Walaupun kereta baru, swirl marks akan ada jika kita tak jaga kereta dengan betul..

Bonet depan plak.. Owner keta mesti sakit hati tgk camni.. Dalam plak tuh ~X(



Takpe.. yg depan kita simpan dulu gambar proses paint correction..

Selepas 'paint correction'.. Pakai Ultimate compound + LC Orange pad..



Ingat tak sebelum



Selepas



Selepas lagi.. Kali ni pakai halogen lamp



Last shot.. Basah macam air.. :"> :">



Jagalah kereta anda walaupun masih baru.. Paling penting MAINTENANCE dan PROTECTION :)cgrock
 
Last edited:
Kesan calar sbb kena kunci dalam poket.. ~X( ~X(



Ini 'SENJATA' patik



Tembak pakai tangan je..



Settle masalah..



Satu lagi calar kat tempat isi minyak.. Adehhhh ada lagi ke??? :o



Tembak macam tadi gak.. Settle masalah..



Keta ni kaler aster grey.. :)


macam mana contoh watermark nie yer..boleh sape2 kasi gambar tak

Ok patik share contoh watermark atau water spots

Water spots type 1



Water Spots type 2



Water spots type 3 yg dah etching (makan) cat kereta



Water spots type 1 ngan type 2 masih boleh selamat lagi.. Kalau type 3 mungkin kena buat wet sanding ~X(

Lagi contoh water spots



Lagi



Lagi



Dan lagi..



Kena selamatkan cepat seblum etching.. ~X( ~X(


Watermark pada cermin kereta



Patik guna diamondite glasswork restorer + MF application pad = tenyeh kat cermin



Perbezaan pada test spot patik dan cermin yg belum diapply diamondite



---------------------------------------------------------

Haritu ada kawan patik bagitau yg wiper dia ada mslh lepas apply rain repellent sama kes macam kawan CG kita..

Sekarang dia dh bengang dgn produk rain repellent ni.. Dah tukar wiper tp still sangkut2 jgk..

Patik tanya cara dia apply rain repellent tu camne.. Dia habaq:

lepas cuci keta dia sapu rain repellent pastu biar je kat atas cermin tanpa buffing.. Ada masa dia tak cuci keta pun.. main sapu rain repellent jer.. ~X( ~X( Apa citer bang?

Patik ajar dia teknik yg betul seblom apply rain repellent.. Mmg leceh tapi dari asik nk beli wiper baru jer tensen gak kan?

So sekarang patik sekadar nk berkongsi skali dgn kawan2 CG cara patik cuci cermin depan dan apply rain repellent..

Paling penting - CLEAN/CORRECT/PROTECT/MAINTENANCE

Kita buat test pada wiper kereta kancil yg dah 5 tahun tak tukar wiper (serius tak tipu beb) Ni video yg patik buat khas utk kawan2 CG:

http://www.youtube.com/watch?v=vMhGqEJwxLc

GENTLEMEN, START YOUR ENGINE..

Note: Diingatkan bahawa apa yg patik buat berdasarkan pengalaman patik sendiri.. So any damage at your own risk ya.. Belajar dulu sebelum buat sesuatu.. :)cgrock

Cuci keta pakai shampoo murah pun takpe.. Osren Bubble snow RM13 dgn wash mitt



Sembur air kaw2 kat cermin depan



Basuh cermin pun kaw2 jgk.. :D



Yg ni penting - BASUH WIPER SKALI JANGAN LUPA



Dah siap, bilas air skali lagi kat cermin dgn wiper2nya sekali



Dah bilas, amek clay bar letak shampoo cuci keta tadi sebagai lubricant



Tenyeh kat cermin tapi jgn kuat sgt.. (perhatikan kedudukan clay kat tangan patik). Jgn lupa slalu lubricate kan clay tu..



Melekat setepek kotoran kat clay.. Baru section yg kecik



Dah abes clay satu cermin, bilas dgn air lg skali - Patik pakai gambar atas tadi.. :">



Lepas kering, patik amek rain repellent patik dengan MF towel.. Yg ni murah je tak sampai 10 hengget bukan macam rainX :)) :))



Sapu kat cermin depan sampai jadi berkabus.. (patik tak pakai tangan okey :D :D)



Biarkan 5 - 10 minit pastu kalau nk apply 2nd layer pun boleh..

Make sure setiap layer tuan tunggu 5 ke 10 minit baru apply layer yg lain..

Bila dah puas ati ngan 10 layer tuan2, amek MF towel, basahkan dengan air, pastu perah bagi kering sikit, lap (buff) cermin depan yang berkabus tadi sampai hilang..

PERINGATAN: PASTIKAN KABUS2 TADI HILANG DARI CERMIN KERETA.. JANGAN ADA YG TERTINGGAL..

Inilah hasilnya selepas ditinggalkan semalaman..

http://www.youtube.com/watch?v=Xi4Xwu7zcwY

Nampak tak dia tendang air tu? Fuhhh blissss..

Sebab tu patik terangkan yg TEKNIK/CARA/ALAT memainkan peranan penting.. Bukan main dok hentam sapu kat keta pastu salahkan produk bila tak jadi seperti apa yg kita nak.. kena paham tu..

Wiper sangkut2 biasanya terjadi sebab wiper tu meng'wipe' kesan rain repellent yg tertinggal pada cermin.. Biasanya sbb kita tak lap betul2..

Kita ikut logik..

- Rain repellent mempunyai kandungan alkohol..

- Alkohol melekat kat wiper

- [STRIKE]Wiper jadi mabuk[/STRIKE] Alkohol makan getah kat wiper tu

- Jadi la wiper sangkut2..

DISCLAIMER (ceewahhh): Penerangan berkenaan kenapa terjadi wiper sangkut2 / dan cara2 patik diatas berdasarkan pengalaman patik dan result mungkin tak sama kalau tuan buat sendiri.. Jadi jangan salahkan patik kalau ada apa2 yg terjadi ye.. :"> :">
 
Last edited:
Saja nk share satu gambar nih.. Hehehe

Roof kancil sebelum - dah oxidize/tak berkilat lgsg..



Selepas.. Basah macam air :"> :"> :">



Kalau ada gambar sepentot patik tu abaikan je ye.. :"> :">
 
Last edited:
Simpanan untuk lebih tips2
 
Last edited:
Ler..thread baru.... ingat dah lama.. apapon bagus...

Sedikit tip dr kawan.. basuh keta jgn lupa jaga bumbung.. polish sikit.. sebab bumbung paling cepat buruk...
 
Ler..thread baru.... ingat dah lama.. apapon bagus...

Sedikit tip dr kawan.. basuh keta jgn lupa jaga bumbung.. polish sikit.. sebab bumbung paling cepat buruk...

Thread baru tuan.. Rasa pernah jumpa thread detailing sebelum ni tp tu tanya opinion je..

Ye setuju.. Biasa roof top pun dikira area yg jarang org nk ambik kisah..
 
Back
Top
Log in Register