TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,648
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,648
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
KUALA LUMPUR, 21 Okt -- Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang dilancarkan Jumaat akan memperkasakan industri kreatif secara menyeluruh berasaskan kreativiti dan inovasi, sekaligus menyumbang kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan memartabatkan warisan budaya bangsa.
Industri kreatif merupakan satu industri berpotensi besar yang mampu menjana pendapatan tinggi dan menjadikan ekonomi negara lebih dinamik, yang pada tahun 2008, industri ini menyumbang RM9.4 billion kepada KDNK Malaysia, selain mewujudkan guna tenaga sebanyak 0.4 peratus atau 45,301 pekerjaan.
DIKN, yang dilancarkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim di sini, berpaksikan tiga skop utama industri kreatif iaitu multimedia, seni budaya dan warisan budaya dengan menggariskan 11 strategi.
Strategi berkenaan ialah:
1. Memantapkan keupayaan modal insan dalam industri kreatif melalui latihan kepakaran, pembelajaran dan peluang berkreatif.
Antara pelan tindakan adalah untuk memantapkan sukatan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi bagi menepati keperluan industri, serta menyediakan elaun galakan di peringkat sekolah menengah sehingga pengajian tinggi dan menyediakan keperluan latihan bersesuaian kepada penggiat atau karyawan industri kreatif.
2. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dengan membangunkan institusi, prasarana dan sokongan kewangan dalam bentuk insentif, dana dan pelaburan.
Antara pelan tindakan adalah menubuhkan Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara serta membangunkan prasarana Kompleks Perfileman di Dengkil, Selangor, Kompleks Muzik Negara dan Galeri Warisan.
Turut disediakan ialah dana produksi usahasama antarabangsa sebanyak RM100 juta bagi tempoh lima tahun, dengan peruntukan RM20 juta setahun, bagi mengeluarkan dua buah filem usahasama antarabangsa serta dana pembangunan modal insan, industri kreatif negara.
3. Memastikan produk jenama Malaysia diterima dalam pasaran tempatan dan mampu bersaing di pasaran serantau dan antarabangsa melalui promosi secara berterusan.
Antara pelan tindakan adalah memasukkan hasil produk kreatif sebagai satu agenda promosi oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia di luar negara selain mewujudkan Misi Perdagangan Kreatif.
4. Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan berterusan bagi memajukan industri kreatif.
5. Menggalakkan inovasi dan penggunaan teknologi, dan meningkatkan kepakaran tempatan ke arah kemajuan dalam penciptaan produk dan karya industri kreatif.
Antara pelan tindakan adalah mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam pengeluaran dan pemasaran tanpa menjejaskan kualiti dan keaslian hasil kreatif.
6. Menggalakkan penglibatan syarikat-syarikat swasta, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat multinasional (MNC) untuk memberi sokongan berterusan dalam memajukan industri kreatif negara.
Antara pelan tindakan adalah memperkenalkan program anak angkat antara syarikat dengan bangunan warisan tertentu, menggalakkan kemasukan syarikat kreatif antarabangsa bagi mewujudkan peluang kerjaya dan pemindahan kemahiran kepada masyarakat tempatan di dalam industri kreatif.
7. Menitikberatkan usaha memperkukuhkan industri sokongan dan hiliran.
Antara pelan tindakan adalah dengan melestarikan industri hiliran melalui penyediaan dana, prasarana dan insentif yang bersesuaian.
8. Memastikan pengurusan, pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang, akta, peraturan dan hak cipta untuk memantapkan proses kawal selia bagi setiap produk dan karya industri kreatif.
Antara pelan tindakan adalah mewujudkan kerangka perundangan baru bagi menyelaras, melindungi dan membangunkan industri keratif tempatan.
9. Membangunkan harta intelek sebagai aset baru perniagaan, antara tindakan yang akan diambil ialah mempertingkatkan usaha ke arah pembangunan harta intelek sebagai satu komoditi perniagaan.
10. Menyemai apresiasi dan persepsi positif dalam kalangan masyarakat mengenai imej, potensi dan masa depan industri kreatif agar setaraf dengan bidang profesional yang lain.
Antara pelan tindakan adalah mewujudkan Tabung Kebajikan Penggiat Seni dan Tabung Bantuan Balai Seni Lukis Negara.
11. Memanfaatkan institusi-institusi kreatif kerajaan, bukan kerajaan dan badan bukan kerajaan sebagai rakan kongsi bagi membangunkan industri kreatif.
Antara pelan tindakan adalah mempergiatkan aktiviti promosi serta kesedaran dan penggalakkan di peringkat akar umbi.
Selain penggubalan DIKN, komitmen kerajaan terhadap kepentingan industri kreatif negara yang ditekankan dalam Bajet 2010 meliputi penyediaan Dana Industri Kreatif berjumlah RM200 juta bagi membiayai aktiviti seperti pengeluaran filem dan drama, muzik, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan.
Dana berbentuk pinjaman ini dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional.