Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > MAKE MONEY DISCUSSION > MLM / Investment by SSM Companies > MLM Local Registered Companies (With AJL)

MLM Local Registered Companies (With AJL) Registered ROC & ROB companies with AJL certificate attached.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



 
21-06-2007 until 31-12-2020
Dann Dann is offline
Administrator

Dann's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2005
Posts: 2,883
Thanks (Received): 1552
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Alert On Berita Harian 18/06/2007 !!

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/...81803/Article/

KUALA LUMPUR: Pengendali skim pelaburan internet haram dikesan mula mencari alternatif lain untuk berhubung dengan pelanggan mereka selepas akses kepada laman web masing-masing disekat mulai 11 Jun lalu.

Antaranya ialah menggunakan kaedah jualan langsung dan pemasaran pelbagai peringkat bagi memastikan mereka tidak kehilangan pelanggan selepas penutupan laman web berkenaan.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) percaya pengendali skim pelaburan internet haram itu menggunakan pelbagai helah untuk terus berkomunikasi dengan pelanggan mereka dan memastikan kegiatan mereka tidak terjejas.

“Ini (jualan langsung) sebahagian daripada taktik baru mereka yang dikenal pasti setakat ini. Kita menyiasat semua kemungkinan dan meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat. Orang ramai juga diminta berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan helah pengendali skim pelaburan haram ini.

“Pada masa sama, kami memperluaskan usaha memerangi pelaburan haram ini dan akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak, termasuk individu yang mempromosikan kegiatan itu,” kata suruhanjaya itu dalam e-melnya kepada Berita Harian.

SC turut memberi amaran, seseorang pelabur yang mempelawa orang lain untuk mengambil bahagian dalam pelaburan berkenaan boleh didenda RM1 juta atau dipenjarakan 10 tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

“Sebelum ini, tumpuan kita lebih kepada pengendali atau laman web yang menawarkan skim berkenaan. Bagaimanapun, sesiapa yang didapati bersubahat dan mempromosikan skim yang sama akan turut dikenakan tindakan tegas,” katanya.

Pada 11 Jun lalu, SC menyekat enam daripada 61 laman web di negara ini yang dikesan menawarkan skim pelaburan internet tidak berlesen. Sehari selepas itu, SC dan Bank Negara Malaysia turut menyerbu pejabat urusan AB Fund di sini kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan kegiatan pengubahan wang haram.

Kegiatan itu masing-masing menjadi kesalahan mengikut Subseksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Bafia) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Bank Negara menjalankan siasatan terhadap syarikat itu kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan kegiatan pengubahan wang haram menerusi laman webnya www.abfund.us dan www.abfundtrader.biz.

SC berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan Bank Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, selain Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman untuk menyekat akses untuk melayari laman web skim cepat kaya.

“Walaupun banyak pihak menganggap cara itu tidak berkesan, ia dianggap praktikal ketika ini bagi menghalang orang ramai daripada terus melabur dalam skim berkenaan, selain menjadi mangsa penipuan.

“Kami sedar pengendali terbabit akan cuba mendapatkan akses kepada orang awam dalam pelbagai kaedah. Justeru, pelabur sendiri perlu berhati-hati kerana pelaburan menerusi pihak tidak berlesen tidak akan dilindungi mengikut undang-undang sekuriti,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian terhadap enam laman web yang didakwa sudah disekat akses oleh SC kelmarin mendapati semuanya tidak boleh dilayari pengguna internet. Bagaimanapun, 14 daripada 61 laman web yang disenaraikan itu masih menawarkan skim dan nasihat pelaburan.

Beberapa laman web pula sengaja diwujudkan pengendali pelaburan itu semata-mata untuk mempersendakan tindakan penguatkuasaan besar-besaran yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung kegiatan haram berkenaan.

 
Forum Jump