Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > MAKE MONEY DISCUSSION > MLM / Investment by SSM Companies > MLM Local Registered Companies (With AJL)

MLM Local Registered Companies (With AJL) Registered ROC & ROB companies with AJL certificate attached.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



 
19-06-2007 until 31-12-2020
Dann Dann is offline
Administrator

Dann's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2005
Posts: 2,826
Thanks (Received): 1551
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Apa itu AJL?

Sijil AJL = SIJIL AKTA JUALAN LANGSUNG

AKTA JUALAN LANGSUNG 1993
Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk mengawalselia aktivitiaktiviti jualan langsung pintu ke pintu dan melalui pos.

Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :

* Menjalankan perniagaanjualan langsung tanpa lesen;
* Memberi maklumat palsu dalam Man jualan pesanan pos;
* Menghantarserahkan barang atau perkhidmatan dalarn tempoh bertenang;
* Menerima apa-apa wang daripada pembeli sebelum habis tempoh bertenang;
* Memberi maklumat atau dokumen yang palsu atau mengelirukan;
* Bertandang ke mana-mana premis bagi maksud merundingkan jualan pintu ke pintu selain daripada hari-hari dan waktu-waktu yang ditetapkan;
* Gagal menunjukkan kad pengenalan dan kebenaran masa menjalankan rundingan jualan langsung Pintu pintu;
* Mengeluarkan kad kebenaran yang mengandungi aklumat palsu;
* Membuat kontrak tanpa bertulis mengenai jualan ngsung bagi barangan atau perkhidmatan yang bernilai RM300 ke atas.

Denda yang boleh dikenakan:

* Bagi kesalahan pertama orang perseorangan denda hingga RM100,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda hingga RM200,000.00 atau 6 tahun penjara atau kedua-duanya.

* Bagi kesalahan pertama pertubuhan/perbadanan denda hingga RM250,000.00 dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM500,000.00.

* Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum yang diperuntukkan.

Dipetik dari Risalah 7 Akta Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna


Di Mana Hendak Periksa AJL Untuk setiap Company?
http://www.kpdnkk.gov.my/web/guest/p...ualan-langsung


*LINK UPDATED AS AT 8/5/2012

 
Forum Jump