Main Menu
|
|
|

30-07-2012, 09:46 AM
|
|
Administrator
|
|
Join Date: Nov 2006
Posts: 87
|
|
Forum promosi jualan bukan tempat untuk perbahasan mahupun sembang
Ada segelintir ahli yang mungkin terasa ingin menegur atau membahaskan penawaran/penjualan sesuatu perkhidmatan yang ditawarkan oleh seseorang ahli. Tujuan tersebut adalah baik tetapi bukan ditempat yang betul. Forum seksyen ini adalah ruangan promosi dan sekiranya teguran tersebut dilakukan di dalam thread jualan ahli sudah tentu akan menimbulkan perasaan kurang senang penjual itu sendiri. Perbalahan pendapat akan berlaku di dalam thread yang sepatutnya. Akhirnya akan memberi impak kepada jualan servis oleh penjual tersebut.
Sekiranya anda ingin menegur atau ingin membahaskan sesuatu isu seperti halal haram contohnya, gunakanlah forum dengan cara yang betul bukannya membabi buta menyerang penjual di thread jualan mereka. Anda boleh buka satu topik baru di forum Info, Debate atau ianya isu agama boleh buka di forum Religious Talk.
Forum iklan & jualan juga bukanlah tempat sembang. Samada penjual mahupun pembeli harus membuat post yang hanya berkaitan dengan produk @ servis yang diiklan/dijual sahaja, bukannya meleret ke arah perkara yang tidak berkaitan.
Gunakanlah forum dengan bijak. Jadilah ahli forum yang peka & prihatin tetapi di tempat yang betul. Sentiasa semak peraturan forum sebelum membuat keputusan untuk melakukan sesuatu di laman ini.
|
|
|

|
Posting Rules
|
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts
HTML code is Off
|
|
|
|
CG Sponsors
|
|
All times are GMT +8. The time now is 01:56 AM.