Memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mengawal aktiviti promosi berkaitan Forex samada berbentuk material atau perkhidmatan, kami mengambil keputusan untuk memberi kebebasan sepenuhnya kepada ahli mengkomersialkan produk atau perkhidmatan Forex secara PERCUMA di sini.
Ahli bebas membuat promosi di section yang telah ditetapkan, mempromosi seminar, kelas, EA, signal dan apa saja yang berkaitan dengan Forex. Ahli juga bebas mempromosi mana-mana tempat/kelab forex mereka, dan mungkin mencari pengaruh untuk membentuk kumpulan.
Segala bentuk promosi yang dinyatakan di atas mestilah dilakukan di
section Forex e-Market (sebelum ini section tersebut adalah section berbayar). Semua ahli WAJIB mempromosi di section ini tanpa perlu mengganggu perjalanan dan perbincangan di dalam Forex section.
Di harap dengan kelonggaran ini dapat memberi lebih peluang kepada expertise-expertise Forex mengkomersialkan hasil mereka dalam bentuk produk ataupun perkhidmatan, sesuai dengan perkembangan Forex di Malaysia. Tambahan lagi, para traders semakin hari semakin matang. Mereka sendiri sudah boleh menilai sendiri produk atau perkhidmatan yang terbaik yang ditawarkan di pasaran.
Dan juga diharap dapat menghapuskan tanggapan buruk sesetengah pihak yang beranggapan bahawa selama ini kami mengawalselia aktiviti ini adalah semata-mata untuk mengaut keuntungan, sedangkan ianya TIDAK BENAR sama sekali. Ia pada asalnya bertujuan untuk mengelakkan golongan yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas kepesatan sambutan yang hangat ke atas Online Forex Trading semenjak 4-5 tahun yang lepas.
Maka secara rasminya Peraturan #9 dimansuhkan sepenuhnya di
Laman Peraturan Forum
Harap Maklum.