BTC USD 81,159.0 Gold USD 4,378.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenapa Lelaki Kena Pakai Baju Melayu Masa Raya? - Sejarah baju Melayu

CikSukan

Blogger Moderator
gem
Messages
9,941
Joined
Aug 19, 2006
Messages
9,941
Reaction score
580
Points
111
Kini pakaian tradisional kaum lelaki Melayu yakni baju Melayu sudah berusia lebih kurang 700 tahun. Ini dikira sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444) , memberi titah, ' di larang memakai cara Atas Angin (Arab termasuk China) , cara ******(ga/gi)....' (Sejarah Melayu Tun Sri Lanang).

Sebaliknya apabila baginda menunaikan fardu solat Hari Raya, baginda menyarung baju Melayu (dipakai cara sarung, lengkap destar. Tiba di masjid barulah baginda mengena jubah (pakaian Atas Angin). Dalam teks Hikayat Hang Tuah pula diperikan memakai Cara Melayu = termasuk segala peralatan pakaian kebesaran diraja ditambah dengan tingkah laku sopan yang selaras dengan pegangan Islam. Dalam sejarah melayu juga dikatakan bahawa baju melayu yang di pakai oleh rakyat melaka singkat dan sendat, tetapi seorang pembesar melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah baju melayu seperti sekarang.

Persoalannya kenapa baju kurung Cekak Musang berhias lima butir kancing atau butang? Dua butir bertindih di cekak leher, dan diikuti dengan tiga butir di bahgian bawah (belahan).

Menurut seorang bekas budayaawan dari UKM, dari segi entnografi sosiobudaya kancing itulah lambang keharmonian rumah tangga masyarakat melayu. Dua butir bertindih di bahagian atas ibarat kerukunan diantara pasangan suami isteri = ayah ibu. Tiga butir di bawahnya melambangkan tiga orang anak mereka = sulung, tengah dan bungsu. Ini sekadar pandangan umum. Kalau anak mereka hanya satu atau lebih lima orang maka tujuh butir lah butangnya, atau sebutir seperti baju Melayu Teluk Belanga?

Sebenarnya bukan begitu. Menurut Azah Aziz (Mak Engku),
Tujuh butir untuk kalangan bangsawan atau raja di istana!
Dalam hal ini kita juga harus merujuk kepada sistem nombor, yang juga wujud dalam rekabentuk keris = berlok 3 - 11. Lok 11 ialah milik Sultan = pemerintah termasuk Ratu, lok 9 (Cik Siti Wan Kembang), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja. Begitu juga tangga rumah Melayu dikira berurutan 3-9 mata. Bumbung perabung Masjid Kampung Laut 3-5 tinggat. Kajian seni rupa Melayu harus lagi merujuk kepada filsafat Nakula. Nah, disini dapat kita lihat bahawa betapa berilmu dan berseninya bangsa melayu yang sering dikatakan pelupa ini. Siapa kata orang melayu bukan bangsa filosuf. Walaupun karya filosufi kita tidak dicatatkan dengan tinta atau di cetak ia tidak bermakna kita buta falsafah.

Dalam Islam semua nombor hanya di kira dari 1- 9. Dalam kiraan ilmu keislamanan kita boleh merujuk langsung kepada 5 = rukun Islam, atau 6 Rukun Iman. Jadi setujukah anda dengan jumlah butir baju Melayu Cekak Musang mengira jumlah 5 sesuai dengan pegangan kita, Rukun Islam. Insya Allah sesuai dengan fahaman kita terutama dalam konsep Dakwah yang paling sederhana, " Salah satu pokok da'wah itu ialah 'HUSNUL JIWARI - iaitu pergaulan yang baik dengan tetangga dekat . Inilah yang dihurai oleh Prof Dr HAMKA (lih.Prinsip Kebijaksanaan Da'wah Islam, Pustaka Melayu Baru, K.L.1981,hal.13).

Sekarang anda buatlah kesimpulan samaada anda masih lagi merasakan bangsa kita tidak setanding atau sehebat bangsa lain. Adakah benar seperti apa yang dikatakan oleh orientalis barat bahawa orang Melayu hanya memakai cawat dan ada yang bertelanjang. :-?
 
Komen saya: You guys kalau pakai baju Melayu akan automatik nampak bergaya kacak segak tampan manis memikat... So go for baju Melayu jangan T-shirt Jeans jer :D
 
Komen saya: You guys kalau pakai baju Melayu akan automatik nampak bergaya kacak segak tampan manis memikat... So go for baju Melayu jangan T-shirt Jeans jer :D

Yg pompn jgn lupa pakai tudung..mcm cik sukan :">
 
sk laki pkai baju melayu 1 set..

skrg ramai sk pkai ngan suar jeans pastu pakai songkok serabai je..xselera..
 
Komen saya: You guys kalau pakai baju Melayu akan automatik nampak bergaya kacak segak tampan manis memikat... So go for baju Melayu jangan T-shirt Jeans jer :D

pakai baju melayu mmg la segak. Tapi aku pelik, selekeh sangat ke t shirt ngan jeans ni? bagi aku, t shirt ngan jeans pun ok asalkan jeans tu bukan yg koyak sana koyak sini. :">
 
pakai baju melayu mmg la segak. Tapi aku pelik, selekeh sangat ke t shirt ngan jeans ni? bagi aku, t shirt ngan jeans pun ok asalkan jeans tu bukan yg koyak sana koyak sini. :">

pkai baju melayu ni manis..:">:">
 
pakai baju melayu mmg la segak. Tapi aku pelik, selekeh sangat ke t shirt ngan jeans ni? bagi aku, t shirt ngan jeans pun ok asalkan jeans tu bukan yg koyak sana koyak sini. :">

1st day raya elok pakai baju Melayu bang nampak you all segak tampan manis mempersona, yerlah jean + T'shirt hari2 lain pun leh pakai..Ermm lagipun sunat tu memeriahkan hari raya supaya jadi ceria dan gembira.:D
 
Komen saya: You guys kalau pakai baju Melayu akan automatik nampak bergaya kacak segak tampan manis memikat... So go for baju Melayu jangan T-shirt Jeans jer :D

baeklah!

tp kene plak digandingkn dgn gadis2 yg pakai baju kurung or kebaye.

baru lengkap.
 
hmmmm baru ku tahu asal usul baju melayu ni... melayukah aku ni :D
 
Back
Top
Log in Register