BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesawat Airbus A320 Germanwings Terhempas Di Pergunungan Alps

arkmayl7

Fun Poster
Messages
480
Joined
Dec 26, 2011
Messages
480
Reaction score
0
Points
10
Germanwings_Airbus_A320-MailOnline-600x360.jpg


Germanwings-flight-path.svg


MARSEILLE, 24 Mac:

Sebuah pesawat jenis Airbus 320 yang dikendalikan syarikat penerbangan tambang murah Germanwing, anak syarikat Lufthansa, terhempas di selatan Perancis ketika dalam perjalanan dari Barcelona ke Duesseldorf.
Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls berkata, beliau difahamkan antara 142 dan 150 orang berada di atas pesawat itu dan dikhuatiri mati.

“Punca nahas tidak diketahui pada masa ini,” kata Valls kepada pemberita seperti yang dilaporkan agensi berita antarabangsa Reuters.
Akhbar tempatan Perancis, La Provence menyebut pesawat itu membawa 142 penumpang, dua juruterbang dan empat krew.

Sementara itu jurucakap pihak berkuasa penerbangan Perancis, DGAC berkata, pesawat itu terhempas berhampiran bandar Barcelonnette kira-kira 100 km ke utara bandar Perancis Riviera Nice.

Bagaimanapun Germanwings Lufthansa berkata ia belum dapat mengesahkan laporan kemalangan itu.

Menurut pangkalan data airfleets.net, pesawat Airbus A320 yang terhempas itu berusia 24 tahun dan telah berkhidmat dengan Lufthansa sejak 1991.

Sumber: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/03/24/pesawat-airbus-germanwings-bawa-142-orang-terhempas/

Germanwings: Serpihan pesawat ditemui - Pegawai Perancis

PARIS: Kementerian Dalam Negeri Perancis mengesahkan lokasi serpihan pesawat Airbus A320 Germanwings yang terhempas terletak di ketinggian 2,000 meter di Banjaran Alps.


Jurucakap kementerian, Henry Brandet, berkata beliau menjangkakan operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas 'amat sukar dan panjang' kerana kawasan itu sangat terpencil.

Pesawat berkenaan menghantar isyarat kecemasan jam 10.45 pagi waktu tempatan hari ini kata, Brandet.

Beliau berkata, senarai penumpang sedang disahkan. - AP
 
Last edited:
kapal terbang penumpang ni umur untuk pencen berapa ye?
 
berturut airbus A320 terhempas.. hari tu airasia..
 
macam dah terlalu kerap dengar kapal terbang terhempas sejak dari hilangnya MH370
 
kalau kapal terbang luar tak de teori konspirasi ke? :D

teringin nak tgk leletih update :">:p

 
german-airbus-1.jpg

..
 
Kawe pun seram nk naek kapal terbang... ingat nk gi China tahun ni... tp x jadiklah... cuti dlm malaysia jer paling jauh pun singapore jer x payah pakai flight...
 
Back
Top
Log in Register