BTC USD 83,340.4 Gold USD 4,123.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua guru menang BMW

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Pemenang kereta BMW Mazatul Ashaqin Badaruddin, 25, (kiri) dan Siti Azian Syaharbanu Awang Lah, 37, (kanan) bergambar dengan kereta BMW yang dimenangi mereka sempena Kempen "BMW Pembiayaan Peribadi-i 2014" Bank Islam di Kota Bharu hari ini. - Foto Bernama
< 1 / 1 >
MEMANG tuah luar biasa. Guru, Mazatul Asheqin Badaruddin memenangi sebuah BMW 316i dalam satu cabutan bertuah hanya kerana membuat pinjaman peribadi dari Bank Islam September lepas.

Mazatul, 25, berkata beliau langsung tidak mengetahui tentang cabutan bertuah itu hinggalah beliau diumumkan sebagai pemenang kempen Pembiayaan Peribadi-i 2014 Bank Islam.

"Ini hadiah perkahwinan saya dan suami selepas berkahwin enam bulan lepas," kata Mazatul kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Sumbangan Amal Jariah Bank Islam dan Hadiah Kempen 'BMW Pembiayaan Peribadi-i 2014' di sini, hari ini.

Mazatul berasal dari Alor Star, Kedah, mengajar di Sekolah Rendah Hermanus Assan, Sarawak.

Turut memenangi hadiah serupa juga seorang guru, Siti Azian Syaharbanu Awang Lah, 37, berasal dari Kelantan.

Siti Azian yang mengajar di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Ulum, Kota Baharu berkata kereta jenis itu memang menjadi idamannya sejak kecil.

Majlis itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Bank Islam Khairul Kamarudin. - Bernama
 
ni personal loankan?

pembiayaan peribadi=personal loan?

wow menang bmw
 
Siti Azian yang mengajar di Sekolah Menengah Ugama (Arab)
Al-Ulum, Kota Baharu berkata kereta jenis itu memang
menjadi idamannya sejak kecil.

xleh blah kete idaman sejak kecil :eek:
 
Back
Top
Log in Register