BTC USD 82,519.9 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua pelajar Tahun 4 SJKC dipaksa makan rumput tak siap kerja skolah.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
SUNGKAI: Dua pelajar Tahun Empat sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini, dikenakan hukuman tidak masuk akal apabila digantungkan loceng dileher dan dipaksa makan rumput seperti lembu, Khamis lalu oleh seorang guru bahasa Inggeris sekolah terbabit, hanya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

Terkejut selepas mengetahui mengenai kejadian yang menimpa dua pelajar berkenaan, ibu salah seorang mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sungkai, semalam, berhubung tindakan melampau guru itu.


Menurut ibu seorang daripada pelajar terbabit, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Abidin, 32, anaknya kini trauma dengan kejadian itu, kerana dikutuk dengan panggilan 'lembu' oleh rakan sekelas dan sekolah.

"Semasa buat laporan polis semalam, guru Bahasa Inggeris terbabit bersama Guru Besar Sekolah turut hadir dan mereka mengaku melakukan hukuman denda tidak masuk akal berkenaan serta hanya meminta maaf.

"Lebih memeranjatkan kami, Guru Besar sekolah juga mengaku mengetahui mengenai hukuman menggantung loceng dileher sudah beberapa kali dijalankan terhadap beberapa pelajar sekolah berkenaan sebagai denda jika tidak membuat kerja sekolah," katanya dalam sidang media di sini, sebentar tadi.Berita Harian.
 
Ni mesti cikgu lembu.. kat umah bela lembu rantai leher loceng.. gile babesss..
 
dah tahun 2014 pun ada lagi mentaliti camni? elok cikgu tu dimasukkan ke sesi terapi mental.
 
tk lama lg kita dpt tgk la muka cikgu tu kat fb..zaman skang buat apa pun mmg sekejap jer femes:))
 
gambar ni je yg ada..bukan tt punya..amik dari member..

postimage
 
sah anak beranak kat jab ni, lembu dari kondo ke sekolah menjadi cikgu
 
Back
Top
Log in Register