TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Pasir Puteh: “Walaupun sakit, wajahnya tetap tenang dan ‘bercahaya’, malah Abang Haji sempat mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya,” kata Rajab Yusoff, 53.
Rajab adalah individu pertama berada di sisi rakannya, Zahari A Razak, 57, yang ditembak ketika memandu keluar dari pintu pagar masjid selepas selesai menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Nurul Anuar (MNA) di Kampung Pachakan, Dalam Rhu, Semerak, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.50 malam itu, Zahari yang juga peraih ikan meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditembak seorang lelaki menunggang motosikal dipercayai menunggu mangsa di luar pintu pagar masjid.
Mayat mangsa ditemui terkulai di tempat duduk pemandu kereta BMW dipandunya dengan satu kesan tembakan di belakang kiri badan.
ANGGOTA Unit Forensik polis melakukan siasatan di depan pintu Masjid Nurul Anuar tempat berlakunya pembunuhan.
Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuala Besut, Terengganu, petang semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/articles/LambaianakhirAbangHaji//Article