BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Karpal gesa Tunku Abdul Aziz henti sebar 'rahsia' DAP

DenyMyExistenc3

Fun Poster
Messages
613
Joined
Aug 6, 2008
Messages
613
Reaction score
100
Points
23
19 Mei 2013


image.jpg

Karpal Singh
GEORGETOWN - Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim agar menghentikan segala cerita yang menjadi 'rahsia' dalam parti itu kepada umum.

Beliau yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau juga akan mengemukakan saman di mahkamah sekiranya Tunku Abdul Aziz tidak menghentikan perbuatan memburukkan DAP.

"Kita akan bawa perkara ini ke mahkamah, biar beliau (Tunku Abdul Aziz) faham dengan jelas, kini sudah tiba masanya untuk kami bertindak.

"Sebagai seorang yang benar-benar 'gentleman' beliau tidak seharusnya mendedahkan apa sahaja yang menjadi rahsia dalam parti kepada pengetahuan umum," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penjual dan pengunjung Pasar Awam Island Park di Jalan Gangsa, di sini.

Katanya Tunku Abdul Aziz yang juga bekas Naib Presiden Transparency International telah dibawa masuk menyertai DAP pada 23 Ogos 2008 oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

Tunku Abdul Aziz kemudian dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP, pada 31 Mei 2009 dan dilantik sebagai senator pada Julai 2009.

Pada Mei 2012, Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan jawatannya dalam parti itu kerana membantah penganjuran perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April 2012 kerana khuatir ia boleh bertukar ganas dan bantahan itu kemudian menimbulkan perselisihan faham antara beliau dengan pemimpin DAP.

Bagaimanapun beliau tidak menyertai mana-mana parti politik.

Pada awal Mei lepas, Tunku Abdul Aziz telah mendedahkan di sebuah blog bagaimana beliau boleh menyertai DAP dan selepas setahun menjadi ahli beliau mendapati ideologi dan perjuangan parti itu tidak sehaluan dengan pendiriannya. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/karpal-gesa-tunku-abdul-aziz-henti-sebar-rahsia-dap-1.161682





Tunku Aziz dedah PR dah lama rancang guling kerajaan jika kalah PRU13


Pembangkang didakwa sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring sekiranya kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi melampau seperti Arab Spring itu bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Beliau mendakwa, Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu.

"Saya agak musykil, apakah yang dimaksudkan beliau dengan Malaysia Spring? Adakah beliau menyokong rusuhan dan keganasan seperti yang berlaku di negara-negara Arab? Adakah juga Bersih 3.0 hanyalah permulaan kejadian lebih buruk selepas ini?" katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Kelab Sri Damansara, di sini hari ini. Yang turut hadir, bekas Ketua Cawangan DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat.

Menurut Tunku Abdul Aziz, demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram setakat ini dirancang pemimpin politik tertentu sejak beberapa tahun lalu sekiranya tidak mendapat mandat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Disebabkan itu juga, katanya, beberapa pemimpin pembangkang ketika itu berterusan menggesa rakyat bersama-sama mereka menggulingkan kerajaan melalui beberapa siri demonstrasi jalanan.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ketika ini sedang menjelajah seluruh negara dengan misi untuk terus membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan kononnya terdapat penipuan dalam pilihan raya umum lalu. Dia terus berbohong dengan mengaku dia ialah Perdana Menteri yang sah," katanya.

Tambah Tunku Abdul Aziz, apa yang menghairankan pemimpin pembangkang lain sudah memulakan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing meskipun dalam masa sama menuduh pilihan raya umum lalu tidak telus.

Malah, katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah antara yang paling awal mengangkat sumpah sekali gus mengakui kemenangannya menerusi proses pilihan raya umum itu.

"Kalau mereka menang, mereka tidak bising malah akui keputusan itu telus tetapi yang kalah menyalahkan kerajaan dengan pelbagai tuduhan tidak logik termasuk 'mengimport' warga Bangladesh mengundi selain berbohong Presiden Amerika, Barack Obama akan campur tangan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa polis mengambil tindakan tegas dalam usaha mengekang tindakan Anwar dan pemimpin pembangkang lain daripada terus mengadakan perhimpunan haram di seluruh negara.

Katanya, beliau bimbang tindakan bebas pemimpin pembangkang menghasut rakyat itu boleh mencetus kepada perhimpunan haram yang lebih besar dan ganas pada masa depan.

"Pembohongan yang menyentuh sentimen rakyat akan menjadi aset untuk mereka merancang sesuatu yang lebih besar dan buruk. Pihak polis perlu bertindak lebih tegas, jangan biarkan golongan seperti ini menghancurkan keamanan negara," katanya.



Karpal bengang rahsia jahat DAP dibocorkan Tunku Aziz kepada Polis !!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring seperti yang didakwa bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM telah menilai dan memandang serius dakwaan itu kerana perkara tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan awam.

Katanya, beliau sendiri telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk membuat laporan polis berhubung rancangan mengadakan Malaysia Spring supaya satu kertas siasatan dibuka bagi mengkaji kebenaran di sebalik dakwaan Tunku Abdul Aziz.

"Pendedahan yang dikatakan Tunku Abdul Aziz dianggap sesuatu yang amat serius kerana melibatkan ancaman terhadap keharmonian rakyat negara ini.

"Polis tidak boleh bertoleransi dengan mana-mana pihak yang cuba merancang sesuatu yang berkaitan rusuhan dan keganasan.

"Oleh demikian saya sendiri meminta pegawai saya untuk membuat laporan polis supaya siasatan sepenuhnya tentang konspirasi Malaysia Spring dijalankan, seterusnya tindakan tegas diambil terhadap pihak-pihak yang didakwa mahu menjayakan perkara seumpama itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Tunku Abdul Aziz mendakwa pembangkang sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dakwa beliau, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Tunku Abdul Aziz mendakwa, Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu.

Mengulas lanjut, Khalid memberitahu, beliau juga akan mengarahkan pegawainya bertemu dengan Tunku Abdul Aziz untuk mengumpul maklumat tentang konspirasi menggulingkan kerajaan.

"Kita akan berjumpa terus dengan beliau untuk mengambil setiap informasi yang beliau ada tentang konspirasi ini. Jika benar apa yang didedahkan Tunku Abdul Aziz semalam, tentu sekali maklumat itu akan membantu polis menjalankan siasatan berhubung perkara itu nanti," katanya.

Dalam pada masa sama, Khalid turut meminta pihak-pihak lain yang mempunyai maklumat tentang perkara itu ke depan dan berhubung dengan pihak polis dalam membantu siasatan.

"Kita menyeru mana-mana individu yang mengetahui tentang konspirasi menggulingkan kerajaan supaya datang menyalurkan maklumat kepada polis.

"Bongkar perkara sedemikian kerana itu mampu menyelamatkan negara daripada sebarang anasir yang mahu menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan yang telah lama wujud di Malaysia.

"Polis juga tidak akan bertoleransi dengan perkara sebegitu, kita akan siasat sedalam-dalamnya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang mahu menghuru-harakan negara," katanya.



GPB harap Tunku Aziz tidak gentar dengan ugutan SAMAN DAP ini ...ini lah taktik DAP untuk menutup mulut pihak yang mendedahkan tembelang mereka seperti berlaku kepada Dr Shaik Hussein Mydin yang mendedahkan isu skandal Bayan Mutiara & Taman Manggis


KARPAL BAGI AMARAN TUNKU AZIZ JANGAN SERANG DAP


Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi parti itu, Tunku Aziz Tunku Ibrahim supaya menghentikan serangan terhadap DAP atau beliau akan diheret ke mahkamah.


"Beliau benar-benar sudah hilang kawalan. Saya telah memerhatikannya dengan teliti.

"Kepimpinan DAP rasa cukup bersalah kerana membuat penilaian yang salah dan memberikan keahlian kepada Tunku Aziz malah melantiknya sebagai Naib Pengerusi.

"Dia bukan sahaja tidak bersyukur tetapi oportunis," katanya pada sidang media di Jalan Gangsa di Green Lane pada Ahad.

Tunku Aziz mengumumkan keluar daripada DAP pada Mei tahun lepas.

Menurut Karpal walaupun Tunku Aziz tidak membuat serangan peribadi terhadapnya, namun tindakan Tunku Aziz menyerang parti itu secara bertubi-tubi dianggap melampaui had.

Ditanya bagaimana Tunku Aziz akan didakwa di mahkamah, Karpal berkata ia bergantung kepada kenyataan-kenyataan bekas pemimpin berkenaan.

"Bawa beliau ke mahkamah adalah perkara terakhir yang kami akan lakukan," katanya.-Bernama



Tunku Aziz akan terus buat pendedahan, sedia disaman

KUALA LUMPUR 19 Mei - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berikrar akan terus membuat pendedahan berkaitan parti itu walaupun menerima ‘ugutan’ agar menutup mulutnya atau terpaksa menghadapi tindakan undang-undang.

Menurut Tunku Aziz, beliau sedia disaman pada bila-bila masa walaupun Pengerusi DAP, Karpal Singh telah memberi amaran kepada beliau supaya tidak lagi menceritakan rahsia dalaman parti kepada umum.

"Siapa Karpal untuk mengarahkan saya ‘tunduk’ kepada kemahuan beliau? Saya tidak sekali pun gerun dengan amaran ini, saman saya dengan segera pada bila-bila masa, saya tidak takut dengan ugutan kebudak-budakan seperti ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini



Siri jelajah Tunku Aziz bertajuk “The Days When We Were in DAP”.

Rasuah dalam DAP cukup teruk, serta fitnah juga tersangat kuat :-
DAP adalah pengamal rasuah paling dahsyat dan diakui oleh empat bekas ahlinya apabila mengambil keputusan untuk melancarkan siri ceramah bagi menjelaskan alasan mereka keluar dari DAP.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, rasuah adalah amalan yang diamalkan di dalam parti itu sedangkan pemimpin DAP sendiri asyik memperjuangkan anti rasuah.


"Punca saya ambil keputusan untuk keluar dari DAP adalah kerana amalan rasuh yang amat teruk di dalam parti itu. Ini antara sebab utama selain saya tidak bersetuju dengan perhimpunan BERSIH yang dianjurkan Pakatan Rakyat(PR)”.

"Perhimpunan BERSIH itu bagus tetapi apabila mereka melanggar undang-undang, itu yang buat saya tidak bersetuju,"

"Saya sertai DAP kerana dijemput oleh Lim Kit Siang. Masa itu,beliau selalu mengatakan DAP tidak ada rasuah namun setelah dua bulan berada di dalam parti itu, saya sedar, ia hanya omong kosong sahaja”

"Rasuah dalam DAP cukup teruk, serta fitnah juga tersangat kuat. Saya dah kena,dan saya ingat saya saja yang kena, rupanya ada lagi yang kena macam saya,"

Tunku Aziz juga turut mendedahkan perkara yang memang diketahui ramai iaitu Kit Siang menjadikan parti itu sebagai parti keluarga dengan menggunakan agenda sendiri di dalam pentadbiran parti itu.

Hakikat setakat ini ialah Tunku Aziz bukanlah ahli politik Umno, tetapi pegangan beliau ketika ini ialah memberi sokongan kepada transformasi yang dibawa oleh Najib.

"Paling penting bagi ketika ini, adalah untuk menyedarkan rakyat terutamanya tentang keperluan mengundi dengan bijak, berdasarkan pertimbangan paling wajar. Ini kerana, peluang mengundi hanya diperoleh setiap lima tahun.”

"Kita hanya buat begini (pilihan raya umum) lima tahun sekali dan seharusnya perubahan yang dilakukan ini benar-benar mempunyai kredibiliti dengan mengundi calon mempunyai rekod cemerlang,"


Pendedahan Bekas Naib Pengerusi DAP Sahkan Latihan 'Pengkhianat' Di Negara Jiran.


http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=QGRPcJZBDnA

Tunku Aziz Akui Hanya Jawatan Boneka DAP



http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=4oUQmJ3vPAc

20/12/12 – Bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui ketika menjawat jawatan itu sekadar boneka dan tidak diberikan akses maklumat penting dalam parti.

“Saya fikir ramai yang mengandaikan sebagai Naib Pengerusi, saya akan diberitahu segala-gala (mengenai perjalanan parti) tetapi saya langsung tidak diberitahu apa-apa.

“Saya hadir mesyuarat CEC (Jawatankuasa Pusat). Selalu agendanya adalah sesuatu yang umum. Keputusan dan hala tuju parti sebenarnya dilakukan oleh kumpulan kecil di belakang tabir”, katanya ketika ditemubual Antarapos.

Bekas Presiden Transparency International-Malaysia (TIM) Menyertai DAP pada tahun 2008 di atas pelawaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Saya sertai DAP kerana dijemput oleh Lim Kit Siang. Masa itu,beliau selalu mengatakan DAP tidak ada rasuah namun setelah dua bulan berada di dalam parti itu, saya sedar, ia hanya omong kosong sahaja.

Mereka mendakwa kononnya mahu membantu Melayu di Pulau Pinang, Mana buktinya? Tidak ada.. kecuali memberikan beberapa ratus ringgit kepada mereka,” kata beliau.

“Adakah mereka benar-benar mempunyai perancangan untuk membantu golongan miskin di Pulau Pinang yang merangkumi kaum Melayu dan India…(Tidak ada), yang ada hanya cakap kosong dan cakap kosong itu murah harganya. Hakikat ialah tidak ada perancangan sebegitu,” katanya.


December 18, 2012
KUALA LUMPUR, 18 Dis — Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata parti tersebut masih belum bersedia menerima orang Melayu dan menafikan beliau menjadi punca kekalahan calon-calon Melayu dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hujung minggu lalu.

Menurut Tunku Abdul Aziz (gambar), ideologi 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan DAP hanyalah retorik semata-mata.

"DAP masih belum bersedia untuk terima Melayu dalam kepimpinan parti mereka. Apa yang dikatakan hanya cakap-cakap kosong sahaja.

"Tidak perlu tipu orang lagi khususnya orang Melayu. Orang Melayu tidak *****. Memang tidak ada Malaysian Malaysia itu," katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

Beliau menafikan kenyataan Zulkifli Mohd Noor dirinya menjadi punca kekalahan calon-calon Melayu dalam pemilihan CEC.

"Salah saya kah? Itu persepsinya saja, bukan saya punca DAP tidak boleh terima Melayu. Kalau dia (Zulkifli) kalah, itu bukan kerana saya. Tidak logik langsung, tetapi ikut suka dialah mahu kata apa.

"Saya keluar parti kerana DAP telah tipu saya, dan saya sudah tidak ada persefahaman dengan parti itu. Takkan saya tidak boleh keluar? Ketika saya di dalam parti sudah tiga kali saya ingin keluar parti tetapi mereka (DAP) pujuk," katanya.



Tunku Aziz Juga Akui Wujud Red Bean Army

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=HNhdPtNwz_4


Red Bean Army yang kini heboh diperkatakan iaitu satu kumpulan media sosial tajaan Dap merupakan antara penggerak utama dalam setiap isu nasional mahu pun negeri. Satu organisasi yang berpengkalan di Komtar Pulau Pinang, akan memainkan satu-satu isu itu sehingga seolah-olah kelihatan satu isu yang sangat besar dan mendapat perhatian menyeluruh. Sedangkan hakikatnya hanya sekitar 300 orang yang mempunyai akaun facebokk sehingga 2000 itu sahaja yang akan sering memberi komen seakan-akan mewakili sebahagian besar suara rakyat Malaysia.

Bekas Naib Pengerusi Dap, Tunku Abdul Aziz turut mengakui bagaimana teraturnya gerakan Red Bean Army ini untuk mengatur dan menyusun semua program anjuran pembangkang terutamanya Dap. Deretan himpunan Bersih juga adalah hasil buah kerja kumpulan itu.
 
Last edited:
kalau berterusan begini, boleh gaduh macam 13 mei.
udah udah le tu
 
Karpal dh mula terloncat...
 
karpal nak tenggelam dah
 
Menurut Karpal walaupun Tunku Aziz tidak membuat serangan peribadi terhadapnya, namun tindakan Tunku Aziz menyerang parti itu secara bertubi-tubi dianggap melampaui had.

umno hari2 kena serang

steady je :D
 
tak semua penyokong pembangkang sokong perhimpunan bersih.
hargailah keamanan.
jangan le emosi sangat.
kalo dok berhimpun camtu, aku takut jadi emosi, keadaan boleh jadi tak terkawal. pemimpin tak mampu nak kawal peserta perhimpunan yg berpuluh puluh ribu.
kalo rushan kang tak pasal pasal pelabur lari, ekonomi jatuh, nak bangun balik bukan senang
 
karpal takut RAHSIA besar terbongkar ke???
ke karpal ada agenda lain???
 
Dah lama dengar DAP nak jatuhkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan, Anwar nak jatuhkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan, TG Nik Aziz pun nak jatuhkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan !!!!:)):)):)) Tapi PR dah buat kenyataan menolak rusuhan...

Kalau BN lantik Karpal ni jadi menteri mesti ramai cakap itu tindakan mulia & positif!!! Macam Waythamoorthy HINDRAF!!!

hindraf-waythamoorty.jpg
 
Back
Top
Log in Register